Masa tuk gembira
Takkan pernah aku lupa
Segala kesalahan moga kau maafkan
Jika ada yang terasa
Selamat Hari Raya
Ooo.. ooo.. ooo..
Selamat Hari Raya
Ooo.. ooo.. ooo..
ASYRAF NASIR
Nyalakanlah pelita,
Pamerkan di tepi pagar,
Lebaran sudah tiba,
Debaran makin terasa,
Hiaskan halaman, anyaman ketupat,
Gantung pada langsir,
Sedia penuhkan balang kuih,
Tanda kasih dalam sampul duit,
Abubakarxli
Perabot di rumah sudah pindah,
rumahku syurga ku syurga indah,
ampun maaf aku pinta,
kalau ada salah silap,
lihat luar tingkap,
ramai datang melawat,
tak perlu kan alamat,
yang jauh ku doa selamat,
rindu yang teramat,
(Chorus)
Siqma
Beriang, bermesralah,
lepas sebulan menahan nafsu,
Sekeluarga bersamalah,
bermaafan lupakan yang lalu,
Salam pada yang telah pergi, doa mu syurga menanti,
Di anugerahkan syawal syukur ke atas ilahi,
Yonnyboii
Tiada siapa kan ganti
Kehadiranmu tiada ganti
Yang terang dan terbukti
Kau keteranganku di bumi
Maafkan aku jauh pulang kau tunggu
Kenang semua wajah ku rindu
(Chorus)
Kmy Kmo
Sambutkan salam ini,
Susunan rapi sepuluh jari,
Moga dipulang penuh harmoni,
Hina yang kurang kan dimaafi,
Lupus segala,
Urus semula,
Salah faham lama dirumus semua,
Berbalah dalam drama diurus segera,
Beralah tuk bersama
memutuskan Caranya utuskan Doa.
Luca Sickta
Yah,
Ada bergaya, santun elok berbicara
Mengait kuih di atas para,
Ke dapur kita yuk terus mara,
Riuh hentak beras sampai lumat,
Jaga bara, rendam Ketupat,
Lemang, cepat lesap memang,
Rendang, jemput tambah,
Sambil ber Dendang,
1 Comments
layaaaaaaaan
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.