Sambut Awal; Ikea dan Starbucks

Sambut Awal; Ikea dan Starbucks

assalamualaikum korang. 
aku nak bagitahu korang. birthday aku dah lepas. yeayyy. aku dah besar dan dewasa. kahwin pun dah. anak je belum ada lagi. insyaallah lepas ni ada rezeki anak pula. korang doakan aku ya. 

Mak Sampai Ikea Kali Pertama

untuk pengetahuan korang. mak aku memang tak pernah jejak ke ikea. ayah aku tak suka pergi mall. nanti pening nak cari parking kosong. pening nak cari parking kereta sampai sesat. malas nak menunggu. macam - macam la. jadi mak aku memang jarang ke mall. kalau ke mall pun dengan anak - anak atau makcik makcik aku yang lain.

masa mula - mula aku memilik kereta kali pertama, aku dah niat nak bawa mak ke ikea. sampai ke sudah lah memang tak pergi ikea. entah kenapa. mungkin aku ajak waktu mak aku tengah tak ada mood atau semangat membara nak pergi ikea tu tak ada. 

suami aku cakap. "jom lah minggu ni bawa mak dan adik - adik jalan". ayah aku tak ada. dia ada trip dengan kawan sekerja ke indonesia. jadi mak mungkin kebosanan di rumah sebab terperap je.

jadi hari yang dijanjikan, keluarlah kitorang pergi ikea. perjalanan yang sangat panjang ke ikea gara - gara nak elak jammed. kononnya nak lalu highway yang ada tol sebab laluan biasa ke ikea tu jammed. jadi bila dah nampak depan mata, elok je. tak jammed sangat. sekali kau. tertidur - tidur lah adik aku dua orang tu. bosan kot. 


Beli Barangan Murah

sampai dekat ikea, mak aku duduk dekat pameran lama betul. dia belek satu - satu. alaa macam mak - mak yang nak beli barang dapur tu. mesti duduk dekat rak lama gile. haha tak tahu apa yang dibeleknya. macam - macam impian mak aku. nak itu nak ini. dia nak rumah yang kemas dan cantik. keadaan rumah aku sekarang ni, susunan barang dan peralatan lebih kepada semberono asal ada. ayah aku pula jenis orang yang bila nampak rumah orang cantik sebab hias begitu begini, nanti dia balik rumah dia buat dekat rumah kitorang pula. walhal tak sesuai. hahaha. kelakar kan? jadi dalam rumah mak ayah aku tu, semua ada. 


Makan di Restoran Ikea

seronok mak aku. aku tanya mak, nak makan dekat ikea tak? mak aku cakap dah sampai mestilah nak. hehehe. selepas dah penat pusing ikea dan beli beberapa barangan murah. kitorang singgah lah makan dekat restoran ikea. mak aku ada beli rak yang sebiji sama macam rumah aku, lepastu tempat plastik sampah, yang terakhir ialah mangkuk plastik yang mungkin adik aku yang guna. hahahhaha. 

Sambut Awal; Ikea dan Starbucks

di restoran ikea, kitorang makan meatball seperti biasa, untuk adik aku ada kentang goreng, sup cendawan, ayam 2 jenis variasi, coke tanpa gula, lemon tea. okay itu je. kenyang betul rasanya. terima kasih mak dan suamiku belanja semua orang.

Starbucks dan Kek

Sambut AwaSambut Awal; Ikea dan Starbucksl; Ikea dan Starbucks

mak cakap nak cari beg kecil yang boleh isi telefon dan duit kertas. selepas dah kenyang makan di ikea, kitorang jalan di sekitar the curve dah mall sekitar ikea. tiba - tiba suamiku ajak lepak di ikea. mak dah cakap "eh tak payah lah. mahal ni." suamiku pun cakap tak pe. duduk - duduk sini. dia pun masuk ke dalam starbucks dan order apa dia nak. dia tanya aku, nak apa. eh mana lah aku tahu nak apa. tak reti lah. 

Sambut Awal; Ikea dan Starbucks

sekali tu dia bawa 2 air dan sebiji kek. wahh. aku baru ingat suamiku akan melupai birthday aku. rupanya dia jadi orang terawal yang sambut untuk aku. so sweet suamiku. walaupun cuma sebiji kek, merana juga nak habiskan hahahha. terpaksa paksa semua orang untuk makan. maklumlah bukan kaki makan kek. jadi agak lambat sikit nak habiskan. 

Sambut Awal; Ikea dan Starbucks
so cute adik aku 2 orang

sedap juga air choclate. aku biasa order air latte bila melibatkan coffee. takpun macam machiato ke apa ke. kali ni suamiku orderkan air chocolate java chip. aku taktahu nama menu tu dalam starbucks tapi chocolate lah, ada chips. sedap~ mak aku dah membebel sebab mahal. aku tanya berapa harga 1 air. dia kata 20lebih. makai. hahahah nasib baik lah setahun sekali je minum dan aku bukan kaki starbucks. terimakasih suamiku.

Sambut Awal; Ikea dan Starbucks

lama juga lepak dekat starbucks. lepastu kitorang jalan - jalan di mall sekitar. tak banyak mall. lepastu berjalanlah kaki ke tesco pula. lagilah tak ada apa. jadi beg yang mak aku nak, tiada disini. mungkin akhirnya nanti akan ke mall sekitar shah alam je. hahaha


Selamat Hari Lahir Diriku Yang Ke 28 Tahun

Sambut Awal; Ikea dan Starbucks

kepada diriku yang serba kurang itu serba kurang ini. semoga akan menjadi perempuan sempurna untuk tuhan dan kepada orang - orang baik disekeliling. semoga diri ini selalu berdekat dengan orang - orang baik. semoga diriku selalu sihat sejahtera mengharungi hidup yang serba lelah. semoga diriku serba kuat di tengah - tengah kelemahan. semoga diriku dilimpah - limpah ruah rezeki yang tak diduga. semoga diriku dan suami dikurnia cahaya mata penyeri keluarga kecil kami. semoga diri ini akan selalu ceria ditengah - tengah malap yang gelap. semoga diriku selalu menjadi cahaya untuk orang sekeliling. semoga kawan - kawan yang baik akan selalu ada dengan diriku. semoga diriku itu dan ini. amin. 

terima kasih tuhan, kerana menambah usiaku dan kesejahteraan hidup. terima kasih keluarga yang tetap tenang dan berjaga dalam hidup diriku. terima kasih suamiku yang tak jemu menjadi bunga mengarumkan diriku. terima kasih kawan - kawan yang sudi menerima diri ini. terima kasih semua kerana kekal ada hingga saat ini. 

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.