kengkonon makcik nak tiruvasi sukiya versi mokcik. hehehe. siap ada sos sukiya. tak pasti memang real sos sukiya ke apa. tapi rasanya macam sos ayam nandos. sedap tau; masam - masam. tahun lepas aku pernah menulis juga berkenaan berbuka puasa di rumah makcik; korang boleh baca pada pautan ini berbuka puasa di rumah mokcik. tahun lepas menunya ialah laksa penang dan nasi minyak.
Berbuka Puasa di Rumah Makcik 2025
aku dan iwan sampai dirumah makcik, lebih awal beberapa minit sebelum mak dan ayah aku sampai. aku naik rumah dulu. aku tak datang dengan tangan kosong walaupun dah dipesan; jangan bawa apa - apa. aku bawa beberapa bekas kuih yang jumlahnya 5 bekas tak silap. kita makan kuih sampai muntah lah eh? baru aku perasan rupanya semua kuih muih yang aku beli, tak ada 1 pun yang aku makan. selain itu keseluruhan kuih yang dibeli oleh orang lain dan dikumpulkan bersama sangat banyak!
beberapa minit kemudian, mak dan ayah aku pun sampai. aku yang turun dibawah menjemput mak dan ayah aku kerana penggunaan lif memerlukan kad akses.
sementara nak menunggu berbuka, aku biarkan anak manja; muhammad aisy bermesra dengan atuknya. dapat lah rehat sikit. hehehe. jangan salah faham; muhammad aisy tak pernah menyusahkan aku. definisi berehat ialah, aku nak buat - buat sibuk bermesra dengan makcik - makcik.
Gambar Makan Dahulu Baru Manusia
memang standard food review memang kamera yang akan makan dulu baru manusia kan? begitu juga disini. beberapa minit sebelum berbuka, makcik aku yang dipanggil maktam pun tiba. sesampai nya dia di dalam rumah, terus diambilnya kesemua makanan. bersalam juga diketepikan. hahah.ini makcik aku yang paling kaki bergambar! tak dinafikan. tapi bagus juga. senang nak simpan memori. sudahnya, memori tu tersimpan dalam kamera jelah. atleast ada kenangan juga kan waktu scroll galeri?
kalau berbuka dekat rumak makcik - makcik memang selalu nya ada banyak trip. gila banyak makanan tak mampu nak habiskan semua dalam masa yang pendek.
Perap Manual dan Perap Siap!
mungkin puasa minggu ke 2, aku ada beritahu iwan. aku teringin nak makan grill & steamboat. tapi tak jadi kerana harganya yang keras dan juga terlalu ramai orang. aku terlambat nak buat tempahan. no telefon di google semuanya tak berguna dan sampah!
entah rezeki apa, dirumah makcik aku dapat makan semua yang aku nak. bezanya tak ada sos je lah macam sukiya yang boleh custom sos sendiri tu kan? nak pula aku memang tak minat sos cili. kahkah.
makcik kata makcik sempat perap ayam sahaja. untuk daging dan kambing, beli yang sedia ada. sedap juga ya.
kalau berbuka dekat rumak makcik - makcik memang selalu nya ada banyak trip. gila banyak makanan tak mampu nak habiskan semua dalam masa yang pendek.
![]() |
acah - acah guna chopstick |
Healing Selepas Berbuka
selalunya selepas berbuka, geng lelaki merokok memang terus keluar dan melepak dekat beranda rumah. kali ini vibe nya lain sikit sebab ada tersedia siap dengan kerusi healing. katanya untuk pergi camping, tapi sampai ke sudah tak pergi lagi hahaha. jadi lah ye healing depan rumah?
sebelum balik, memang selalunya kalau melepak rumah makcik dapat lah secawan kopi yang di brew dari mesin nespresso. sedap kopi kali ini. tak terlalu manis dan pahit. sedang - sedang aja. ada sedikit penambah rasa caramel dihujung lidah.
![]() |
bonda baba bersama anak ^_^ |
selepas semua selesai, aku dan iwan meminta diri untuk pulang. lewat juga aku pulang. sekitar jam 11malam macam tu.
terima kasih makcik atas hidangan yang enak.
1 Comments
Hahaha! Memang kamera yg makan dulu!
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.