assalamualaikum korang. aku nak cerita pasal peah. waktu entri ini dipublish, peah dah berpindah milik.
nama sebenar peah masih menjadi tanda tanya. aku pun dah lupa. aku teringat nama peah sebab nama peah menyamai nama adik aku. afiyah. hahaha. nama peah dalam lingkungan nur safiya/ afiya. aku pandai - pandai tambah ada siti depan dia. nampak macam sedap sikit.
Jemput Peah Di Rumah Khaty
aku ambil peah di rumah khaty pada 01 april 2023; bulan puasa. memang dah lama sangat tak jumpa khaty. aku dan khaty berbuka puasa di atsky worlwide (bukit bintang). kali terakhir jumpa khaty adalah pada 04 mac 2023; bersempena khaty baru pulang dari mengerjakan umrah. dalam pada berbual dia buat kejutan dekat aku.
katanya bulan julai nak pergi australia. kitorang berbual dan dia ada tanya aku pasal kucing. aku pernah tulis komen dekat satu status. mencari tuan baru untuk oyen. khaty baca komen tu. jadi dia nak mintak tolong aku jadi ibu angkat kepada peah sebelum dia berangkat ke australia. aku okay dan setuju.
pada 29 mac 2023 aku ada whatsapp khaty berkenaan tarikh sebenar dia nak berangkat ke australia. lagi sekali dia buat kejutan.
tapi aku g UK ahad ni.
terlalu random sangat perancangan dia dan memaklumkan kepada aku dalam keadaan eh tiba - tiba je. hotak dia. hahaha.
Peah Suka Bersembunyi
kali pertama peah jejakkan kaki ke rumah aku, peah agak pemalu dan sangat penakut. tempatnya hanya di dalam tandas dan menyorok di kawasan sempit yang dirasakan selamat untuk dirinya. selain dari tandas, tempat kegemaran peah adalah di belakang rak tempat aku memasak.
semenjak aku rapatkan tong sampah dengan rak tempat aku memasak, peah dah tak masuk situ. selain itu, tempat yang peah selalu bersembunyi ialah di sebelah peti ais. suamiku dah rapatkan peti ais ke dinding. peah dah tak ada tempat menyorok dan bersembunyi lagi. hanya di dalam tandas sahaja.
lama kelamaan selepas peah serasi dengan kawasan rumah aku dan penempatan dirinya, peah mula duduk berselerakan di ruang tamu. peah paling suka bersandar dekat penjuru besi dengan keadaan terkangkang. sekali aku libas, tahu lah. selamat tak pernah libas peah. geram tau.
aku cuma ada satu persoalan. peah ni macam tak pernah tidur atau mungkin dia takut nak tidur. aku jarang nampak peah tidur. entah bila lah dia tidur. mungkin masa aku tidur dia tidur kot? jadi aku tak pernah lah nampak.
setiap kali peah 'tidur', aku akan rakam peah. selalunya aku gagal. baru keluar kan telefon dan tekan punat rakam, peah akan buat - buat bergerak dan buka mata. hampeh betul peah.
Manja Dengan Lelaki
peah ni betina. orang kata kalau kucing ni betina, dia lebih manja dengan lelaki. betul ke? melihatkan gaya peah, aku setuju dengan statement itu. peah betina manja. dia manja dengan suamiku. aku cemburu walau peah hanya seekor kucing betina. hahahha. alaa bukan cemburu betul pun. saja lah cakap aku cemburu dekat suamiku. cepat - cepat dia kata "taknak lah pegang peah". hahaha.
khaty dah ajar aku. mula - mula nak bagi kucing serasi, rajinlah bagi dia makan snack/ treats kucing. rajinlah suamiku melayan kehendak peah. dibaginya makan snack/ treats hari - hari. seronoklah peah. masa raya aidilfitri haritu, kitorang hantar peah ke hotel kucing. dapat freegift snack/ treats kucing banyak gila. penuh beg peah.
aku siap beli lagi sekotak. seronok tengok. rasa comel je plastik bungkusan tu. murah pun murah. dapat free gift lagi. aku beli di shopee. kalau korang nak beli snack/ treats kucing yang murah korang boleh klik pautan ini bundle box - snack/ treats kucing murah.
aku tak ada banyak gambar peah. sebab kebanyakkan tentang peah adalah dalam bentuk video. aku suka tengok kelatah peah.
peah betina garang. kadang - kadang aku menyampah dengan peah. dia suka bergesel kaki dengan aku. dalam masa yang sama dia tak suka disentuh. aku tampar karang. mudahnya bila suamiku yang pegang peah, peah mula terbuai - buai dan membaringkan dirinya. ada masa suamiku malas melayan peah. peah tetap baring manja dan cuba bergesel kepalanya di tangan suamiku. sebab dia tahu, suamiku akan membelai semula.
