Lirik Lagu Makuta Kmy Kmo, Luca Sickta, Hazama

 
Lirik Lagu Makuta Kmy Kmo, Luca Sickta, Hazama

(Pre Chorus)
Dibentangkan
papan catur landasannya drama
bidaknya disusun yang utama

(Chorus)
“Selendang Dunia” hanya maya
Melindungi berjuta warganya
Berilusi
Jamahan matanya
Perhalusi
Jambatan "matanya"

(Kmy Kmo)
Sihir dibibir hadir bersifir
si modenisasi singkirkan zikir dan witir berdikir sindir komunikasi
sitkom konflik pandemik panik pelan "covid"
komitmen konkrit
eksperimen elemen komplit
kompeten pada teknik
semua skrip-skrip
dalam zon-zon
macam magis bola dan kon-kon
tektik "Gary ( Gary Wolfsberger )" dan teknik semua di praktik
sama sedondon
tragiknya makin panik lebih dramatik kita menonton jadikan nasi kandungan plastik
kumpulan klasik penuh bertong-tong

(Chorus)

(Hazama)
Bergelora
jalanan hidup
dipenjara jalanan hidup
digembala aturan ini
tanpa ruang suara ini
seketika akur mengikut
telunjuk yang tunjang pengikut
haluannya dalam habuan
tumpuan yang dalam tujuan

(Bridge Hazama, Kmy, Luca)
Aku
Engkau
Dia
Kita
Tahu
Hanya
Dasar
Mahu

(Luca Sickta)
Perhatikan peranan bayang
Perhatikan kerahan wayang
Perhatikan serahan layang
Perhatian gerakan datang
Ey
Kan muncul tiba
Disulam diam dalam senyum, hiba
Berjuta risalah diatas riba
Yang sanjung mula dibalas, kira
Bila
Suara lenyap maka jiwa mati
Yang palsu yang benar bersemadi
Da vin ci hidup di amati?
Namun tidak kan ia abadi
Maka terbuka
Segala kisah duka, buat ramai terluka
Segala yang dilafaz hanya janji percuma
Maka berita buruk terhadap si buta hati

(Pre Chorus)

(Chorus)

Post a Comment

0 Comments