assalamualaikum. nak cerita pengalaman kena sidai. hahaha. ni saja jela. bukan nak kutuk ke apa. ni pengalaman yang mengajarkan aku. kena selalu selalu bertanya, biarlah sampai kena marah takpe. asalkan faham betul - betul requirement yang diminta. paling penting banyak membaca.
3 kali ulang ke PAID
apa itu PAID? PAID ialah Pejabat Agama Islam Daerah. aku rasa bukan aku je yang mengalami benda macam ni, ramai je. sebab bagi aku sebagai orang awam, aku sendiri tak faham dengan flow untuk menguruskan borang nikah. sppim memang ada sediakan prosedur, tapi sebagai orang awam. kita gemar tanyakan soalan yang kita was - was. nak - nak pula, sop banyak berubah, jadi kita tak yakin nak guna prosedur yang sedia ada. huhu.
ya lah. aku dah lah kali pertama. rujukan aku cuma blog blog yang baik hati berkongsikan pengalaman mereka. selebihnya, aku menghubungi PAID terus atau emel mereka. emel akan dijawab dalam masa beberapa hari dan bukan semua emel akan mendapat jawapan. kebarangkalian mungkin 5 emel yang dihantar, cuma 2 yang mendapat balasan. menghubungi PAID juga perlu bersabar. kadang - kadang panggilan tidak bersambung, dan kadang - kadang tidak berjawab akibat ramai yang menghubungi mereka dalam 1 masa yang sama.
percaya tak? aku ulang alik ke PAID 3 kali dalam masa 2 hari berturut - turut? aku yakin, ada orang lain yang lebih banyak dari aku. hahaha. aku percaya yang tu.
Kenapa Sampai 3 Kali?
kesalahan aku, kesalahan kecil yang mampu menggagalkan borang. salah aku sebab tak belajar sejarah dan geografi dengan baik. hahahhaa. tibaaa.
kesalahan 1
hari pertama. tidak ada cop permastautin. aku ada terbaca dekat twitter (rujuk gambar dibawah)
jadi aku pun dengan yakin menganggap, borang aku lengkap sebab dah tak perlu berurusan di PPP kariah. PPP merujuk kepada pegawai pendaftar perkahwinan. konon nya aku percaya semua urusan berkaitan borang termasuk pengesahan permastautin boleh terus settle di PAID. rupanya denggg. hahaha. masalah aku ialah, dalam banyak - banyak soalan yang aku tanya, aku lupa tanya mengenai permastautin.
takkan aku nak marah En Ajak pula sebab tweet dia macam tu. padahal tweet itu dah pun sangat membantu cuma tak ada huraian.
jadi kali pertama aku pergi PAID, pegawai tu kata. "kad pengenalan awak dan tempat awak tinggal tak sama. awak kena mohon cop PPP kariah berdekatan tempat awak tinggal" aku pun pulang ke rumah. aku minta pasangan aku selesaikan cop berkenaan sebab hanya bahagian dia yang memerlukan cop. aku punya bahagian tak ada masalah.
nak dapatkan cop tu pun 1 hal. ada 2 cara.
cara pertama dapatkan cop dari ketua kampung. cara kedua dapatkan cop di PPP kariah (masjid berdekatan). pasangan aku ni duduk kawasan rumah flat/ pangsapuri. aku tak tahu apa istilah 'ketua kampung' untuk kawasan rumah macam ni. cuba lah teka ofis dia beroperasi hari apa? HAHAHA. sabtu ahad guys; "maaf kami buka sabtu ahad je. sebab kami tak dibayar gaji." orang yang kerja dalam pejabat tu pula, ada pekerjaan hakiki yang lain.
jadi, kami pun pergi ke pilihan kedua iaitu dapatkan cop di kariah berdekatan. sebelum pergi masjid tu, memang telefon dulu. katanya lepas zhohor dia sampai. jadi, kami pun datang la masjid berkenaan selepas zhohor. tunggu punya tunggu punya tunggu. telefon pun tak berangkat. lamaaaaaaa tunggu. lepastu dia kata pukul 7 pula :') kenapa tak cakap tahun depan je. tak ada lah kami ni duduk depan masjid ya. bukan susah pun nak cakap. hmmm. pegawai ni pun sama, dia ada kerja hakiki. bukan sepenuh masa di masjid.
lepastu dah dapapt cop. pegawai ni kata "oh sini memang shah alam, tapi masjid daerah klang." (tapi aku tak faham. sebab aku tak ada dekat situ.
kalau lah kan. ada apa - apa berlaku, mesti nak kena tunggu AJK2 ni balik kerja dulu baru settle kan. hmm. pishang.
kesalahan 2
perlu pergi ke PAID Klang.
korang kena tahu, sepajang PKP, PAID memang membenarkan untuk kedua2 pasangan hadir serentak (hanya jika pasangan tersebut PAID yang sama). aku memang shah alam, dan pasangan aku pun shah alam. memang memudahkan kami untuk hadir sama - sama ke PAID uruskan borang (tak perlu tunggu pihak lelaki dapat cop pengesahan, lepastu pass pula borang kepada perempuan untuk diserahkan kepada PAID pasangan perempuan)
kan semalam tu dah dapatkan cop permastautin. masa serahkan borang, pegawai di PAID kata "awak, alamat awak ni daerah klang tau. bukan shah alam." aku dah petak. hahah. kan aku cakap, salah aku tak belajar geografi dan sejarah dengan baik. hmmm. alamat dia memang shah alam. tapi aku tak tahu walaupun alamat shah alam rupanya dia duduk dalam daerah klang.
