aku menulis disini sebagai kenangan abadi yang takkan terulang kali keduanya atau sampai kapan pun lagi.
teruntuk makteh, atau aku akan memanggil mu dengan panggilan biasa seperti selalu aku memanggilmu 'teh'. sudah berhari - hari sebenarnya aku abaikan tulisan disini. aku masih tak punya daya dan tak kuat menulis. aku masih sebak dan sedih. aku tak daya nak mengulang kenangan ke belakang. hatiku berat dan letih. ada kala kepala ku terasa pening mengenangkan teh di alam kubur. apa khabar teh? semoga kuburmu dilimpah cahaya terang, asbab pahala yang kau kendong menjaga orang tua mu.
pada hari kematianmu, selepas beberapa minit engkau pulang kepada tuhan. emaklah yang menyampaikan khabar itu. aku terkejut dan seboleh menahan tangis air mata. sehinggalah bila suamiku bertanya "sayangg okay tak?". menjunam laju air mata ini tumpah. tak dapat dikawal. bernafas terasa seperti berat dan kesat.
terima kasih makteh. kerana dahulunya engkau yang menjagaku waktu kecil. aku tidaklah terlalu ingat memori itu. aku cuma ingat, engkau akan membebel jika aku kencing tilam. hehehe. aku paling takut nak ke tandas pada waktu malam. sebab itu aku memilih untuk menahan dan akhirnya terlepas di atas katil.
pada setiap cuti perayaan jika sambutannya berlaku dikampung, engkaulah yang paling awal sampai dan mengemas rumah semahunya. rumah tok bersih kerana engkau. ternyata tuhan memang mengambil orang baik lebih awal supaya engkau tak terus tenggelam ke dunia yang penuh fana. semoga tuhan mengampuni semua dosa - dosa makteh. semoga banyak pahala makteh kerana menjaga orang tua. sehingga akhir nafasnya pun, makteh masih lagi menjaga tok dirumah.
terima kasih makteh, atas kebaikanmu menyantuni aku, anak saudaramu - mieza.
7 feb 2024. alfatihah saadiah kamis @ shaffiee.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.