assalamualaikum. hari ini sudah masuk tanggal 20 februari 2022. baru 1 hari aku 'belajar' menerima angka usia yang baru. entah bagaimana rasanya. kekok ya? aku hampir terlupa, usid aku sebenarnya 26 atau 28. hahaha. terpaksa kira - kira tolak tambah di kalkulator demi memastikan usia sebenar.
setiap tahun, entri penulisan tentang usia yang bertambah tak pernah aku tinggal. aku akan pastikan setiap tahun ada 'kenangan' tentang umur yang baru di kanvasdakwat. kali ini, rasanya sikit beda.
Usia Baru Kehidupan Baru
ter lambat, namun ada. dan berusaha memberi seadanya. terima kasih. aku macam sedikit touching bila dia bawa masuk bilik dengan sebiji kek comel. aku tak terkejut, of course. hahaha. sebab masa dia keluar nak ambil kek, dia ada cakap. "biy keluar sekejap. nak ambil barang." aneh ya, kali ini tak bersusah payah nak ajak aku teman. selalu nak beli roti sekeping pun ajak teman. hahahhaha.
aku cakap "nak ikut!". dia suruh aku rehat, dan berehatlah. k. ahahah sebab tu tak terkejut.
cuma masa dia masuk bilik bawa sebiji kek aku touching atas alasan, 'dia bersusah payah membuat itu ada', walhal aku tahu macammana 'keadaan' sebenar. T_T
ketika lagu happy birthday sedang dipertengahan, api atas lilin laju ditiup. terus aku peluk dan nangis di bahu. cengeng. HAHAHAH. walaupun cuma sebiji kek kecil, ia mampu merobohkan rasa. aku sensitif sikit hal - hal macam ni. kalau dilupa, lagi lah sensitif. harap maklum ~
Bersama Hubby
dua puluh tujuh menyaksikan aku bersama seorang lelaki yang bernama suami. janggal? tidak. masih seperti dua puluh yang kelmarin - kelmarin dulu. cuma kali ini ditemani lelaki asing yang berkongsi rumah dan jiwa.
buat suami tersayang.terima kasih hadir waktu dua puluh tujuh tiba.aku mungkin tak istimewa.tapi aku akan cuba.memberi semua.tanpa batas rasa.aku akan memberi semahunya.cuma ada masa dan ketika.aku akan salah tutur kata.dan akan seadanya mengguris jiwa.harap akan selalu ada.dan akan tetap setia sampai hujung nyawa.walau badai melanda KITA.
sesekali bergaduh manja tu biasa. tapi akan sering mematangkan dan menambah sayang. hahahhaha. selalu sangat rasa. sebab tu lah agaknya, kalau tak bergaduh macam tak sempurna.
terima kasih juga kepada adik ipar. hahah aduh aneh la panggil adik ipar. sebab selalu rasa, tak akan pernah kahwin. panggil adik jela. ipar - ipar tu payah lah nak sebut. dia konon - konon macam tak tahu apa - apa. panndai betul. dia tolong record video, tolong capture moment. tolong merahsiakan. dan tolong apa - apa yang patut. terima kasih adik.
Ucapan Manis 'Peminat'
Keluarga
terima kasih ayah, emak, adik - adik yang tak boleh diharap hahahhaa. semua buat ucapan macam nak kena lempang. oh ye ucapan terakhir harini diakhiri oleh nyanyian selamat hari lahir oleh baby aisyah. tapi tak boleh masuk sini pula. hahaha.
selalu ayah belanja makan + kek. kali ini tak ada. sedih mat. hahahhaa. tapi diorang bergumbira makan dekat luar 'menyambut' kelahiran aku dari kejauhan. hampeh ~
Sweet Cousin
cousin paling terbaik. hahaha. tak tahu nak komen, sebab dia macam akak - akak. tak macam cousin. macam kakak sendiri. boleh jadi penasihat 24jam tanpa jemu. untuk segala macam hal. terima kasih sis untuk kali ini.
ira pun cousin juga. anak paklang maklang. maklang dah lama meninggal. tapi dia still contact cousin2 lain. terkejut tiba tiba dia wish. hahaha. aku request video sebab dia youtuber. hiks. tq iraaa
Bff
setiap tahun, hal yang menggembirakan bila bff kau tak pernah lupa nak wish. cuma kalau lambat wish dia macam "weyh diorang semua dah lupakan aku". lepastu nangis dekat bucu katil, rasa sedih macam esok dah tak ada. perangai ni memang tak boleh buang.
terima kasih khaty. kawan yang selalu ada, guru kaunseling/ motivasi, yang boleh diajak lompat pagar sekolah. hahhahaa. kau tahu aku sayang kau sejak kita kali pertama kenal. sejak kali pertama keluar sama - sama. kita serasi dalam banyak hal. terima kasih sebab kau kawan yang terpaling dan selalu mendoakan kehidupan aku untuk jadi lebih baik dan jauh lebih sempurna.
update (20 feb 2022): tadi hadiah dari khaty baru sampai. malu aku nak terima sebab nama penerimanya "Puan Amieza yang cantik lagi baik". kena bahan mat dengan abang kurier. mampu gelak je. hahahha.
terima kasih khaty untuk hadiah. nasib baik aku tak kerja harini, kalau tak hadiah kena rembat dengan orang yang mengaku jiran. tiber ~ terima kasih sebab setiap tahun tak pernah lupa untuk umur aku yang baru dan ucapan yang manis.
terima kasih cyra. walaupun kau dah kawin, kau masih ta guna. hahahha. masih jahet panggil aku bij. kot lah kau nak panggil aku, perempuan kesayangan. tapi. hahahha. maleh nak cakap. yang ni pun sama. aku syak dia lupa birthday aku. aku tunggu dari pukul 12.01am. bangun pagi tengok telefon masih kosong.
aku check twitter, check google, check calender google. memang semalam sah hari lahir aku. tapi kenapa kau buat - buat lupa. atau kau memang sengaja buat tak tahu. hahaha. aku hampir - hampir jela nak terjun tilam!
nasib baik gambar aku cantik dan comel. hmm. kau pun tahu aku sayang kau. kita dah jarang lepak. memang setahun 1 kali lah agaknya. atau mungkin tak pernah langsung. tapi kita akan selalu ada dan sentiasa. takkan pernah lupa.
terima kasih tasya. ni pun sama. lambat betul dia wish. selalu awal. aku tunggu juga dia tak muncul - muncul. hahaha. terima kasih selalu ingat. selalu ada. walaupun kita dah tak jumpa. atau jarang benar dapat bersua. aku nak kau tahu, aku akan tetap selamanya jadi kawan kau. cuma, mungkin tak seramah dulu.
tapi aku akan cuba sedaya upaya berikan waktu dan masa untuk kau, kalau kau perlu. kau pun perlu tahu aku sayang kau sampai bila - bila sejak kita mulai rapat dulu sampai hari ini. takkan terhitung berapa banyak masa dan kenangan yang kita dah cipta sama - sama. semoga ia akan selalu buat kita rasa dekat. dan akan selalu faham keduanya.
terima kasih juga rakan - rakan kbba. yang tak pernah lupa wish setiap tahun >.< terima kasih rakan - rakan facebook, pakcu dan semua yang terlibat.
didoakan Nur Amieza akan selalu dilimpahkan dan diluaskan rezeki, dipermudah kan urusan dunia dan akhirat, diberikan kesihatan yang baik dan selalu mendekat dengan Nya ~ (semoga ada rezeki cahaya mata)
1 Comments
aww so sweet.happy brthday dear
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.