Buat Makan - Makan Di Rumah

 

Buat Makan - Makan Di Rumah
rujukan: www.uplabs.com

assalamualaikum semua. harini nak kongsi dengan korang. haritu aku ada buat makan - makan di rumah. kecil - kecilan sahaja. tahun lepas aku ada buat rumah terbuka yang dikhaskan kepada keluarga terdekat, saudara mara dan adik beradik sahaja. memang aku tak jemput seorang kawan pun. hehehe. 

tahun ini kewangan tidak berapa banyak nak buat rumah terbuka. aku hanya membuka pintu rumah kepada siapa yang ingin datang ke rumah sahaja. 


Rakan Pejabat Datang Ke Rumah

sambutan raya tahun ni agak seronok bagi aku. mana tidak nya. dapat beraya sampai ke pukul 12malam. dapat beraya dirumah uncle bersama rakan pejabat. dah berapa tahun tak dapat sambutan macam ni akibat covid yang jahat.

tahun ini, aku dapat mendapang tangan menerima kunjungan hari raya dari rakan pejabat. sepanjang 6 tahun bekerja di syarikat ini, ini lah kali pertama dalam tempoh 6 tahun rakan pejabat datang ke rumah. lagipun baru 2 tahun aku ada rumah sendiri walaupun cuma menyewa.

Buat Makan - Makan Di Rumah

sebelum ini, ada juga mak aku buat rumah terbuka. ada juga aku jemput rakan pejabat. yang datang ialah noi sahaja. yang lain tak berkesempatan nak datang. 


Menu Rahmah dari Suami

Buat Makan - Makan Di Rumah

sepeti kebiasaan kami. memang bab memasak diserahkan kepada laki ku. aku hanyalah sebagai pembantu sahaja. antara skop kerja aku ialah memotong semua bahan - bahan terlibat, merebus jika perlu, menyediakan peralatan memasak dan membasuh semua peralatan yang telah digunakan. 

jika aku terlalu penat atau tiada mood, bab membasuh dan mengemas diserahkan kepada laki ku. alhamdulillah dikurniakan suami dari syurga. menyantuni isteri tanpa berkira. hehehe.

awalnya memang 5 orang, tapi alif terpaksa bergerak awal kerana berlaku kekalutan yang tidak diingini di pejabat. waktu yang sama sedang berjalan kelas halal eksekutif. wayar projektor tidak boleh bersambung dengan laptop milik tenaga pengajar. terpaksa alif makan gopoh gapah. 

terpaling awal sampai ialah nisya dan noi. mereka semua memang berjanji akan gerak dari rumah jam 10 pagi. tapi nisya dan noi sudah sampai di parking bawah tanah seawal 10 pagi. aanis pula hilang tak ketahuan. namun beberapa minit kemudian, anis dan alif tiba di lobi. aku turun dan menjemput mereka.

syahmi paling lewat sampai. katanya mengemas rumah dan terpaksa membuang sampah dahulu kerana rakan serumahnya telah meninggalkan sampah. kesian juga. nampak sangat rakan serumah nya tidak bertanggungjawab dan tak berguna. hahaha tak, gurau je. biasa lah tu kadang - kadang terlupa ada yang buat - buat lupa.

disebabkan yang datang hanyalah 5 orang sahaja, laki ku menyediakan menu segera dan mudah sahaja. menu nya ialah spageti sardin dan ayam cheese.


Makan Menambah


Buat Makan - Makan Di Rumah

aku beranggapan, makan menambah - nambah adalah kerana makanan tersebut sedap. laki ku berjaya menarik hati si tukang makan. alhamdulillah. sedap lah tu. air pula air laici ditambah dengan laici tin yang telah di kisar. yelah, buah dalam tin tak berapa banyak. jadi dikisar untuk rasa yang lebih sedap dan mantap. cuma kurang manis rasanya air tu. 

aku ni tak berapa tahu nak berborak. jadi buat - buat borak jela. jam 11 nak menginjak ke 12 tengahari mereka pun beransur. sebelum turun ke lobi dan parking bawah tanah, aku ajak bergambar. 

Buat Makan - Makan Di Rumah

tengok lah gambar di atas ni. syahmi dan nisya adalah jiran yang busybody. hahahaha taklah. diorang rasa tertarik nak baca kertas yang ditampal dipintu rumah sebelah. ada laporan polis telah dibuat oleh pemilik rumah berkenaan. penyewa nya sudah setahun lebih tidak bayar sewa. jumlah nya sudah mencecah rm14 ribu. banyak juga kan?

laporan polis dibuat bagi tujuan sebagai cover report. pemilik rumah tidak ingin dituduh sebagai memecah masuk rumah miliknya jika dia ingin masuk ke rumah tersebut. 

Buat Makan - Makan Di Rumah

Buat Makan - Makan Di Rumah

jadilah beberapa keping gambar buat kenang - kenangan. dalam tempoh 6 tahun bekerja di syarikat, ini kali pertama aku dapat kunjungan rakan pejabat yang ramai. semoga di tahun hadapan, masih sudi bertandang ke rumah. terima kasih sudi datang ke teratak kecil aku dan laki ku (walaupun cuma menyewa). 

Post a Comment

0 Comments