assalamualaikum.
baru aku tahu rupanya menjadi perempuan yang tidak mampu itu, tidak mampu ini terasa seperti gagal kali. entah kenapa tiba - tiba perasaan murung menjadi perempuan gagal bermain - main di kepala. padahal sejak dulu aku sudah tanamkan dikepala, menjadi perempuan yang tidak mampu itu, tidak mampu ini bukan kerana gagal. cuma belum tiba masa atau waktunya tidak sesuai. atau mungkin tuhan telah gantikan yang aku tidak mampu itu tidak mampu ini kepada sesuatu yang aku lebih mampu melebihi orang lain.
cuma aku sengaja menjadi bodoh tidak mahu memahami kerana yang tidak mampu itu yang tidak mampu ini lebih aku fikirkan dan risau - risaukan.
baru sekarang aku tahu. apa rasanya menjadi kaknoi. 6tahun dan kedepannya yang tidak bermakna. seorang diri menanggung rasa menjadi gagal dan tak berguna.
Sudah Mencuba
sebenarnya hal ini bukan hal yang jarang didengar. malahan sudah sering dan kalangan nabi sendiri tak jemu meminta kepada tuhan untuk kurniaan zuriat sehingga melebihi usia sehingga 80. aku baru mencuba 1tahun sudah terasa seperti gagal selamanya.
tak. sebenarnya aku okay. cuma tiba - tiba sahaja hari ini aku macam meruntun nak menulis disini. aku ingin meluah dalam bentuk tulisan. aku ingin menangis dan memeluk semua aksara yang aku muntah disini. aku rasa aku ingin waktu yang bebas menghirup kopi panas, bersama sahabat karib.
sudah lama rasanya tidak bersua khatijah. entah kenapa setiap kali merasa ingin melepas resah atau merindukan entah yang tidak pasti, semestinya nama khatijah bermain dikepala.
rindu itu terlalu berat dan tak terungkap. terasa beban dibahu. sudah lama kami tidak berbual tentang buku. atau puisi. atau kopi. sudah lama tidak bertanya khabar.
aku mungkin egois. seolah - olah sengaja malas mahu mengambil hati atau sengaja tidak mahu bertanya khabar. mengirim rindu namun tidak pernah mengatakan ingin ketemu. entahlah. perempuan egois.
Kesedihan Yang Entah
sedari tadi aku mencuba untuk melelap mata. menghilangkan resah sebentar sebelum duduk semula didunia nyata. puas ke kiri dan ke kanan. tapi aku gagal juga. masih memikir - mikir menjadi perempuan gagal. ini rasanya menjadi perempuan gagal. tidak boleh itu tidak boleh ini. tak kaya, kerjaya yang sekangkang kera.
mahu minum kopi panas masih lagi berkira - kira. apatah lagi baju mahal juga sudah lama aku tak merasa. aku masih berkira - kira. semua hal aku bereskan. cuma ada yang aku rasa aku tidak perlu selesaikan. terasa seperti menyara diri sendiri juga gagal.
entahlah. begini rasanya menjadi perempuan gagal. tidak mampu melakukan itu, melakukan ini. sendiri menanggung rasa gagal.
4 Comments
Rezeki Tuhan untuk kita tetap ada
ReplyDeleteTuhan tetap ada untuk kita
Pasti ada kebahagian yg menanti untuk setiap ujian yang kita hadapi
Semoga ada kejayaan dan kebahagiaan selepas ini
ReplyDeletenice entry..
ReplyDeletejangan sedih..
ReplyDeleteammi penah rasa keadaan ni dulu...6 tahun tanpa zuriat. Ammi usaha je apa yang orang cadangkan...dengan penuh harapan. Tak sedih??? tipu. tiap kali period memang akan rasa sedih, rasa taknak tengok sesapa walaupun suami sendiri... tapi akhirnya Alhamdulillah Allah hadirkan sinar.
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.