Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

 Tarikan Terbaru di Pahang

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

assalamualaikum korang. 
minggu lalu aku dan suamiku serta adik aku 2 orang telah pergi ke the bentong farm yang terletak di bentong. baru ingat minggu lalu nak berehat dirumah. rupanya terpaksa keluar juga. memang kaki tak boleh rehat eh. hahah. padahal memang kaki jalan. alhamdulillah dapat suami yang suka melayan isteri kesayangannya.

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

The Bentong Farm, Pahang

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

kononnya bertolak awal dari rumah. sudahnya sekitar jam 9 pagi baru keluar rumah dan bersarapan (makan tengahari) jam 11 lebih. dalam kereta tahan lapar jelah makan roti dan air kotak milo. makan tengahari nasi ayam je. kemudian kami menyambung perjalanan ke bentong pahang.

pastikan korang tak salah jalan ya. tempoh hari aku termasuk tempat salah sebab ada perkataan bentong. rupanya yang aku pergi tu tanah persendirian tempat dijalankan aktiviti keluarga/ perkhemahan atau yang sewaktu dengannya. patutlah sunyi je tak ada orang. rasa risau. pagar pun kena buka sendiri. kami patah balik dan teruskan perjalanan. 


Banyak Binatang Comel

macammana nak ke The Bentong Farm? korang boleh search waze atau google maps the bentong farm ya. korang akan nampak 'pintu gerbang' yang tertulis the bentong farm. masuk lorong tersebut dan akan kelihatan ruang parkir kereta yang luas. 

macammana cara nak beli tiket? boleh terus beli di sana atau secara online; tiket the bentong farm. jangan risau sebab dekat sini tak sesak macam di sesetengah tempat lain seperti zoo negara (contohnya). 

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm
bergambar bersama Mr Raja

tempoh hari aku tiba di the bentong farm sekitar jam 1.30tengahari. terdapat beberapa kereta yang ada di kawasan tersebut. sebelum masuk, aku berjumpa dengan Mr Raja dan bergambar bersamanya. cuaca agak panas. maklumlah sudah jam 1 tengahari kan. korang kena pakai sunscreen tebal dan sebolehnya pakailah topi untuk elak sinaran uv terus ke muka korang. 

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

apa yang menariknya dekat sini ialah binatang semua nya comel dan sangatlah jinak. aku je yang tak berapa nak jinak sebab aku tak mampu pegang. ternyata aku memang tak layak ke zoo. sekejap - sekejap menjerit. sekejap - sekejap terkejut. kesian adik aku. diorang dah lah semangat berkobar nak masuk kandang, tapi aku suruh diorang masuk sendiri. hahahhaha. maaf ler. 


Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm
guinea pig

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm
kucing bengal

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm
burung merak yang tengah riak





baru aku perasan dekat sini bebas nak bagi makanan pada binatang. ada sesetengah tempat tu, dah bayar harga tiket lepastu kena beli makanan pula kalau nak beri makanan pada binatang. dekat sini tak. boleh dikatakan semua tempat disediakan 'makanan' untuk binatang dan kita boleh ambil untuk beri pada mereka. 

Naik Kuda

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

yang nak merasa naik kuda pun boleh. untuk naik kuda, korang kena bayar ya. adik aku merasa lah naik kuda walaupun badan kejung. aku tak berani. takut kuda tu melompat tak pasal - pasal kaki aku sakit. mula - mula je adik aku kejung, lepastu dah okay. kuda ni dibawa beberapa pusingan sahaja ya. tak jauh pun. 

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm
bergambar dengan kuda comel


lepas dari adik aku naik kuda, kami singgah sebentar makan ais krim di tempat yang disediakan. boleh dikatakan ini ialah sebuah kafe yang ada jual makanan ringan. air panas pun ada. tapi panas - panas nak minum air panas ni memang tidak lah. memang mencari air sejuk je.

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

Ladang Sayur dan Buah

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

the bentong farm ini terbahagi kepada beberapa tempat. awal perjalanan disajikan dengan sejumlah binatang kemudian perjalanan seterusnya ialah berjumpa dengan sayuran dan buah. kira macam kebun sayur. ada sesetengah sayur dan buah baru sahaja ditanam. ada tapak semaian yang baru nak bercambah. 

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

dekat sini lah korang boleh belajar nama buah dan nama sayur. kadang tu ada sesetengah sayur dan buah memang aku tak tahu rupa bentuk tanamannya. pandai makan je. dekat sini korang boleh la belajar. disebabkan banyak tumbuhan disini, rasa bahang tu tak terasa sangat walaupun matahari tegak atas kepala. 

terdapat juga beberapa replika buah dan sayur yang besar. sesuai untuk korang ber ootd. menarik tau. 

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

tempat ni baru je dibuka sebab tu banyak sayur dan buah yang baru nak mulai tumbuh. agaknya dikemudian hari mesti tempat ni lagi best dan menarik. dapat tengok tumbuhan dengan hasil buah dan sayur yang dah membesar masak ranum kan.

setelah penat berjalan, korang boleh lah rehat sebentar di rumah kecil di pertengahan jalan buat lepas lelah. 

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

sebelum pulang, menapak sekejap atas bukit untuk ambil gambar di funny house. suka budak - budak ni. diiorang teruja sebab koleksi dekat sini koleksi gergasi. seperti mesin minuman. 

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

ada banyak replika dekat sini dan salah satunya ialah menara eiffel tower mini. cantik kan? atas bukit ni ada buaian besar. sementara nak sambung perjalanan turun ke bawah, boleh lah singgah berehat sekejap di buaian ambil angin. 

agak tinggi juga untuk naik ni. tak ada stamina jangan naik ya. takut kang terpeleot dah jadi lain. duduk atas ni best. rasa nyaman. macam tengah tengok pemandangan kampung halaman. ada banyak pokok - pokok. dengan angin sepoi bahasa. 

Tempat Menarik di Pahang, The Bentong Farm

tamat sudah 'pengembaraan' kami di the bentong farm. semoga ada rezeki lagi untuk ke sini melihat sayur dan buah tumbuh membesar. 

info The Bentong Farm

alamat
The Bentong Farm, Lot 6239-6241, Kampung Orang Asli Lebak,Batu, 3, Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang

facebook: https://www.facebook.com/thebentongfarm/
instagram: https://www.instagram.com/thebentongfarmmalaysia

Post a Comment

0 Comments