teh dah tak ada. sesak nafas.
lebih kurang jam 10 malam macam tu. entah kenapa suddenly tangan aku shaking dan perut aku memulas teruk. aku mula tak senang duduk.
lelah dah 2 hari.
aku ke tandas sekali. aku cuba nak buang air, tapi cubaan aku meleset dan cuma angin yang keluar. aku kembali duduk dan sambung menelefon ayah aku untuk memberitahu tentang khabar duka. iwan tanya aku, kalau aku okay atau tak? aku jawab ya, aku okay. aku cakap, aku sakit perut lagi ni. kena buang air juga.
aku berlari ke toilet. nah keluar. tapi hanya dengan sekali teran. angin bercampur seperti muntah bayi. tak perlu lah korang bayangkan teruknya.
Selamat Pulang, MakTeh
iwan tanya kali kedua, okay tak? aku cakap aku okay sambil menahan sebak. aku tak boleh nak teruskan percakapan, kalau aku memaksa bercakap air mata aku turun laju. sedari tadi aku cuba bertahan bernafas dengan baik.
akhirnya aku beritahu tentang perkhabaran makteh telah pulang diiringi air mata.
sekarang aku masih di pejabat. aku tak berani jejakkan kaki ke sana. semalam saja, aku menangis yang kadar normal namun asyik ingin muntah. entahlah. terpaksa aku simpan tangisan aku dan berdoa semoga makteh pulang ke jalan syurga dan dipermudahkan.
aku sudah beritahu pada emak, jika semua urusan jenazah sudah dikambus tanah. kemaskini pada aku. aku akan bertolak ke sana. khabarnya, makteh akan dikebumi selepas zohor. sekarang masih menunggu giliran untuk post mortem. segala urusan akan dikendali pihak hospital dan masjid.
Selamat Menuju Tuhan Yang Esa
aku masih rasa sedih. entah. makteh antara adik beradik emak yang rapat dengan keluarga kami (adik beradik perempuan). makteh walaupun mulut nya bising boleh didengar seperti speaker masjid, dia baik. betul dia baik. bebel cara mak - mak.
perkhabaran makteh disampaikan oleh nenek aku yang dipanggil tok. tok ada dirumah makteh ketika kejadian. tok dijaga makteh sejak bulan 12 tahun lepas. sebelum ini makteh juga yang menjaga arwah wan (suami tok aka atuk aku) sampai lah arwah wan meninggal.
kini, makteh meninggal semasa menjalankan tanggungjawab menjaga emaknya sehingga akhir hayat. dah tiada lagi orang yang whatsapp aku untuk bertanyakan soalan matematik anaknya. tiada lagi makteh yang suka like semua status aku di facebook. tiada lagi makteh suara petir. tiada lagi makteh didunia.
korang doakan makteh (Saadiah binti Kamis @ Shaffiee) ditempatkan dalam kalangan orang beriman. semoga urusan makteh dipermudahkan sepanjang menuju jalan ke tuhan dan menuju syurga.
4 Comments
Salam takziah
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
Salam takziah...Moga Allah meletakkan aunty bersama orang yang beriman
ReplyDeleteinnalillahi
ReplyDeleteinnalillahiwainnailahirojiuuunnn....
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.