Akhirnya Pilolo Nikah Juga!

 
Akhirnya Pilolo Nikah Juga!

assalamualaikum. 
aku harap entri ini masih belum basi walaupun bulan dah berganti bulan, hari berganti hari. aku cuma nak bagitahu, adik aku dah nikah oi. hahaha. aku tak sangka, dia ni dah besar. tapi aku lagi lah tak percaya dengan diri aku yang aku dah jadi isteri. eh tiberr ~ 

rasa macam baru semalam berjuraian airmata bila hidup tak seindah yang disangka. kecewa, luka. 

Adik Dah Besar

Akhirnya Pilolo Nikah Juga!

siapa pilolo? pilolo tu nama chitchat adik aku dulu, zaman sekolah. walaupun dah beberapa tahun tinggal sekolah, masih ada yang panggil dia pilolo. konon hot la tu hahahhaa. dulu zaman sekolah, adik aku pernah lah bercinta dengan sorang perempuan ni. 

impian adik aku nak menikah dengan perempuan yang dia bercinta dalam jangka masa yang lama. aku syak dia nak ikut cara cousin  cousin aku kot? maybe la ~ 

Akhirnya Pilolo Nikah Juga!

fast forward, sekolah menengah pun tamat. perempuan tu pun makin comel dan berkahwin. adik aku stuck dekat poli. dekat sini lah dia kenal isteri dia. katanya nak kawin dengan isteri dia. lama juga diorang bercinta. 

adik aku bagitahu mak, nanti nak kawin dengan shira. mak aku cakap, boleh ke tahan lama. dipendekkan cerita, dalam jangka masa diorang bercinta dan berkahwin sekarang. ada macam - macam hal jadi. macam drama. end up kawin juga. panjang jodoh kalian. 


Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana

aku ingat lagi, siapa yang baling aku dengan penutup periuk nipis sampai luka kan tangan aku. aku masih ingat siapa yang main masak - masak dengan aku jadi laki bini dengan aku. aku ingat lagi siapa yang berebut mainan dengan aku. aku ingat lagi siapa yang selalu sakit hati / jeles kalau ada orang lebih dari aku hahahaha. 

sekarang kau dah kawin dah. hahaha. 

Akhirnya Pilolo Nikah Juga!

antara benda paling kelakar sepanjang adik aku bercinta dengan dia (yang aku paling ingat). adik aku kan dah cakap dengan mak aku dia nak kawin dengan shira. adalah 1 hari tu, adik aku ada hal dekat kl. sekali tu nak surprisekan makwe, lunch sama - sama. sekali dia yang kena surprise. hahahha. 

makwe dia (shira) keluar makan berdua dengan lelaki lain. lelaki tu 1 ofis juga. cumanya nampak macam curang bila diorang keluar berdua. adik aku pun tengok dari jauh dan berpatah balik. shira pun cakap la, takan nak makan dengan budak ofis pun tak boleh. 

adik aku malas nak cakap panjang - panjang malas nak gaduh, esoknya terus diblock shira. so shira pun dapat pakwe baru. diorang main sindir - sindir dalam status whatsapp. adik aku tahu sebab kawan dia save nombor shira. lama juga. shira ni lah yang tercari - cari adik aku dekat mak. 

reti merajuk juga adik aku. hahaha. shira pun cakap la dia betul - betul nak dengan adik aku (masa ni shira dah single kembali). tup tup , adik aku tanya macammana nak isi borang semua. 


Semoga Bahagia Sampai Bila - bila

31 disember 2021 menyatukan adik aku dan shira. aku dan keluarga bergerak ke kajang demi memenuhi tuntutan rasa ingin melihat adik nikah di jabatan agama sekaligus memenuhi undangan makan - makan dari pihak perempuan. 

Akhirnya Pilolo Nikah Juga!

tahniah. jadilah suami yang reti masukkan baju yang dah dipakai dalam bakul hahaha. dulu aku ado tolong momokak dekat ekau. sekarang bini kau lak yang tolong momokak kalau ekau tak ubah. hahah tiber ~ 

kakak doakan, jodoh kau dengan shira sampai syurga. segala perbalahan rumah tangga, senyum tawa tu adalah benda biasa. sabarlah memeluk dugaan kecil kerana semuanya cuma dugaan dunia. insyaallah rumah tangga akan bahagia hendak Nya ~ 


Akhirnya Pilolo Nikah Juga!


Post a Comment

0 Comments