kelelahan semalam masih belum terpadam. masih bersisa. semenjak badan dah berisi ni, memang nak melangkah jauh rasa letih sangat. apatah lagi berjalan kaki mengelilingi kota raya yang tidak sampai 1 kilometer itu, mengundang peluh yang berjela. basah tiak, basah kepala, basah dahi. begitulah lumrahnya.
akhirnya aku terpaksa mengakui bahwa, perkahwinan akan selalu menggembirakan. kegembiraan itu selalunya dizahirkan dengan kenaikan badan. ah tiberr ~ hahaha.
Hopping Cafe dan Perbincangan
sebelum ini kak syue dan nazurah dah 'jalan dulu'. jadi kitorang ni kira team kedua yang dibawa bersiar - siar sambil melakukan perbincangan. kata kak syue; 'off site' gituhh. kak syue suruh kitorang pilih sendiri cafe yang kitorang nak pergi. fathihah kata nak pergi ke starbucks dan mesti area kl. hahaha. demand mat.
aku pun search la starbucks tu. ada je port lawa. masalahnya dia tengah kl. dia menjadi laluan orang singgah. jadi macammana nak duduk lama? aku search la lagi beberapa cafe lain. end up tak pergi pun. aku pun tak pilih. hahaha. tak tahu nak pilih mana. sebab macam kesian dekat kak syue nak memandu hadap sesak kota raya.
1 hari sebelum kejadian, aku ada lah whatsapp kak syue. ada tema x? kak syue kata warna pink. aku rasa aku ada je pink. tapi itulah. fathihah kata tak ada pink. lepastu fathihah dan kak syue kata "pakai jela apa - apa janji selesa". okay!
macam aku je over nanti. hahaha. malam tu aku dah fikir nak pakai baju apa. banyak baju aku yang dah tak muat. siap aku cakap dekat laki aku, kalau diorang nak tema pink. nanti teman aku cari baju tau. dah bila fathihah pun tak ada pink, aku pakai jela warna light choclate macam tu. sekali dah jumpa, eh aku je lain hahaha. tak apolah. tak ada jodoh.
bila semua orang dah berkumpul dalam kereta, kak syue tanya. "nak pergi mana ni?" semua diam. mana ada destinasi pun HAHAHAH. dah kitorang pun sama - sama lah cari. aku rasa kak syue yang cari. kitorang macam ubi je buat - buat meng google.
google je betul - betul. tapi macam i have no idea. ah gitu konsepnya. walaupun google tu dah keluarkan berapa banyak cafe pilihan yang kitorang boleh pergi. lepastu kak syue cakap, today let's cafe hopping!
atau bahasa lokalnya: berpindah - pindah kafe. nak cafe hopping ni kena ada tips. mudah je.
Tips Mudah Cafe Hopping
- pencarian kafe paling penting kena buat carian kafe dulu. takkan main terjah. kemudian bacalah review yang wujud di google tu supaya korang tak menyesal sikit pun. kadang - kadang makanan terlalu mahal, tapi potion sedikit dan tak sedap. kadang - kadang staf tak mesra pelanggan. kadang - kadang lokasi jauh terpencil. kadang - kadang gambar je lawa tapi hampas. kadang - kadang datang dari jauh, sekali penuh. hmm. begitulah. perlu buat senarai kafe mana yang korang nak pergi.
- berkongsi bajet kalau dah namanya hopping cafe, mesti korang akan pergi lebih dari 3 kafe kan? ada bajet tak? tak apa. selepas korang dah baca review dan menu tadi, korang boleh lah pesan makanan yang sesuai dengan bajet. atau paling tidak ajak lah rakan supaya korang boleh bertukar rasa makanan sesama sendiri. tak rugi pun. kalau ada rakan, boleh lah ootd kan?
