Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

 

Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

assalamualaikum buat pembaca kanvasdakwat. sebenarnya entri ni zaman cuti agong haritu. mood menulis baru nak datang. haha kelaut gila dengan blogging ni. kenapa lah entah. ni pun buat sikit - sikit , taip sikit - sikit. sampai lah publish. pishanggg woo. 

alkisahnya, masa cuti haritu macam tak tahu nak buat apa. sambil makan sambil eh tiba - tiba fikir macam "jom jalan". aku okayy je. jadi bermulalah sesi mengemas barang keperluan yang dirasakan penting. 

kitorang laki bini tak boleh gerak awal, kerana menunggu adik ipar balik kolej/ kerja (tak ingatlah). sementara menunggu beliau, kitorang bersiar - siar sekitar shah alam mnghabiskan masa. sebelum maghrib tu sampai lah rumah. menunggu habis azan dan siapkan apa yang patut. dan letts jom! 

Sejuk Genting Highlands

Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

biasalah kan. walaupun hari sabtu. tetaplah jalan jem. cuma peratusan ke jammed-an tu turun kepada 30%. eh tiber. tapi tetap jammed dan banyak kereta. sepanjang jalan memang aku pejam je mata. aku pening kepala. bila dah nak sampai dan rasa kesejukan genting tu, baru lah aku buka mata macam baru bangun tidur. 

bergerak 6jun selepas maghrib/ isyak macam tu. sampai genting dalam jam 10 11 juga. ambil angin sejuk dekat sana. mundar mandir buang masa. 

Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

Makan Malam di Medan Selera

sejuk woo. nak lepak mamak pekena teh tarik, kedai dah tutup. lagi satu tu kedai apa ya. macam kedai kopi tapi lupa nama dia. penuh pula. lepastu kena pakai cash. halamak. aku mana ada cash. dah lapar ni. berjalan lah pula cari mcd. mcd pun, taknak ramai pula orang.  taktahu lah berapa lama nak kena tunggu. 

sudahnya, aku cakap. kita makan dekat bawah jela. jadi habiskan buang masa dekat atas. ambil gambar smart2, lepastu turun pergi area petron tu. 

not bad. puas hati. makan dekat medan selera. memang ramai orang. tapi aku dan laki aku makan dekat kawasan ke dalam sikit. situ tak ramai orang pun. tekak melayu memang cari masakan melayu jela. ingat nak order tomyam, tapi kedai tu penuh kena tunggu 40minit. tak kuasa lah aku. 

aku order je dekat tempat yang tak ramai orang. kuehtiau kungfu. 

aku dah lapar, lepastu makanan tu panas pula. dia punya nak marah orang tu. hahahha. tahu jela perempuan kalau tak dapat makanan jadi apa kan. 

Bermalam Dalam Kereta

Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

bila dah kenyang tu, kitorang pergi la toilet siap - siap. masuk dalam kereta. lepastu turun kan kerusi. pukul 2 pagi juga baru dapat tidur. hahaa. pagi tu awal aku bangun sebab terdengar bunyi orang buka pintu. suami aku keluar kereta sebab nak buang air. 

ada 1 kejadian kelakar. hahaha. masa kitorang semua dalam kereta. ada tiga orang lelaki berbangsa cina ni lalu depan kereta. diorang berbual apa lah kan. ada 1 lelaki ni pergi belakang kereta. tiba - tiba ada 1 lelaki yang dekat depan ni panggil kawan dia. lepastu gelak - gelak. 

rupanya kawan dia yang pergi belakang kereta tu, nak membuang air kecil belakang pokok. mesti dia malas ke tandas agaknya. hahaha diorang tak perasan pun ada orang dalam kereta. terus dorang blah dari situ dan gelak tak habis. malu weyh. hahaha. kalau tak, dapat aku tengok show free. 

Singgah Bukit Tinggi, Pahang

Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

betullah, untuk dapatkan view yang cantik memang kita kena berkorban sikit. aku nak bagitahu awal - awal. perjalanan 'tempat menarik di bukit tinggi' hanyalah perjalanan yang memenatkan. sumpah! tak sesuai untuk orang tua. sangat tak sesuai. aku yang muda ni pun lelah juga nak mendaki. haish. 

