Lirik Lagu Kemana Ni - Luca Sickta, Kmy Kmo, Salammusik

Lirik Lagu Kemana Ni  - Luca Sickta, Kmy Kmo, Salammusik


Ke mana ni,
ke mana lagi yok ke sana,
ke mana ni,
bumi laut atau udara,
ke mana ni,
rempuh saja tembok membara,
apa yang sia sia,
usah beria ia ya!

Kemana ni? Kemana tu?
Kenapa tukar arah?
Selama ni separa ku
kelana suka marah,
Namun ramah tak kalah,
Cuma kurang bertiung,
Elakkan diri dari jadi Raja Bersiung,
Hah, hah,
Dah berapa lama? Ah Sampai bila?
Banyak soal dari jawapan dan berharapan, Ilmu percuma,
Hendak jalan mudah,
selesa tiada penyudah,
yang tak kenal lagilah susah, tidak juga berubah,

Usahakan daya sampai hilang upaya,
Gerakan di alam nyata bukan hanya alam maya,
Berakit rakitnya dulu, berenang tenang ke tepian,
Bersakit sakitnya dulu, bersenang lenang kemudian..

Kan dah pernah dengar?
Mengapa tidak dikaji?
Tunggu makan disaji?
Tunggu batu ber api?
Boleh jadi esok kan sama macam hari ini?
Tiada yang pasti, cuma amalan lepas ini,

Apa yang sia sia tu menuju jalan kelabu,
yang beria ia,
rancak meliar liar,
yang sibuk kerah peluh jenuh tunggu sampainya waktu,
takkan disia sia untuk dibiar liar,
dunia belia sosial yang so sia
dan dia pun fobia, loya hanyut maria,
impak ceria sedia,
menuju jaya tanpa toleh,
capai yang nak diperoleh,
yang sukar bagi boleh,
yah,
bergerakmajulajukedepan usah mengundur,
biar jatuh tersungkur,
itu semua pengukur,
dan syukur,
nyawa dan kudrat masih brapi,
setiap diuji kuat kurangkan lah kata "tapi",
fleksibel, mentaliti pasti nanti jadi titi,
titi bawa jati diri taruh nyawa demi diri,
demi dia demi aku demi kita, tuk berjaya,
bukan hanya didunia malah bekalan ke syurga.

Selagi ada nadi
Aku kan keluar cari
Ada kalanya “risky”
Mencari rezeki

Dan adakalanya tersadai di depan
dinding yang tebal,
Puas mencari jalan tetapi asyik gagal,
Mungkin jalan yang dicari itu ada diluar,
Mungkin jawapan itu sudah lama terpendam,
Didalam..
Masih perlu masa untuk dihadam,
Sebelum pandai berenang laut dalam jangan diselam,
Kelam kabut bila dihentam,
Ombak kota yang kejam,
Setiap ujian itu lahirkan azam,

Tepuk tangan henjut kepala hentak kaki,
Rentak Luca lirik Kmy dihayati,
Tepuk dada tanya selera sekarang,
Kalau bara yang digenggam, Biar sampai menjadi arang,
Kemana Ni

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.