Tukar Template Blog

 

Tukar Template Blog

assalamualaikum korang. saja nak bagitahu. harini aku tukar template blog kali yang ke berapa entah. aku bosan dengan template yang sama je dalam jangka masa sebulan dua. lepastu pula bila aku blogwalking blog orang, eh sama. tu cepat - cepat aku tukar wajah blog aku. 



Template Percuma 

Tukar Template Blog

aku rasa template aku sebelum ni dah cantik. tapi aku jumpa 2 3 blogger guna template yang sebiji. itula aku tukar yang ini. template pun percuma. biasalah tu kalau sama. hahah. aku pernah lah dulu ada isu dengan pen designer blog ni. aku bayar dia. 

aku ingat dia create kan blog aku tu macam special lah sebab aku request itu ini. dia pun sama ja. guna template sedia ada. tukar tema warna je. alahai. sekali aku jumpa 2 orang guna template sama dengan aku. mungkin menggunakan perkhidmatan orang yang sama. 

ni aku dah guna template percuma. jadi aku dah takkan merungut kalau sama. nama pun percuma. kadar kesamaan orang nak guna template yang macam aku pun boleh kata tinggi. nanti aku bosan, aku tukar lah lagi. hahaha. 

aku kekalkan warna kelabu supaya nampak clean. entah lah cantik ke tidak di mata korang. mata aku cantik je. nanti aku ada masa aku ubah lah lagi mana yang patut. 


Edit Blog Sendiri

beb, kalau aku tahu dia guna template dah sedia ada. buat apa lah aku bayar dia? baik aku guna yang percuma je. kalau nak advance sikit, aku bayar jela perkhidmatan orang yang buat template blog dari luar negara atau yang dah sedia ada dalam google. murah pun murah. yang pasti, template yang berbayar dekat google ni jarang nak sama dengan orang. 

sebabnya, orang malaysia cenderung guna perkhidmatan berbayar dalam kalangan orang malaysia juga. aku tak ada masalah dengan bayar perkhidmatan orang yang editkan blog/ design template blog. cumanya, aku bayar dia untuk dia guna template yang dah sedia ada ke? apalah salahnya macam ubah sikit - sikit nampak kelainan. sedih betul 

ni aku ambil template di google sahaja. korang boleh pergi dekat bahagian bawah sekali; footer. ada pautan kan? dekat situ ada banyak gila template menarik. korang boleh try and error. 

kak YB Shehan yang ajar aku guna template dekat situ. dia pun ada menyediakan perkhidmatan editkan html yang simple - simple. bayar seikhlas hati. 


Post a Comment

5 Comments

  1. I pun suka guna sora ni tapi yang free ni tak detect SEO atau traffic sangat that's why tukar yang sekarang ni. berbayar tapi berbaloi lah so far

    ReplyDelete
  2. wahhh..cantik, nampak simple sahaja...hihihi

    ReplyDelete
  3. keep it short n simple... i like your new template!

    ReplyDelete
  4. Template mcm ni nampak simple dan kemas.
    tapi rajinnya mieza tukar template ya... Cuya teringin juga template mcm ni, tapi nampaknya Cuya akan kekalkan style yang lama je kott...hehhe

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.