selamat hari lahir suami yang ke xx pada tanggal 26 september. entri ni bersidai lama dalam draft. punya malas nauzubillah nak menaip kalau tag; peribadi. alasannya sebab nak tulis panjang dan banyak benda nak tulis. masa sangat panjang sebab apa yang nak ditulis tak tertulis. hahhaha gitu lah. harini baru ada kekuatan sikit.
niat dalam hati nak sambut kecil - kecilan dengan sebuah meja yang dihias taburan bunga ros dan gambar - gambar kenangan. masa tu, bajet tak berapa nak ada. sedih sikit sebab tak boleh nak beri yang terbaik hatta set kfc keluarga :( .
Sambut di Tasik Shah Alam Je
kebetulan, adik - adik aku tidur dekat rumah. bukan kebetulan sebenarnya. memang selaluuuuu sangat diorang tidur rumah aku hahaha. nasib baik suami memahami. dia tak kisah. dia kata dia suka ada budak yang nak dikacau. hahahha.
aku cakap dengan suami, "suami suami, jom ajak budak - budak main taman". dia pun okayy je. sebelum menuju tasik, aku minta suami aku singgah kedai belon dan kedai kek. HAHAH. alaaa kek kecil je. malas nak beli kek besar - besar. nanti tak habis. kitorang bukan makan sangat pun kek.
cuba teka siapa yang berebut belon??
Ajak Mak Ayah Lepak
aku whatsapp mak tanya, "mak buat ape tu?". mak aku cakap tak buat apa. lepastu aku cakap la, aku ada dekat tasik ni, saja nak bawa budak jalan - jalan, sekali potong kek. tak lama lepastu mak ayah pun datang naik motor. siap bawa air kotak dengan jajan.
aku dah imaginasi ayah aku beli kfc. hahaha. tak la gurau je. tak ada buat apa pun. cuma nyanyi lagu slow slow lepastu buat ucapan sikit, lepastu potong kek. hahahha. macam bosan je kan? maaf hubby, sebab sambutan tak menarik. ni pun sambut sehari awal sebab esoknya dah kerja.
sebab kan ada belon, ada lah buat amik gambar kenang - kenangan. aduhh aku nampak berisi. bila nak 45kg ni. haishhh. tak ada gambar berdua dengan ayah ler. hahaha. sorry ayah.
Main Taman dan Berebut Belon
inilah orang yang berebut belon. hahahha. selesai ambil gambar, aku bawa budak - budak ni main taman. eh penat. macam aku pula yang main. sebab aku taknak diroang jauh dari aku. jadi kemana - mana diorang pergi, aku follow rapat. ah letih.
dah main tu, pergi lah balik dekat meja tadi kan. eh berebut belon pula. nasib baik ada 4 belon. sorang dua. dah jadi muka gantung hanger pula HAHAH. orang beli belon nak bagi suami, dia nak buat main pula. ah sudah.
dah bagi tu pun buat perangai. lepastu pergi balik taman, dah minta belon air pula. request yang mahel - mahel pula tu. tak kuasa aku hahaha.
aku belikan yang murah murah je; rm6. yang mahal tu jenis belon air yang spray/tembak tu. mesti belas - belas atau 20 lebih kan? dah sorang merajuk pula. lepastu orang tak layan, sibuk nyendeng - nyendeng, berbuat baik. hahahhaa. dah kena pergi dua kali pula beli belon air. geram jela aku.
Ucapan Untuk Suami
assalamualaikum suamiku.
dikesempatan ini. aku ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke xx.
semoga umur bertambah dalam kesihatan yang baik, dalam rezeki yang murah.
semoga terus menjadi suami yang baik dalam berkasih sayang, suami yang menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, suami yang manis dalam tutur bicara.
semoga kita akan terus bahagia dan dikurnia cahaya mata.
sama - sama ke syurga <3
terima kasih menjadi suami.
dan terima kasih untuk segalanya.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.