- lokasi kafe nak hopping cafe, sekurang - kurangnya kena pergi kawasan yang ada banyak pilihan kafe. baru lah boleh berpindah - randah. baru lah boleh cop aktiviti itu adalah 'hopping cafe'. selalunya tempat yang macam ni ada di sekitar bandar kota raya dan subang jaya. maksud aku, shop lot kedai. best kalau, semua kafe tu sebaris je. best nok. kau minum, kau bayar. kau blah. kau pergi kafe sebelah. hahahha. 'hopping cafe' is done!
Makan Tengahari di Pokok KL Cafe
dari shah alam gerak ke destinasi pertama jam 9.30pagi macam tu. sampai di pokok KL cafe dalam jam 10.50pagi. lawa. tempat ni dulu pernah lah viral sekejap. masa datang tu tak ramai orang. aku rasa tempat tu viral sebab cantik, makanan sedap, 'dia' ialah sebulah cafe, dan kecil. kau faham tak bila tempat tu kecil, tapi ramai orang mesti tiba - tiba boom!
dia macam, tempat tu tak sedap. tapi dia kecil. jadi orang beratur panjang. tak pasal - pasal je viral. padahal bukan sebab sedap. tapi sebab kedai dia kecik, jadi orang kena tunggu giliran nak makan. so nampak cam wow sedap, ramai orang sanggup tunggu. hahahhaa. gituhh ~
tapi pokok kl cafe ni not bad. sedap. selama ni, aku ikut suami aku pergi ppum. tak tahu pun sebelah tu ada kafe. hahahhaa. bila dah bersiar - siar dengan kak syue naik kereta dalam kelajuan meter pun 100 je. aku dapatlah menikmati kiri kanan dengan sempurna.
Kawasan Strategik
kafe ni berhampiran dengan UM. kalau nak pergi kena lah bayar parking. 1 parking memang kawasan parking terbuka. 1 lagi parking keliling bangunan. kitorang parking dekat kawasan yang terbuka tu. masa sampai, ingatkan tak perlu bayar apa - apa sebab mesin touch n go tak menyala. palang pun elok je mengalu - alukan kedatangan tetamu.
kitorang pun masuklah dengan berzikir di mulut 'rezeki, ni parking percuma'. masa nak balik tu ada guard tanya. "tadi masuk palang buka ka?" dia tunggu dekat pondok parking dan caj rm5. berhuhu la semua hahahahha. katanya masa kitorang masuk tu, tak ada elektrik. kebetulan sangat.
jalan kaki sikit dah sampai. macam kena menapak naik bukit sikit lah dengan naik beberapa anak tangga. rasanya kafe ni jadi bualan hangat sebab tempat student. biasa lah student sekarang kaki tiktok. cepat jelah blow up. lagi - lagi kalau kau famous amor. hahahaha.
ingatkan besar kafe ni, rupanya kecik je keadaannya. ada beberapa meja sahaja. masa kitorang sampai tu belum penuh. kitorang pilih untuk duduk dekat dalam memandangkan matahari tengah sibuk bekerja untuk duduk terpacak atas kepala. cahaya matahari yang masuk dalam kedai ni boleh tahan. orang kata cahaya semulajadi.
kafe ni kira macam keseluruhan bentuknya adalah kaca yang lutsinar (glasshouse). sebab tu cahaya senang masuk. cuma pada bahagian bumbung tu, ada tembakan air supaya rasa panas tu bukan real panas. walaupun sebenarnya memang panas. bersyukur penghawa dingin boleh menyejukkan.
Makanan Sedap
apa yang boleh aku katakan ialah, makanan dekat sini sedap dan persembahan tata letak makanan juga boleh dipuji. tak sia - sia lah bayar mahal sebab memang berbaloi. berbaloi sebab bukan duit aku hahahhaa. kak syue belanja staf nya. semoga murah rezeki kak syue dan syarikat untuk semua anak buah.
