Makan Mee Tarik Warisan

Makan Mee Tarik Warisan

dua hari lepas yakni hari selasa mak aku belanja makan mee tarik warisan shah alam. ikutkan dah pergi dari minggu lepas. tapi mak aku punya perancangan nak makan mee tarik warisan (minggu lepas) tu last minute gila. 

aku pun baru je lepas makan pukul 8malam. tiba - tiba ajak makan mee tarik. lepas tu mee tarik tu sebelah rumah aku je. mak aku cakap ayah aku tak ada dekat rumah. jadinya aku lah yang kena ambil mak aku dan hantar balik. HAHAHHA. 

aku cakap dengan mak aku, tak apa lah lain kali jela. sebab restoran tu memang betul sebelah rumah aku. jalan kaki sampai. kalau aku pergi rumah mak aku, macam jauh je. aku kena ambil mak aku, hantar balik, aku balik rumah. 3 kali pusing tu. hahahahahha


Mak Belanja Makan

hari selasa tu pun sama. mak punya cadangan nak makan mee tarik, adalah selepas aku kenyang makan malam. nasib baik lah aku makan awal dalam pukul 6lebih macam tu. itu pun aku tak order apa - apa. aku lebih kepada makan semua orang punya makanan. tu pun tak habis hahaha. cane? 

aku dah lupa menu yang semua orang pesan. enjoy jela gambar tu ya. 

semua orang ada kecuali ayah jela tak ada. ayah ada urusan lain. hehehhe. adik ipar pun ada, anak buah pun ada. oh baru teringat. adik aku yang apan tu tak ada. katanya "dah ada plan lain, kenapa bagitahu lambat sangat". manalah aku tahu. aku pun baru tahu. 

yang pasti portion 1 mangkuk boleh makan 2 orang. jimat~ better korang try 1 menu dulu baru order menu lain. bukan apa, takut membazir je.


Terima Kasih Mak

terima kasih mak. sebab selalu belanja makan. semoga ladang pahala untuk mak. semoga murah rezeki mak. semoga lapang dada mak. semoga mak berbahagia selalu. semoga urusan mak setiap hari dipermudahkan. semoga mak selalu diberi kesihatan yang baik. umur yang panjang. semoga itu ini untuk mak. ily, mak! 

Post a Comment

0 Comments