pegawai tu kata lagi, "sekarang ni awak kena serahkan borang awak ke PAID Klang. tapi booking dulu ya. Klang strict sikit tak boleh walk in". aku dah sedih dah ni. sebab aku salah sorang yang konon - konon nya battle slot untuk booking PAID :'( susah tau nak dapat. sebab selalu penuh. aku tunggu sebulan untuk tunggu slot dibuka.
bila pegawai tu cakap macam tu, aku dah fikir. nak tunggu slot bulan november buka dulu. booking untuk lelaki. lepastu nak tunggu borang siap cop. lepastu pass dekat aku. lepas tu aku pula book slot untuk PAID daerah aku (mungkin bulan 12 punya slot). hmmmmm.
rasa macam ; ya allah sumpah susah nak kawin ni. betul lah orang cakap, nak kawin ni susah. lepastu pegawai tu macam kesian sebab kami dah 2 kali datang PAID masih tak settle, tiba - tiba kena pergi Klang pula. sana lagi teruk ramainya.
Kali Ketiga
dia bagi cadangan untuk letak nama hostel. ya allah rasa bersyukur sebab dibantu. pegawai tu siap bagi no telefon jika aku dah tak boleh nak edit dalam sistem. dia suruh datang balik hari jumaat, pagi - pagi pukul 8 pagi macam tu (masa hantar ni hari rabu). kami pun keluar dari PAID jam 11. terus update alamat dalam sistem, print borang yang baru. telefon kariah masjid tempat pasangan aku kerja. nasib baik tak perlu book slot apa - apa, boleh walk in. paling bersyukur bila, pegawai berkenaan memang fully duduk dekat masjid aku rasa. betul - betul bertugas sebagai AJK di masjid.
lepas dah hantar borang dekat pondok pengawal, aku pergi tempat kerja ayah untuk dapat kan tandatangan wali yang baru. guard di masjid tadi cakap lepas zhohor. jadi kami pun siap - siap solat di petronas dan sempat cuci mata di kedai perabot.
menunggu lah kami depan masjid. lamaaa tau. pasangan aku pun turun lah dari kereta dan tanyakan tentang update. katanya tengan solat. okay la. tunggu lah kami. kami ralit mengira warga yang keluar dari perkarangan masjid meninggalkan masjid. cerita dia sekarang, mana pegawai tu??? kata lepas zhohor, masjid pun dah kosong.
pasangan aku turun kereta kali kedua. guard yang cakap "pegawai tengah solat" tadi dah berganti dengan orang lain. "ohh beliau tengah dalam perjalanan ambil jenazah. beliau sedang memandu jenazah. kejap lagi sampai ya."
bila pasangan aku cerita dekat aku, aku sabar jela. sebab bukan nama aku kan. hahaha. nama dia. dia yang dah nak mengamuk. takut aku. memang betul - betul ujian ni. kami lagi sekali ralit menunggu van jenazah tiba. bila dah nampak van jenazah masuk perkarangan masjid, ,rasa lega je.
orang yang bawa van jenazah tu pula macam sibuk. hmmm. dia macam susun apa tah la. sabar weyh. kita ni nak mintak tolong orang, memang kena sabar. lagipun salah kita sebab last minute.
dari pukul 1.30 sampai pukul 3.30 macam tu, duduk depan masjid. akhirnya siap juga borang kena cop (tak sampaii 10minit).
terus bawa kereta macam orang gila, kejar masa pergi PAID Petaling semula. nasib baik boleh masuk sebab hari yang sama. terima kasih pakcik yang jaga pintu masuk PAID. kami ambil nombor dan duduk dengan mengah tak cukup nafas (sebab berlari naik bukit sikit nak masuk bangunan). masa duduk tu, tiba - tiba ada abang dari mana tah minta swap no giliran dengan dia.
nombor yang di swap tu tengah dipanggil sekarang. kami pun menggelupur masuk. pegawai tadi dah tak ada, mereka dah bertukar shift rasanya. masa borang disemak, beliau minta pasangan untuk tandatangan. lepastu giliran aku.
pegawai tu kata "okay, salah sorang boleh scan qr code ini ya". sambil tunjuk qr code atas meja. terus isi nama, no ic, dan tarikh nikah. pegawai tadi tu pun kata, okay dah selesai. rm 40 ya. lepas dah serahkan rm40, pegawai tu pun kata. "okay dah selesai tu je". tak sampai 15 minit selesai semua.
Lega!
bila dah keluar dari PAID, rasa lega dia tu. tak tahu nak cakap. sebab aku yang book slot kan. hahaha. macam battle vaksin oi. setiap masa berkampung dalam website semata - mata nak semak tarikh kosong.
terima kasih semua pegawai yang terlibat. maaf sebab kami pasangan yang banyak ragam.
korang doakan kami ya. terima kasih.
1 Comments
Semoga dipermudahkan urusan seterusnya
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.