seminggu dah berlalu sabtu dan ahad dan ia kembali semula untuk mewarnai hidup aku. setiap kali cuti, memang ada je lah aktiviti yang aku nak buat. aku tak boleh cuti dirumah. aku akan rasa, cuti aku disia - siakan. baik aku keluar dan menikmati hidup aku.
Teman Kakak Kenduri
aku tak ada pula gambar di kenduri tu, sebab bukan kawan aku pun. aku makan je. heee. lauk sedap aku puas hati. kesedapan tu bukan sebab aku lapar, tapi memang sedap. ada mihun sup, apam balik dan juga goreng - goreng. sampai kenduri jam 2 lebih macam tu. orang pun makin kurang. jadi kami dapat la duduk dengan aman dan makan lama - lama.
lepas kenduri kami bersiar - siar di Setia City Mall sebab nak makan cekelat semata - mata.
Molten Chocolate Cafe
tadaaaaa. ini lah rupanya. molten chocolate pancake tower dan chocolate waffle disertakan juga dengan ice tea peach. jumlah bayaran ialah rm70 macam tu. kenyang betul tau. tekstur coklat sangat berat. membuatkan aku cepat kenyang dan muak. kemanisannya boleh tahan. ternyata aku dah cukup manis untuk menikmati coklat ini. sudahnya, aku cuma mampu menghabiskan 4 keping pancake. satu lagi terkapai - kapai atas pinggan.
oh ya, dekat sini servisnya agak lambat. mungkin kerana kekurangan staf. nasib baik semua staf baik je melayan karenah pelanggan. yelah, 2 orang je jaga floor. yang lain duduk dekat bahagian kitchen. lama juga kami lepak dekat sini. banyak benda yang dibualkan. oh lupa, kakak tu sepupu aku. kami rapat. cuma masa sekolah dulu pernah lah gaduh tarik - tarik rambut. hahhaha.
sempat bergambar diluar.
sebelum
selepas
susah juga nak bergambar kalau ada anak kecil. haahhaha. begitulah keadaannya. punya gigih kan untuk sekeping gambar. haritu ada kenduri doa selamat dirumah kakak, kami lupa nak ambil gambar. jadi harini lah gambarnya.
Adik Dhi Kahwin
dah lama betul tak jumpa dhi. jemput aku pun last minute. hahahhahaha. adik dah kawin, dia bulan 7. alhamdulillah. tak shabar. dah nak kawin dah semua kawan - kawan aku. aku je takde lagi. HAHAHAH. agaknya tak diktakdir ada pasangan di bumi. mungkin di akhirat gituhhh.
masa ni last minit juga aku cari partner untuk teman aku pergi kenduri. nasib baik lah ada yang sudi. terima kasih awaknya.
balik dari kenduri memang terus balik rumah takde plan singgah mana - mana pun. cuma tiba tiba terfikir nak bawa adik bersiar - siar main taman dekat tasik. aku pun call lah mak.
Taman Tasik Shah Alam
lagipun dah nak puasa kan. saja lah bawa datang sini. diorang pun tak pernah jalan - jalan dekat luar semenjak pkp. ya allah punyalah penat. hahahha. kesana kemari. kalau sorang nak pergi buaian, tak boleh tinggal. kena tunggu dua - dua habis main. lepastu baru pergi tempat lain pula. sebaik lah badan aku ni tak boleh belah dua. kalau tidak, senang kerja.
jika harapan mulai melambung jauh,sisipkan tegar saat mulai mengarah jatuh.kanvas.aksara
2 Comments
kalau ada hari di tengah2 u, nak panggil apa ek yang sesuai hehe
ReplyDeleteSaya kalau sabtu keluar, ahad memang nak duduk rumah je la. Menyiapkan keje rumah sebelum Isnin tiba..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.