setiap tahun memang rumah makcik tak miss buat open house. ada banyak entri makan - makan di rumah makcik. korang taip jelah "makcik" dengan kotak carian. kali ini edisi raya 2025. tahun depan senang lah ye? aku buat tajuk entri 'rumah terbuka makcik edisi raya 2026'. hahahha.
Laksa dan Makcik Berpisah Tiada
menu wajib yang ada pada setiap makan - makan dirumah makcik ialah laksa. taktahu kenapa makcik rajin buat laksa. kalau korang nak tahu, laksa pun memang makanan kegemaran aku. tapi tu dulu lah sebelum mengandung. semasa mengandung, selepas mengandung dan kini aku dah tak suka laksa.
Makcik Tukar Jadual
ikutkan makcik nak buat makan - makan hari sabtu malam. disebabkan sabtu tu ada majlis sanding adik ipar aku; mak pun di jemput sebagai besan. makcik tukar hari sabtu kepada jumaat. katanya nanti tak meriah; ramai tak ada.
siap cuti ya hari jumaat tu. mantap! makcik memang terbaik doh.
siap buat daging ala - ala sukiya versi air fryer dan sos nya. sos sedap dooh. kambing pun ada. ni maktam punya request lah ni. demi kakaknya; sanggup makcik buat tau. memang kalau dekat rumah makcik, makan sampai kenyang.
boleh kata makan tu 2 3 round selagi belum balik. mula - mula first round waktu awal sampai. borak - borak kutuk - kutuk sikit, bincang- bincang sikit, gosip lepastu sambung makan lagi. hahahahha begitulah selalu. balik tu, terus tidur lah. jangan tanya kenapa berat naik. kahkah.
Bergambar Seperti Selalu
masa makcik jemput dekat whatsapp tu, aku dah siap - siap request. tolong lah bergambar ramai - ramai. setiap kali makan macam ni, jarang ada gambar berjemaah. gambar candit semata. itu pun tak cukup. menyampah tau! tiber ~
aku dah letih nak sorting gambar sebab banyak sangat gambar. jadi ini jela yang aku pilih untuk ditatap kalian. aku ada banyak entri tertangguh. korang baca lah dulu apa yang ada ni selagi raya belum habis. memang entri semua mengenai raya, rumah terbuka, makan, dan lain lain berkaitan.
![]() |
budak kena paksa bergambar |
![]() |
minta maaf shakap. terpaksa payung buat kenangan. HAHAHHA |
aku sebenarnya baru teringat. aku ada cerita mengenai adik ipar aku; isteri syazwan (adik aku yang kedua). hahahaha. cerita yang tak pernah aku luahkan kepada sesiapa. semalam baru aku terfikir. kelakar aku rasa. nanti lah aku tulis cerita tu jika ada masa.
![]() |
my ashem boy bonda |
![]() |
with family; rumah terbuka makcik edisi raya 2025 |
![]() |
with family; rumah terbuka makcik edisi raya 2025 |
bergambar ramai - ramai ni macam kena paksa ya semua. hahahahaha semua jenis maleh nak bergambar. yang terpaling rajin bergambar cuma maktam je. lepas dia, dia. lepas dia, dia. HAHAHAHHA. kalah influencer okay?
oh lupa nak bagitau. ayah aku tak ada dalam ni sebab dia pergi meeting. ambil gambar kena awal, takut ada yang balik awal. kalau lambat memang tak dapat lah gambar macam ni. ini pun payah nak kumpul. budak - budak sibuk nak main kad. sesetengah nya lagi sibuk main roblox. macam - macam hal lah ek semua.
semoga setiap tahun kita dapat bergambar dan makan - makan macam ni. walaupun makteh dah tak ada, pakteh dan anak - anak tetap hadir! rindu makteh.
2 Comments
Iye betul... sorting foto memang meletihkan!
ReplyDeleteEhem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?
simpan kat sini jadikan kenangan..teh..penyeri dh tk ade..Alfatihah buat arwah teh
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.