vivo telah secara rasmi menayangkan filem pendek terbaharunya
berjudul ‘The Incident’ dengan kehadiran semua barisan pelakon di Golden Screen Cinemas, 1
Utama semalam. Diilhamkan daripada kisah benar, filem pendek yang dihasilkan menggunakan peranti
fotografi profesional terbaharu jenama tersebut iaitu vivo X60 Pro, memaparkan sebuah kisah
menyentuh perasaan mengenai seorang ibu penyayang yang membesarkan anak lelakinya yang
masih kecil sendirian setelah kematian suami semasa pandemik.
Filem pendek ini bertujuan memberi
inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam berdepan dengan waktu yang mencabar ini serta menyuntik
sinar harapan meskipun berada dalam keadaan yang tidak menentu.
Tayangan ‘The Incident’ dilangsungkan di Golden Screen Cinemas, 1 Utama pada 31 Mac 2021. Dari kiri: Pauline Tan, Phua Chandler, Chong Keat Aun, Firdaus Farmizi and Yise Loo.
Chong Keat Aun, pengarah filem yang juga pemenang anugerah Golden Horse Award untuk
Pengarah Baru Terbaik berkata,
“Terharu sungguh rasanya apabila melihat rakyat Malaysia saling membantu dalam mengharungi keadaan normal baharu yang masih membelenggu kehidupan kita. Dalam pada kita belajar menyesuaikan diri menghadapinya dengan bantuan kekuatan daripada orang disekeliling, kita juga menantikan kehadiran hari baharu yang membawa bersama sinar harapan baharu. Semangat yang ditonjolkan inilah yang telah menjadi sumber inspirasi bagi filem ini dan kami ingin menghasilkan sebuah kisah yang dekat dengan rakyat Malaysia pada masa sekarang. Dengan vivo X60 Pro, kami berjaya merealisasikan idea tersebut dan penghasilan filem ini telah menandakan era baharu bagi pengarah filem muda yang ingin memperlihatkan kreativiti mereka serta berkongsi dengan dunia.”
vivo siri X60 dilancarkan pada 22 Mac 2021 dan mempunyai pelbagai ciri mengagumkan yang dapat
dilihat sepanjang filem ini. Baik daripada rakaman yang stabil hasil ciri Gimbal Stabilization 2.0 X60,
mahupun rakaman babak pada waktu malam yang menguji ciri Extreme Night Vision 2.0, vivo X60
Pro adalah yang terbaik dalam menghasilkan rakaman yang jelas pada setiap masa di samping
merupakan kualiti utama dalam menghidupkan ‘The Incident’.
Filem pendek ini menampilkan sepenuhnya barisan pelakon dari Malaysia termasuk Pauline Tan, finalis Miss Universe Malaysia 2015 yang memegang watak sebagai ibu tunggal bernama Yee Cheng. Beliau disertai oleh pelakon veteran Adibah Noor dan pelakon Yuan Teng, yang membuat kameo istimewa, serta seorang bakat baharu, Phua Chandler, yang memainkan peranan signifikan sebagai seorang anak muda dengan ketahanan dan kecekalan yang kuat walaupun berhadapan kesulitan dalam hidup.
Di samping visual menyentuh perasaan yang dirakam menggunakan vivo X60 Pro, filem ini juga diserikan lagi dengan runut bunyi yang merdu hasil garapan penulis lagu Yise Loo dan pengarah Chong. Rangkaian lagu nostalgia berjudul “ç–« 外 之 å…‰” atau “Sinaran Harapan” itu merupakan representasi audio terhadap pahit jerih ibu bapa semasa waktu sukar ini, dan dinyanyikan oleh Firdaus Farmizi. Juga dikenali sebagai Fei Dao Er di China yang melonjak popular menerusi video viralnya di Douyin.
