Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu
Langit gelita sematkan bintang di dadamu
Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu
Angin bersiul
Bersiul hembus
Menghembus luka
Dingin menusuk
Menusuk meratah rongga
Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan
Terik suria suluh logika rohku yang gelap
Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa
Kalian takkan mampu
Mampu memecahkan bongkah ini
Rangkul tanganku
Kita bersatu lawan dunia
Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan
Dua jiwa, dua dunia
Ingin mengecap damai bahagia
Tahukah bahawa cinta itu satu dosa?
Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan
1 Comments
Memang tak sangka sangat lagu ni akan menang. Jarang indie masuk mainstream dan diterima bila genre macam ni
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.