assalamualaikum korang. entri ni dah basi. raya pun dah habis. maaf la baru ada mood nak menulis ni. ehhehe. masih lagi tentang majlis rumah terbuka.
kali ini aku menghadiri rumah terbuka kak long saidila; geng kbba juga.
Rumah Kak Long
ini kali pertama aku ke majlis rumah terbuka semeriah majlis kenduri kawin anak bongsu. hahahhaha. meriah betul. ada 8 khemah. suasana kampung. macam - macam makanan ada. memang sebiji rumah orang kawin. ada makanan berat, makanan sampingan, makanan ringan. hehehe. seronok aku menikmati semua makanan.
masa mula - mula sampai tu, DJ radio yang bertugas berulang kali menyebut nama samaran aku; kecik. nasib baik bukan nama betul. masa aku sampai, afiq dah sampai awal dengan anak kecilnya. sikit lagi aku nak tanya "mana wife?". dalam kereta nak balik baru aku teringat; eh wife dia kan dalam pantang. hahahh.
Makan Makanan Favourite
aku disambut oleh kak long yang berwajah manis. senyum tak lekang dari wajah. berulang kali kak long cakap;
"eh kecik. makan je makan. jangan malu - malu. akak tak sempat nak melayan tau. maaf ya"
ya ya tak apa kak. faham, ramai orang ~ aku tanpa menunggu lama terus mencari makanan yang aku nak. ada laksa, ada mihun sup. dua dua makanan favourite ni. hahaha. terpaksa lah makan dua - dua. kalau tak makan nanti rasa kempunan.
suamiku makan lemang dengan rendang daging. sedap betul rendangnya. pedas - pedas gitu. ketika aku sedang makan, aku ternampak kak aisya ismail. aku ingat nak ambil gambar sama - sama lepas makan. sekali tu aku tak jumpa mana dia duduk. hahaha.
Ramai Rakan Blogger
kak sue izza pula muncul dibelakang aku semasa aku sedang makan. hhehee. aku bersalaman dan kembali menyambung makan. selepas makan baru aku cari kak sue. kak sue duduk di tempat afiq duduk tadi. mudah lah jumpa.
rupanya kak uzu pun ada disini. aku macam nampak dia berjalan keluar dari khemah tapi aku risau salah orang.
maaf lah sebab aku memang tak pandang nasi. aku lebih suka makan mihun sup dan laksa. dah kenyang makan 2 mangkuk, aku bergerak ke belakang mencari apam balik. apam balik ni antara makanan ter panas di mana - mana kenduri. kalau kata tuan rumah menggunakan katering, silap haribulan pukul 2 dah kemas meja. hahahha. semua orang sanggup beratur panjang.
tapi dekat rumah kak long tak mengalami situasi macam tu. petugas yang ditugaskan menjaga apam balik sentiasa membakar apam balik dengan baik. dapat makan panas - panas. memang best.
selain itu ada juga pisang goreng. makan panas - panas memang syiok oh. aku tak ambil sebab aku dah ada apam balik. hhhehe. rakan blogger yang lain cakap sedap. rugi lah aku.
suamiku sempat juga ambil roti arab. not bad. ini kali pertama tau aku rasa. sedap juga. tapi memang dah tak mampu nak sumbat dah. perut terlalu penuh. risau muntah je. dengan air 2 - 3 cawan. hahahha. manalah perut tak buncit ya.
selepas kenyang makan, aku minta izin dari kak long untuk bergerak pulang. bersalaman lah kami dan bergambar sekeping buat kenangan. ada rumah kedua yang harus dituju.
Makan Malam di Rumah Gina
hari yang sama aku dan suamiku bergerak ke setia alam pula. menuju rumah mak mertua gina; adik ipar ku ( blah suami ).
waktu kami sampai dah pukul 6 petang. perut masih kenyang. buang kan masa dulu dengan berbual bersama orang sekeliling baru menjamah nasi. seharian tak makan nasi. sebu juga perut ni.
aku lupa menu nya. ada keluarga maklong yang datang jauh dari melaka. maklong baik. orang nya manis dan suka tersenyum.
menghampiri jam 9, aku dan suamiku meminta izin pulang. sebelum pulang, semestinya bergambar dahulu.
ada beberapa kenangan baru di rumah gina.
irsyad membawa pulang bakal menantu untuk berkenalan sesama keluarga.
ayie dan madi buat hal ketika perjalanan pulang. hahhaa. kehabisan minyak atas jalan raya. gila apa. nak patah balik beli minyak tu lah. demi mu bff, sanggup lah aku teman dia borak tepi jalan raya weyh. dua tiga kali orang berhenti nak hulur bantuan. madi tu dah lah cantik. hahahha.
Rumah Mak
di hari yang lain pula, mak jemput aku dan suami ke ke rumah mak. mak ada buat makan - makan ringkas untuk tetamunya; geng motor. aku mestilah datang, jarang tak datang. mak masak nasi bersama gulai ikan masin. menu tambahan ialah spageti dan agar - agar. aku tak duduk lama pun. sebab aku macam orang yang kepishangan tak pandai berbual. hahaha
itu sahaja cerita aku kali ini. nanti aku sambung lagi ya.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.