hai semua. dah lama tak tulis pasal makan - makan ni walaupun hakikatnya sepanjang pkp dah setahun duduk rumah makan tak berhenti. hahaha. sejak - sejak tak dapat makan dekat kedai makan ni semua okay ke? duduk rumah tak? duduk rumah elok - elok bagi yang tak ada keperluan. aku takpe, eh. jangan risau lah, aku dah seminggu duduk rumah tak keluar. cuma baru harini aku keluar beli barang dapur sikit dan ambil barang dari courier.
Penghantaran Percuma
korang yang dah bosan gila nak masak, dan dah tak ada menu nak masak. korang boleh cuba makanan di Hotel Wyndham Acmar Klang. dimasak dengan kasih sayang oleh chef dihotel. makanan pula delivery ikut masa yang kita suka. penghantaran percuma dalam radius 20km. yang duduk Selangor tu boleh sangat lah nak buat tempahan.
mesti rasa macam mahal sebab makanan hotel kan? korang jangan risau lah, harga dia biasa - biasa je. tak rasa macam harga makanan di hotel. ini lah yang kita nak! aku dah, korang bila lagi? aku pun baru je selesai kenyang makan makanan yang dihantar. menu yang menjadi pilihan aku ialah Blue Lantern Mocktail, Blueberry Cheese Cream, Homemade Beef Burger (didatangkan bersama kentang goreng) dan Asian Burito.
aku suka gila dengan beef burger sebab dagingnya berjus dan memang sedap. lembut. tebal. puas hati lah senang cakap. berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Menu di Wyndham Acmar Klang
ada macam - macam jenis pilihan menu tau. bukan western sahaja. nasi ada, grilled ada, kek ada, roti ada. waaaa sedapnyaaaaa. korang rujuk je menu dekat bawah ni. aku share poster menu untuk korang rujuk siap - siap ada harga. senang nak kira - kira. esok boleh makan sedap. yeayyyy.
minimum bagi setiap tempahan ialah rm50 dalam satu resit. boleh pilih makanan banyak2.
Info Wyndham Acmar Klang
Website: https://www.wyndhamacmarklang.com
Emel:
tcafe@wyndhamacmarklang.com
Facebook:
https://www.facebook.com/wyndhamacmarklang
Instagram:
@wyndhamacmarklang
No tel:
012-5909851
Waktu operasi:
9pagi - 8malam
Alamat:
No. 1-G-1, Persiaran Bukit Raja 2/KU1,
Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.