Makan - Makan Di Soru Station, Setia Alam

Makan - Makan Di Soru Station, Setia Alam

semalam last minute plan. mak cakap mak lupa birthday kak pia. birthday kak pia jatuh pada 12 july. kesian kak pia. hahahhaha. aku tak lupa. aku siap call dan wish birthday dia. mak aku pula, baru tahu semalam sebab kak pia tanya mak aku "mak lupa ke birthday kak pia?".

sudahnya, malam tadi. disebabkan semua orang ada dekat rumah, mak ajak pergi makan - makan. yeayyy !


Makan di Soru Station, Setia Alam

aku rasa ni kali kedua aku makan di soru station. sebelum ni makan dekat soru station seksyen 13 shah alam. kawasan sana agak pack sebab ramai student kan? jadinya adik aku suggest di setia alam. jauh juga perjalanan sampai 30minit. hahahha. 

nasib baik masa sampai tu, ada juga meja kosong. meja tu ada lebih kurang 10 kerusi. memang ngam lah dengan kitorang yang baru sampai. masa call tu, tak boleh reserved sebab waktu pack hour. redha jela kalau penuh kan? 

rupanya dekat tingkat atas ada kosong 'khas' untuk kitorang. lega!


Murah dan Cepat!

Makan - Makan Di Soru Station, Setia Alam

apa yang best dekat soru station ni ialah makanan yang dipesan cepat sampai walaupun kedai penuh.  harga pun tidaklah terlalu mahal. makanan sedap. selalunya mushroom soup dan mashed potato tak sedap tau. manis lah, itu lah ini lah. yang dekat soru station memang sedap! aku suka. 

macam berbaloi lah makan dekat sini. paling berbaloi sebab bukan aku yang bayar. HAHAHAH. aku fikir aku akan kepanasan makan dekat kawasan ramai orang. rupanya telatah aku salah. penghawa dingin dan kipas dipasang serentak membuatkan suasana nyaman dan sejuk. paling penting makan tak perlu kelam kabut. santai je. 

cakap pasal santai, sebelum jumpa soru station. mak aku request nak makan dekat tempat santai. bila dah dibagi nama restoran, mak aku tanya. mahal tak? santai tak? gelap tak? hahahahha. terlalu complicated ya perempuan ini. 


Selesa di Soru Station, Setia Alam

Makan - Makan Di Soru Station, Setia Alam

suasana dekat kawasan sini memang best. aku baru kali pertama sampai kawasan sini. rupanya sini lah tempat kfc yang pernah viral dulu sebab reka bentuknya agak retro. selain tu ada juga A&W, tealive dan beberapa restoran lain yang dikenali. 

aku dan iwan memesan mix grill special, mushroom soup, creamy mashed potato, air suam, nescafe ais.
mak, syazwan dan shira memesan hazelnut coffee hot, mac n cheese, oligo choclate, air suam, mini platter.
apan memesan danok lamb grill, hazelnut coffee hot.
ayuni memesan air suam, fish n cheap.
kak pia pula memesan chicken wings, fanta strawberry float.
ecah pula memesan mango float (makanan kongsi dengan semua orang. huhu)

Makan - Makan Di Soru Station, Setia Alam

rasanya itu sahaja kot. jumlah nya ialah rm163.55.


Bergambar Macam Biasa

Makan - Makan Di Soru Station, Setia Alam
aku dan mak

Makan - Makan Di Soru Station, Setia Alam
aku dan ya habibi

Makan - Makan Di Soru Station, Setia Alam
anak buah comel yang panjang akal.

Makan - Makan Di Soru Station, Setia Alam
mak bersama ecah dan kak pia

terima kasih syazwan dan mak kerana belanja makan. 

selamat hari lahir kak pia. semoga jadi adik yang baik. anak yang solehah. jadi kakak yang baik untuk ecah si nakal tak dengar cakap perasan cantik. hahahahhaa. ily kak pia. semoga bisnes maju jaya. hehehhee. 

Post a Comment

0 Comments