Menu Pilihan di Pokok KL Cafe
harga makanan dekat sini agak mahal. kalau sesekali nak merasa makan sedap, dan kafe hisptur tak ada salahnya jika nak mencuba. yang penting makan sampai habis, insyallah tak rasa membazir. jom tengok menu apa yang kitorang pilih dan makan masa dekat sana.
kak syue:
Nasi Lemak Platter | 18.00
Fizz (P) | 10
kak athirah:
Lamb Meatball Pasta | 28.00
Watermelon Lychee & Mint Slushie | 13.00
fathihah:
Carbonara Pasta | 28.00
Watermelon Lychee & Mint Slushie | 13.00
mieza:
Seafood Aglio Olio | 35.00
Fruit Juices (orange) | 10.00
makanan tambahan: Crispy Salmon Spring Rolls | 12.00
jumlah: 167 (kiraan tanpa sebarang caj). aku tak pasti kalau ada tambahan caj lain atau ada makanan lain yang aku terlupa nak masukkan. selepas semua dah habis makan, fathihah mengeluarkan helaian - helaian kertas dan diberikan kepada kitorang semua. sesi sembang santai berkenaan training di halal academy mula dibincangkan.
jam 12.30petang, kitorang cepat - cepat kemas barang dan angkat kaki. staf disana macam dah bagi hint suruh bangun untuk bagi peluang orang lain pula makan disitu. memandangkan itu adalah waktu rehat para pekerja, kitorang akur jela. sebelum kena hambat, baik faham sendiri kan? hahahaa.
Info Pokok KL Cafe
lokasi
MAHSA Avenue
alamat
MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur
no tel
03 84041811
media sosial
facebook | https://www.facebook.com/pokok.kl/
instagram | https://www.instagram.com/pokok.kl/?hl=en
Minum Petang di Light Capture by Hon
dalam kereta masih lagi dengan isu yang sama. "lepas ni nak kemana kita?" masing - masing pun buat - buat sibuk membuat carian kafe hipstur seterusnya. kafe ini adalah pilihan kak syue sendiri. katanya haritu dia ada ternampak kafe macam bangunan lama. aku ni punya lah cuba korek ingatan aku. aku cari balik gambar instagram aku. nah. aku tunjuk gambar dekat kak syue. dia kata ini lah kafe nya. let's jom ke light cafe pula!
dengan kelajuan 100km/ jam. agaknya ini lah kot cara bacanya kan kalau jarum meter tu dekat 100? hahaha. jam 1petang macam tu kitorang sampai di kawasan kafe light capture. tak boleh parking depan kedai. takut kereta hilang. jadi parking lah di tempat letak kereta berbayar sebelah cosmo hotel. total bayaran parking masa kitorang keluar dalam 20 something. maaf lupa nak catat dalam notebook. hotel yang aku menginap bersama suami waktu raya haritu. rupanya aku tak tulis entri, dasar pemalas
kak syue kata lawa juga kafe ni. dekorasi dinding kafe ni macam terbakar pun ada. macam buruk betul la. tapi lawa je. mungkin sebab aku pandang dari sisi hipstur jadi aku rasa design macam tu kategori lawa. kita boleh pilih nak duduk di tingkat atas atau dibawah saja. kitoranng pilih untuk duduk di atas.
masa mula - mula masuk sini, kak athirah macam "eh romantiknya kafe ni". sebab bahagian bawah tu agak gelap sikit. jadi dipasangkan lampu lilin untuk menampakkan romantisnya suasana. kalau dekat bawah ni macam tak best sangat. mungkin sebab tak boleh nak berbual mesra (kalau dengan pasangan la). sebab dekat dengan kaunter dan dapur hahahha.
dekat atas pula, lebih ramai pasangan yang datang berdua yang memilih untuk duduk di tepi tingkap. okay lah tu. aku dah merasa. tepi dinding pun dah pernah masa dengan tasya haritu. meja yang sama aku duduk dengan tasya tempohari, adalah meja yang sama diduduki oleh 2 orang sahabat baik. hahaha. dimana sudu/garfunya terjatuh ke bawah. aku tak gelakkan dia. aku pandang je. hahahha. jangan risaulah, benda normal. minta jela yang baru.
disana tak ramai pun orang. yang datang sini aku rasa orang yang singgah sahaja. sebab tiada tempat letak kereta berdekatan. kena menapak beberapa langkah juga. dekat sini cuma lepak minum kopi je sambil meneruskan perbincangan serius yang tergendala tadi.
ada juga yang datang untuk buat perbincangan santai. best sebab kedai luas, ada banyak pilihan kerusi yang korang boleh duduk. kitorang pilih untuk duduk di sofa. bersantai sambil mengkopi.
