sebenarnya ada entri panjang yang sedang menanti. entah. malas betul nak pilih gambar. sekarang aku nak cerita yang pendek pendek je dulu. heeee.
Selisih Faham
sebenarnya dah dua (2) hari, aku dan pasangan berselisih faham. almaklum la dua - dua ketegaq. hahahaha. semalam dah settle semua. tak sangka, suami aku rupanya dia seorang yang manja. betullah orang kata. gaduh ni merapatkan hubungan. hahahhaa.
kalau aku tak gaduh dengan dia, aku tak akan tahu benda ni sampai bila - bila. inilah doa yang pernah aku kirim ke tuhan dulu. "beri aku jodoh yang sayang aku sesungguhnya dan takut hilang aku." cliche bukan?
Tak Boleh Jauh
semalam dia cakap dia tak boleh jauh dengan aku. sepatutnya aku sebagai seorang perempuan yang rasa benda ni. tapi terbalik. ini lah yang aku minta dulu "beri aku lelaki yang selalu dengan aku kemana - mana". sekarang lepas kahwin, aku rasa semua benda dengan dia. nak keluar sorang atau dengan orang lain tu macam susah sekali. hahaha.
dia kata dia tak boleh jauh dengan aku. nak selalu tengok aku depan mata. nak semua dengan aku. aku ingat baby aisyah (adik aku) dah cukup manja. hahaha. dah cukup baby. rupanya dia lagi baby.
semua ada dekat dia.
cuma manja tu yang tak expect. yela, selalu umur macam dia, tak kuasa nak mengada. rupanya...
semoga selalu manja sampai tua dan mengada sampai bila - bila.
loveyouuuu, biy.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.