Persiapan PKP

 

Persiapan PKP

assalamualaikum. lama betul tak update entri berkaitan peribadi. hahaha. almaklumlah, idea kosong. hidup tak ada apa yang nak dikongsi. begitulah hidup. malu nak tulis pasal ni, tapi benda baik apa salahnya kan? walaupun dalam fikiran aku masih ada sentimen, 'haish, benda belum jadi taknak lah kongsi'. 

tapi aku percaya, bila kita kongsi benda baik. insyaallah ramai yang akan doakan untuk kita. alhamdulillah. 

beberapa minggu ni aku memang dalam proses menyempurnakan hal - hal nikah. auch. ya allah, aku tak percaya. Allah bagi aku nikmat hidup yang satu ni (walaupun belum tiba). pkp, memang tak buat majlis. memang sedari aku 20+, aku imaginasi hari pernikahan aku cuma nikah sekadarnya. apa yang penting bagian makanan pada ahli keluarga dan gambar. 

sop pkp menyempurnakan impian aku. 

rasanya semua dah ada. cuma hantaran masih 2 belum lengkap. pakaian, mekap, rasanya dah lengkap. 

doakan semua berjalan lancar.  kalau Allah izin, bulan 10 ni jadi. :)

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.