Tak Pernah Melampau Batas
peah seekor kucing yang sangat berdisiplin. entah siapa agaknya pemilik pertama yang membesarkan peah sebelum khaty. peah pandai membuang di dalam tandas pasir yang tersedia. tak pernah peah merembes tahi - tahinya dan air kencing ke merata kawasan.
aku gunakan pasir kucing jenis tofu cat litter. aku tak tahu apa perbezaan keduanya. kali pertama kucing dirumah aku, memang aku sediakan tofu cat litter. dengar kata ianya boleh dipam terus ke lubang tandas. lagi pula rumah aku jenis tinggi. lebih mudah untuk aku gunakan jenis tofu kan?
tofu cat litter pun aku beli di shopee. perbandingan dengan membeli di kedai fizikal adalah jauh lebih murah dan jimat. korang boleh klik pautan untuk beli tofu cat litter.
setahu aku, peah tak pernah jejak bilik tidur aku. aku memang limitkan peah untuk masuk bilik tidur. kononnya aku nak buat bilik tidur tu bebas dari bulu kucing. bulu peah mudah gugur. aku pula penghidap resdung bertahun - tahun.
Bilik Tidur Kawasan Larangan
untuk mengelakkan aku alami bersin diawal pagi dan waktu malam, aku jauhkan peah dari pintu bilik. sesekali ada juga peah berjaya masuk bilik dan menceroboh bilik aku. hahah. itupun kerana aku terlupa tutup pintu dan juga peah kelam kelibut berlari selamatkan diri dari ditelan vacuum.
aku masih teringat moment peah berlari tak cukup tanah menjauhi vacuum. aku tak tahu apa seekor kucing rasa bila dirinya ditakutkan dengan hal seperti itu. aku cuma menganggapnya sebuah situasi yang kelakar. adakala aku rasa bersalah dengan peah. peah tak sepatutnya mendapat layanan seperti itu. wajar tak aku anggap itu cara aku bermanja/ bergurau dengan peah?
setiap pagi peah adalah insan yang setia di muka pintu menunggu aku atau suami ku keluar dari bilik untuk pergi kerja. ada masa peah terlalai dan kantoi pijak atas meja. peah selalu kena berleter dengan suamiku kerana tinggalkan jejak kaki atas meja. padan muka.
waktu - waktu mengawan, peah adalah insan terpaling bising mencari pasangan. aku dan suamiku biarkan. malas nak melayan. peah belum sunat. sebab itulah dia gatal.
Ucapan Kepada Peah, Betina Manja
entri ini diwujudkan bagi mengenang hal peah sepanjang dia bersama aku. aku pulangkan semula peah kepada khaty pada 17 jun 2023 kepada orang ketiga. khaty masih belum ada di malaysia waktu itu. aku pulangkan peah semula kerana hal resdung aku. aku suka kucing. tapi itulah. keadaan aku tak mengizinkan. bermakna hanya 77 hari sahaja peah tinggal di rumah aku.
rupanya aku hanya nak jadikan kucing tempat bermanja. tempat peluk cium. bukan untuk aku jaga. entahlah. rasa bersalah dengan peah. bulu peah kekal gugur dan mengganggu hidung aku. maaf peah.
buat peah, betina manja.jika suatu hari nanti kamu boleh membaca ini. ketahuilah olehmu, aku sangat sayangkan kamu seadanya. aku menerima kamu dengan hati dan tangan terbuka kali pertama. aku sangat gembira kamu datang dan masuk ke dalam rumah ini sebagai penghuni baru. kamu menjadi keluarga kecil kami. walaupun awalnya kamu sangat sombong dan berlagak. tapi aku faham kerana itu situasi yang baru buat kamu. kamu belum serasi untuk tempat yang baru. kamu sangat manja dengan cara kamu sendiri. kangkala teringin betul aku ingin menampar bontot kamu seperti aku menampar bontot kucing lain dengan gaya manja. tapi kamu tak sudi menerima. tak apa lah. kamu suka dibelai. namun bukan semuanya yang kamu suka. kamu ada mood kamu sendiri. geram aku. kamu comel, tapi kamu tak suka aku. kamu lebih sukakan lelaki. yang penting kamu selesa di rumah aku. minta maaf ya peah untuk sepanjang kamu dirumah aku. aku banyak menganggu kamu saat kamu berehat - rehat. aku suka melihat kelatah kamu. kamu kucing rosak yang berlagak namun gatal dan manja. tak kisah lah. aku minta maaf sekali lagi ya peah. maaf jika makan minum kamu ada terabai. kasih sayang kepada kamu ada yang kurang. rumah yang panas. hal yang menyakiti hati kamu secara sengaja atau tak. diakhirat nanti harapnya kamu sudi menyantuni aku ya. terima kasih peah. semoga kamu dah mendapat tempat selesa di rumah khaty ya.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.