Filem pendek ini menampilkan sepenuhnya barisan pelakon dari Malaysia termasuk Pauline Tan, finalis Miss Universe Malaysia 2015 yang memegang watak sebagai ibu tunggal bernama Yee Cheng. Beliau disertai oleh pelakon veteran Adibah Noor dan pelakon Yuan Teng, yang membuat kameo istimewa, serta seorang bakat baharu, Phua Chandler, yang memainkan peranan signifikan sebagai seorang anak muda dengan ketahanan dan kecekalan yang kuat walaupun berhadapan kesulitan dalam hidup.
Di samping visual menyentuh perasaan yang dirakam menggunakan vivo X60 Pro, filem ini juga diserikan lagi dengan runut bunyi yang merdu hasil garapan penulis lagu Yise Loo dan pengarah Chong. Rangkaian lagu nostalgia berjudul “ç–« 外 之 å…‰” atau “Sinaran Harapan” itu merupakan representasi audio terhadap pahit jerih ibu bapa semasa waktu sukar ini, dan dinyanyikan oleh Firdaus Farmizi. Juga dikenali sebagai Fei Dao Er di China yang melonjak popular menerusi video viralnya di Douyin.
Menjadikan Visi suatu Realiti
‘The Incident’ membuka tirai kempen Visual Creator vivo, yang mengajak rakyat Malaysia untuk
mengekspresikan diri dan menjadi pencipta visual dengan mencungkil kreativiti serta bakat mencipta
semulajadi dalam diri mereka.
“Semasa pandemik ini, kita dapat melihat ramai rakyat Malaysia bersatu untuk menonjolkan kreativiti mereka baik dalam seni, muzik, fesyen mahupun fotografi. Oleh itu, melalui kempen Visual Creator, kami berhasrat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang berjiwa artistik untuk mengetengahkan bakat mereka yang unik ini di samping mengangkat karya fotografi dan videografi mereka dengan menyertai beberapa fasa berbeza dalam kempen. Kehadiran vivo siri X60 diharap dapat meningkatkan kebolehan dan menyerlahkan potensi mereka yang sebenar, dengan mengubah sesuatu idea menjadi realiti,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.
Pertandingan Filem Pendek
Dalam fasa kedua kempen Visual Creator yang akan bermula pada awal April, vivo bekerjasama
dengan Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) untuk menganjurkan pertandingan filem
pendek berdurasi lima minit bertemakan “Joy of Humanity”. Peserta dijemput untuk merakam
menggunakan X60 Pro mereka dan menjadi sebahagian daripada projek yang dipimpin oleh tiga
pengarah Malaysia serta kolej universiti tempatan. Universiti Xiamen Malaysia, Kolej Universiti Tunku
Abdul Rahman (TAR UC) dan Kolej Universiti New Era merupakan tiga kolej universiti yang akan
bersama menjayakan pertandingan ini.
Kemuncak kempen Visual Creator merupakan penganjuran pertandingan fotografi selama sebulan
iaitu pertandingan ‘vivo Vision Photography’, dengan kolaborasi bersama Festival Fotografi Kuala
Lumpur (KLPF). Sepanjang tempoh pertandingan, para peserta dikehendaki mengambil gambar
berdasarkan tema yang diberikan pada setiap minggu.
Selain itu, vivo telah menghimpunkan barisan penerbit terkemuka, jurugambar profesional dan
pencipta kandungan untuk terlibat dalam program MY #X60Series Celebrity Endorsement, supaya
mereka dapat berkongsi tentang pengalaman mereka menggunakan telefon pintar vivo siri X60.
Untuk mendapatkan lebih maklumat terkini mengenai kempen Visual Creator atau vivo siri X60, sila
layari laman Facebook rasmi, laman Instagram rasmi dan laman web rasmi vivo Malaysia.
Dengarkan runut bunyi di https://youtu.be/_-cXxvahULc dan jangan lupa untuk menonton ‘The
Incident’ di saluran YouTube dan laman Facebook rasmi vivo Malaysia.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.