Cuba Makan Buah Zuriat!

Cuba Makan Buah Zuriat!

Pengenalan Buah Zuriat

buah zuriat atau terdapat sesetengah yang memanggilnya sebagai buah Adam dan Hawa, merupakan buah dari pohon yang terdapat banyak di tanah Arab, iaitu di Mekah dan Madinah. Selain itu, nama saintifiknya ialah doum fruit atau Hyphaene thebaica. 

Kelebihan Buat Zuriat

  • Dapat merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita 
  • Menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Ia dikatakan sesuai untuk individu wanita yang pernah mengalami keguguran, mandul dan tidak mempunyai rezeki untuk memiliki zuriat
  • Mengaktifkan sel darah yang baru, dan hormon yang lebih subur tanpa menjejaskan sel-sel lama

Kandungan Buah Zuriat

  • Tinggi kandungan serat dan karbohidrat
  • Mempunyai kandungan protein yang tinggi
  • Kandungan kalsium
  • Terdapat kandungan lemak yang sedikit
  • Tinggi kandungan vitamin B1, B2, dan B3
  • Bersifat antikanser, antimikrob
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi

Dapat Buah Tangan dari Mengerjakan Umrah

Cuba Makan Buah Zuriat!

assalamualaikum guys. kalau ikutkan entri ini di publish lama. baru mampu taip hari ini. hahaha. kesian kan? bukan aku yang pergi umrah tau. tapi makcik aku, mak aku dan nenek aku. 3 kali mengerjakan umrah dan tiga kali aku terima buah zuriat. 

yang pertama sekali masa makcik aku pergi umrah. aku minum buah zuriat 1 kali sahaja. hmm. bukan tak hargai, tapi tak ada masa. aku rasa sebab aku salah baca arahan, jadi aku terasa macam beban nak rebus air tersebut dan minum ikut waktu. kena minum sebelum makan la, minum sebelum tidur lah. macam tak sempat nak kejar waktu yang ditulis. 

Penuh 1 Peti Ais

Cuba Makan Buah Zuriat!

akhirnya kali kedua aku minum buah zuriat. hehehe. nak pecahkan buah ni, masyaallah. sesusah mendapatkan zuriat. bentuk macam buah kelapa mini. bau pun ada lah ala - ala sikit. macam buah kelapa tua warnanya; coklat. 

macammana nak minum buah zuriat ni? mula - mula kena pecahkan kulit luar dia. kali pertama dulu, sampai pecah aku punya batu lesung (jenis marmar). siap guna hammer. kali ni aku dah beli batu lesung real. jadinya cuma masukkan buah zuriat dalam batu lesung, ketuk sekuat hati. buat 2 3 kali sampai kulit luar pecah. dekat bahagian dalam tu ada seketul kecil isinya. masih ada tempurung. ini pun keras. boleh lah guna hammer/ paku atau apa - apa untuk buah tu terbelah dua. isi dia memang sebiji macam buah kepala yang belum diparut. kena bersabar ya melalui proses ini. 

Cuba Makan Buah Zuriat!

kalau korang macam nak pecah - pecahkan jadi kecil pun tak ada masalah. boleh je. cuma ambil masa sikit nak pecahkan tu. lepas dah elok terbelah, boleh lah basuh bersih. isi 4 cawan air dalam periuk dan masukkan sekali buah zuriat. 

rebus air sehingga warna teh pekat. atau sehingga paras 4 cawan air tadi menjadi 2 cawan air. bila dah jadi teh pekat, boleh lah tutup api. tuang ke dalam cawan. dah sejuk boleh minum. minum terus atau boleh campur madu. rasanya macam payau sedikit. sebenarnya tak adalah payau sangat. tapi sebab kita ni tekak melayu dah biasa minum air kosong rasa kosong. bila minum air kosong rasa pelik sikit mula lah nak keluar balik. gitu. 

semoga bermanfaat! harap aku ada rezeki mendapat zuriat dan yang soleh solehah. amin~ 



Post a Comment

2 Comments

  1. semoga Allah izinkan..

    Ammi dulu pun sampai alu lesung pun pecah dek nak bukak buah adam ni.

    ReplyDelete
  2. Mudah2an Allah kurniakan zuriat yang dihajatkan

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.