Kopi Pahit; Entahlah
naturally nya, kopi tu memang pahit. mungkin kita ni jenis taktahu jenis - jenis kopi. asal kopi bedal minum. macam aku sendiri, aku suka latte. sebab dia di tengah - tengah. cuma bila pesan kopi di kafe tu biasalah. memang kaw kopi. tiada tambahan gula.
ada sesetengah penggemar kopi ni, suka menikmati kopi dengan rasa pahit. baru puas. aku tak boleh. hahaha. mesti nak manis. bila dah pesan kopi ni, memang lah selalu sangat lupa nak tulis tambahan gula yang telah 'disirapkan' (dicairkan).
Air Pilihan di Light Capture by Hon
dekat kafe ni, aku pilih air panas sebab nakkan seni yang ada dikopi tu sendiri. kan nak update story lah katakan. hahhahaha.
aku tak dapat nak letak nama menu apa yang dipilih sebab aku tak jumpa di google. yang aku ingat, aku pesan latte panas, kak syue dan fathihah pesan kopi mocha ais. kak athirah pula pesan kopi yang aku lupa entah namanya.
eh dah jumpa. tapi taktahu lah betul ke tidak.
kak syue & fathihah:
mocha ais | 15
kak athirah:
piccolo | 11 (air dia pelik sikit namanya. mungkin yang ini lah kot)
mieza:
latte panas | 12
dekat kafe ni, pilihan menu agak terhad. kek dia ya rabbi. mahal nak mampos. hahaha. tak apalah, taknak pun. tengok harga je. ketika air yang dipesan sampai, semua kertas yang baru disepahkan atas meja sebab nak buat - buat sibuk telah disusun semula.
bermula lah sesi bergambar. percayalah. tak ada 1 pun gambar aku yang elok untuk memaparkan situasi sedang memegang cawan kopi yang berseni. hampeh mat ~
masa kak athirah sua cawan dalam mulut dia, dia terus macam. ya allah pahit kedut. padahal dah pilih jenis kopi yang medium. fathihah pun mula lah rasa setiap air yang dipesan untuk memberi komen. memang selayaknya aku kena minta tambahan sirap gula. hahahaha. kak athirah minta tambahan ais sebab dia tak boleh nak telan terlalu pahit. aku lupa lah nak rasa. tak tahu apa feel pahit kopi yang dipesan kak athirah.
Perbincangan Santai: Hala Tuju Halal Academy bersama Kopi
selepas sesi bergambar selesai, kitorang pun sambung perbincangan santai. aku lebih banyak mendengar sebab inti pati perbincangan lebih kepada produk yang telah dan akan dikeluarkan oleh halal academy itu sendiri. aku tahu basic sahaja. sebab aku lebih kepada admin halal eksekutif. kalau faham sikit tu adalah. kalau deep tu, belum lagi.
aku suka dengar bila benda macam ni. cuma aku tak de kederat nak jadi macam kak syue yang tahu semua benda details. aku tahu sipi - sipi. bila orang tanya, aku akan cuba dapatkan jawapan yang lebih releven daripada fathihah.
dekat sini best tau. kalau kau power menguruskan sesuatu, kau minta jela dekat kak syue. kak syue bagi je kau pegang projek. hahaha. macam aku, hmm. takut ler. boleh. tapi aku tak kuasa nak melayan perangai orang. aku jenis nak naik hangin. dengan mesin cetak pun aku pernah marah, inikan lagi orang. HAHAH.