Japanese Village, Bukit Tinggi

Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

nak naik atas tu kena bayar tiket RM17 untuk dewasa. lepas tu naik kereta sampai atas ada beberapa simpang. macam aku memang dah aim 2 je tempat nak pergi. jadi fokus 2 simpang je dah la. mula mula nampak simpang yang untuk pergi hotel cantik tu. terus kan perjalanan naik atas lagi. dan masuk simpan ke japanese village. 

tempat letak kereta dengan japanese village ni dekat je. adalah kena naik beberapa anak tangga. mengah juga. 

Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

yang suka bergambar ala - ala tema jepun, boleh lah sewa baju kimono. harga nya aku tak pasti. mungkin dalam rm20? ada sungai mini yang cantik. rumah ala - ala jepun. nak datang sini kena pandai ambil gambar baru gambar tu nampak cantik dan real macam perkampungan jepun. 

kalau ambil gambar biasa, memang nampak macam tak ada apa. nanti macam menyesal pula gambar tak lawa. 

Colmar Tropicale

Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

selesai bergambar di perkampungan jepun, terus masuk kereta dan mentekedarah air. dahaga weyh. panas penat. hahaha. suami aku cakap la, memang takde nak pergi sini lagi, dan aku sokong dengan keputusannya. 

kitorang semua naik kereta dan bergegas ke tempat satu lagi.

banyak juga kereta masa tu. nasib baik dapat parking. dekat sini view memang lah lawa. kebaratan sikit. terik matahari pun aku tak hiraukan demi gambar. nasib lah gambar aku kalini lawa. aku memang perlukan seorang fotografer. suami sendiri kalau ambil gambar aku kan, dia jadi demuk pendek. hahaha. menangis jela aku dalam hati. 

Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

gemok pun gemok la. asalkan angle cantik, kedudukan cantik, cahaya on point, tutup mana yang patut. yang penting nampak hot. hahaha. sorry suami tercinta.

jamulah mata dulu dengan gambar dibawah. 

Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

bila gambar berdua elok pula aku nampak cantik. bila gambar sorang jadi demok pendek pula. padahal tinggi 157cm. eh tiber ~ ahahah. entah macammana lah emak aku tahu aku pergi bukit tinggi ni. dia pun tanya aku harga tiket, dengan keasyikan dekat sana. 

aku dah cakapp dekat mak aku, jangan pergi. mak aku cakap, tak apa boleh pergi nak rasa. 

..

nah kau. bila pergi dia menyesal hahaha. dia kata tak mau dah pergi lagi. ayah aku siap gelakkan mak aku sebab mak aku dok kira berapa tangga dia kena panjat. nak tercabut kepala lutut. siap dia tarik ayah aku. ayah aku cakap tak pasal tangga tu macam tinggi pula. hahaha. 

Bersiar - siar di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang

kesimpulannya, dekat sana memang best. mungkin cuma salah timing je. yela dengan matahari tegak atas kepala. dengan tak pernah exercise laki bini. hahaha.  memang macam nak patah la semua tulang pun. lagi satu, walaupun bukit tinggi. jangan harap sejuk ya. panas sama je. 

view memang cantik tapi kena berkorban jiwa dan raga. kalau pandai ambil gambar memang puas hati. kalau gambar buruk memang sia - sia jela. hahhaha. penat dapat, menyesal pun dapat. 

ingat balik dari bukit tinggi nak lepak aquaria ke apa ke. sekali dah full. semua plan last minute gitula. tak apa la. nanti request dekat suami nak pergi aquaria. hhahhaa. 

loveyou all ~ 

Post a Comment

3 Comments

  1. Sis. Parking tido di genting highland kat manaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya park dekat bawah. Yg ada pam minyak tu. Saya lupa la. Petron ke petronas. Hahaha. Situ senang. Toilet ada, medan selera pun ada.

      Delete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.