assalamualaikum pembaca blog. harini saja aku nak share dengan korang berkenaan botol air. dulu aku empunya botol air jenama tupperware tau; warna hijau. lama juga bertahan. setahun lebih! akhirnya aku kembali pakai botol air kedai eco gara - gara tertinggal di kedai makan. sedih. ingat senang ke nak dapat botol jenama tupperware?
Botol Air Hilang di Ipoh
siapa yang baca entri aku berkenaan ipoh; cameron highlands X ipoh tahulah yang aku pernah bawa botol tu ke sini. tak ada gambar kenangan bersama botol. hahaha lagi sedih weyh. sebab tak pernah lah pula fikir akan tinggalkan botol tu dekat kedai makan.
kali terakhir aku bersama botol air tu adalah pada sebelah petang. masa ni kitorang berjemaah makan petang/ malam selepas melawat tasik cermin di sebuah restoran yang aku lupa apa namanya. kebetulan ada pasar malam berdekatan restoran ini.
kalut borak, bila balik terus balik tanpa semak semula atas meja jika ada barang peribadi yang tertinggal. begitulah perangai aku. mengada bawa keluar botol konon nak minta refill air kosong. memang 'kosong' terus lah dapatnya.
Keistimewaan Pelaburan Bersama Tupperware
mengurangkan sisa plastik
macam sebelum ni, aku guna sisa botol 'terbuang' dari botol yang aku beli di supermarket atau petropam. senang kan? nak pergi mana - mana beli jela air mineral dalam rm1.00. nak jimat boleh ulang pakai botol tu semula dan isi air masak dari rumah. namun cara ini agak tak mesra alam. botol tu murah. lama - lama jadi tak elok kalau guna berulangkali. lagipun plastik susah nak lupus. sesuai sangat kalau beli botol air jenama tupperware ni. boleh guna dalam jangka masa yang sangat lama. yang penting jangan hilangkan!
jimat wang
aku akui harga botol air dari tupperware memang agak 'mahal'. cecah sehingga rm48.20 jika dilihat didalam website. kali pertama nak beli memang agak berkira. tapi kenapa perlu risau kalau beli sekali tapi jimat lama? kalau beli air mineral setiap hari untuk kegunaan di tempat kerja atau ke mana - mana program, sebulan dah habis berapa? boleh jimat beli botol air dari tupperware dengan harga rm48.20 untuk 2 botol. jimat dan berbaloi kan?
ketahanan dan keselamatan
produk tupperware memang didatangkan dengan jenis plastik. tak perlu risau kalau terjatuh secara tak sengaja sebab produk ini tidak akan pecah. tahan berkali ganda. tak perlu risau nak kena ganti yang baru. selalu beli botol dekat eco yang plastik. sekali jatuh mesti ada kesan retak. penutup pun tak berapa nak betul dah.
korang yang tiba - tiba nak merasa pakai botol air dari tupperware boleh rojer je. didatangkan dengan 4 warna pilihan yang telah dipadankan bersama pasangan masing - masing. sebab tadi aku cakap beli rm48.20 untuk 2 botol 500ml.
- rubine red & margarita
- purple rain & peacock
boleh tengok link ni kalau nak lebih jelas; Eco Bottle (2) 500ml. kalau korang berminat boleh chitchat aku ye di talian 017-3574719. aku akan balas selaju mungkin.
lupa nak cakap. aku pun dah ada 1 botol air tupperware. tapi aku punya saiz besar sikit la. senang lepasni nak bawa pergi mana - mana.
3 Comments
dulu kalau hilang tupperware ibu, habis dimarahnya dia...hahaha
ReplyDeletelama jugak dah tak beli botol air tupperware ni. dulu setiap keluaran beli. membazir betul. hiuhuhu
ReplyDeleteteringat kazen sy ms kecik menangis2 suh mak dia beli botol ni sbb kwn tadika dia ramai guna😂
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.