perbincangan diakhiri dengan cadangan seperti penambahan staf di department terpilih untuk menjalankan training dengan lebih baik dan efisien. semoga halal academy lebih maju jaya dan boleh susun perjalanan kewangan dengan lebih baik. supaya tidak lah rasa, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. tibah ~
aku pernah buat entri pasal light capture by hon. boleh lah dibaca disini;
Singgah Solat di Masjid Jamek
setakat lrt masjid jamek ni, entah berapa juta kali lah aku jejak. sekali bila nak cari masjid, aku tak tahu. aku tahu nama lrt ni masjid jamek. tapi aku tak tahu pun ada masjid dekat situ. huhuu. kena tengok papan tanda da.
oh masa aku menulis entri ni, aku baru teringat. dulu masa aku jalan dengan tasya, kitorang pernah nak masuk masjid ni untuk ambil gambar. tapi kena halau sebab bukan waktu solat dan masa tu covid masih 'keras'. jadi tak dibenarkan untuk sesiapa pun masuk. yang terpilih jelah kot kan?
ni kali pertama aku masuk dikawasan sekitar masjid jamek. ala - ala masjid nabawi keadaannya. cantik sangat. payung tu sebijik. siap ada macam pokok tamar. alahai ~
dekat sini ada kejadian yang tak diingini berlaku. kak syue fikir dia dah terperangkap dalam tempat wudhu. tombol pintu dalam tu tak ada, tapi dari luar ada. dia pergi tutup pintu tu dan. "hello mieza, akk terperangkap dalam tempat wudhu ni. tolong akak".
aku pun pergi la ke sana. aku tak perasan pun laluan masuk untuk wudhu tu. sebab nya, masa kak syue telefon. aku dengar kak syue kata, "tombol pintu bilik air tak ada. boleh tak tolong jaga". hahaha. aku pun carilah tandas. rupanya tandas dan tempat wudhu tu sama. ada 2 pintu boleh masuk. hahahha.
so kak syue tak terperangkap pun sebenarnya. HAHAH. kalut lebih. tahu takut. nasik baik bawak telefon. kalau tak mesti dia ingat dia memang terperangkap dalam tu tanpa tahu macammana nak buka pintu dan tiada sesiapa yang boleh membantu.
OOTD di Masjid Jamek
semua pun. hahahha. nasib baik, geng kali ni semua pandai buat aku nampak kurus dan tinggi. tapi aku akui, baju yang aku pakai tu macam ada 'flow'. helok pula dia macam gems dekat area perut. semua berbakat dalam buat gaya.
masa ni memang cuaca panas. dia tak lapar, tapi dahaga. lepas dah siap solat tu, kitorang pusing lah cari port boek untuk bergambar. dapat la sekeping dua. jadi lah dari tak ada langsung kan?
Bergambar Berdekatan Masjid Jamek
sementara menunggu asar, eloklah kita gunakan masa yang ada. sebelum sampai kl, kak syue kata kita kena balik sebelum pukul 4 sebab nanti nak hadap jem pula. sebelum jam 4.45petang tu, kitorang sempat lah pergi dataran merdeka. sebab lepasni kena pergi masjid jamek semula untuk asar.
macam biasalah. gambar aku yang terpaling banyak kali kena shoot. taknak nampak perut besar. peha besar. kedudukan muka kena helok. lighting mesti on point. hahah banyak cikadak sungguh. jam 5.40petang macam tu, kitorang bergerak balik. sebelum balik sempat lah singgah gerai berdekatan lrt masjid jamek. kata kak syue, bersedialah korang hadap jammed. sekurang - kurangnya 2 jam.
bersyukur kiraan kak syue salah. hahaha. tak sampai 2 jam. nasib baik. lega. sebab aku dah pening kepala. best juga keluar dengan kawan ofis/ kerja time kerja. hahaha. kalau time tak kerja, semua orang sibuk dengan hal peribadi dan keluarga. tak boleh lah diganggu kan. mungkin juga nak rehat dan sebagainya.
Perbezaan Dulu dan Sekarang
2022 |
2021 |
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.