pergi meninggalkan aku sendiri,
tidak menoleh,
tidak memandangku
sendirian aku diulit kecundang.
cinta tulus aku semaikan,
tiada meminta
tiada mengemis
tidakku jemu mengalah denganmu
sayang kini kau bukan lagi miliku
terima kasih mentari setia
pernah membelai hati yang dahaga
pernah mendakap jasad yang meronta
sedarlah aku sayang
tidak selamanya berpanjangan
sayangnya penghuni jiwa tidak lagi pulang
Kepada kamu,
Moga kan berbahagia,
kini Cinta kita tlah berakhir
untuk selamanya..
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.