Dua Puluh Enam

Dua Puluh Enam yang Baru

baru berkesempatan nak menulis lagi disini. maaf sejak kebelakangan ini tidak ada cerita tentang kehidupan. barangkali waktu itu terlalu sibuk dengan hal - hal lain yang dirasakan lebih penting dari mengabadikan kenangan disini buat dibaca pada masa depan; mungkin pada ketika aku telah mati atau pada ketika aku terlupa tentang aku. 

terima kasih pada semua yang masih setia membaca 'aku' disini walaupun aku tidak lagi wujud pada waktu itu. kali ini aku menulis lagi. sepatutnya entri ini telah lama hadir mungkin pada beberapa hari yang lepas. akibat kekangan waktu dan jarak kemalasan saling memerlukan antara satu sama lain, buat aku simpan dulu niat. 

sebelum pergi jauh. bagi mereka yang masih belum mengucapkan ulangtahun pertambahan umur untuk aku, ucapkan lah dulu. aku mohon doanya yang baik - baik dari kalian dan tak terhijab untuk menuju tuhan. terima kasih berbagi waktu untuk aku.

oh ya, aku minta maaf jika ada terdetik di hati kalian yang "alahai benda bodoh pun nak cerita." . tidak kisah la, ini 'rumah' aku. aku punya suka nak simpan kenangan atau nak menulis apa. heee. 

Pertambahan Umur yang Baru

Tasya

Dua Puluh Enam


aku menyusun kronologi gambar mengikut peraturan ya. mungkin ada yang salah atau tidak, aku lupa. jadi aku mulakan cerita aku begini. perempuan ini, tasya. dia memang selalu terwujud dalam mana - mana entri. aku banyak habiskan masa dengan dia. walaupun usia perkenalan kami masih setahun jagung, aku yakin. dia antara kawan terbaik. 

kami pernah melawati hal - hal keterujuaan bersama, hal - hal berkongsi semua benda, hal - hal kesusahan kecil (besar entah la. ada ke tidak. hahahaha. mungkin kalau gaduh sahaja aku anggap ia hal terbesar yang aku bakal berjauhan dengan dia). 

Dua Puluh Enam

kami set date untuk keluar tepat pada tarikh hari lahir aku. siap - siap minta cuti katanya. jadi hari itu, kami bertemu di klcc dan berbual seperti tidak ada apa - apa. cuma teruja selepas sudah lama tidak jumpa. makan tengahari macam biasa. macam tidak akan ada apa - apa yang jadi sehinggalah:
"ja, aku nak pergi toilet sekejap." tidak sampai 5 minit, tasya tiba. aneh juga sebab sekejap betul dia ke toilet. aku tak syak apa - apa. 

tengah sambung berbual, aku dengar macam ada suara - suara yang mendekat. aduh malu. tersipu - sipu aku dekat situ. masa ni, kerja aku memang pijak kasut tasya je. aku rasa macam wey, terharu sangat. orang rasa benda ni macam 'small matter atau ek eleh benda tu je kot tayah beriya'. no. aku rasa macam wey, tuhan datangkan aku dengan orang - orang yang baik. supaya aku selalu berbahagia dan bergembira. 

Dua Puluh Enam


sambutan hari lahir dinyanyikan disetiap pelosok kedai itu. tak, aku tipu. staff dia je yang nyanyi. kami sambung makan dan aku sambung maki tasya sebab, sebab malu. hmmm. tu je. lama juga kami dalam kedai nak habiskan makanan. banyak dia order. selepas itu, kami berjalan sekitar klcc dan bergambar kenangan. maklumlah sudah lama tidak ada gambar bersama. terima kasih untuk besi yang menjadi 'pemegang' kamera. ehhh. hahaha
Dua Puluh Enam


terima kasih sya. bertambah lagi usia perkenalan kita. semoga akan ada lebih banyak kenangan aku dan engkau. terima kasih ada waktu - waktunya, kau sudi menjadi mesin untuk menggerakkan jatung aku yang hampir - hampir tak berdetak. terima kasih payungkan aku waktu matahari menyambar lengan. terima kasih sudi berhujan sama - sama waktu tak ada tempat untuk kita berteduh. terima kasih selalu melayan 'mimpi' aku untuk kita ke bulan. terima kasih melayar hidup ke negeri baru untuk kenangan masa depan. terima kasih. sebab hadir dalam hidup aku. 

Cyra

Dua Puluh Enam

aku tak ada gambar bersama cyra atas alasan kami tidak bersemuka. hahhaha. alasan lain kerana, cyra terlalu sibuk dengan mengasuh anak dan berbagi kasih sayangnya bersama suami. haha sory cyra. hadiah cyra, aku terima awal 2 hari. sengaja lah aku diam. tapi dia pergi whatsapp adik aku pula. aku suruh adik aku pura - pura tak tahu. sudahnya dia whatsapp sendiri. dah tak jadi kejutan. 

cyra tahu, aku sukakan buku dan sesuatu yang kelihatan vintage. ia seolah - olah ada kenangan yang boleh aku imbau. tah, aneh. hhahha. tak tahu lah nak terangkan macammana. tapi buku tu macm buku lama yang dah tersimpan pada tahun - tahun lampau. aku tak guna pun, aku simpan je. hahaha. sayang lah nak guna lagipun tulisan tak berapa nak cantik. takut akan memburukkan buku secara keseluruhan. 


Yuyin

Dua Puluh Enam

Dua Puluh Enam

ni kawan sekolah. kenal masa form berapa tah. tapi aku taknak panggil dia kawan sekolah sebab dekat sekolah haram tak tegur AAHAH. aku nak panggil dia kawan puisi! dia yang selalu merialisasikan 'impian' aku untuk hal - hal macam ni. sebab dia pun layan benda yang sama, minat yang sama. dia gila! selalu berjalan tanpa pernah merancang.


Dua Puluh Enam

dia ni antara kawan terbaik juga yang aku ada. boleh ada bila - bila masa. aku terharu sebab, dia suruh aku makan sebiji kek untuk cantumkan semula hati yang tengah retak. dia suka membahagiakan orang tiba-tiba secara tak sengaja. 2 kali dia buat kejutan. 

aku harap, bunga matahari itu akan membawa simbolik yang persahabatan kita akan selama tetap bersinar. terima kasih yuyin. selalu ada waktu waktu kritikal dan jadi kawan yang baik! 


Officemates


rasanya tahun ni paling banyak kejutan dari rakan ofis. ada banyak makanan sedap, dapat banyak hadiah, kenyang dari pagi sampai petang siap boleh bawa balik, kek cantik macam kek kawin walaupun bukan kawin. ya allah bahagiaaaa dengan makanan. bos comel pun ada sekali menghabiskan masa untuk makan sama - sama. 

Dua Puluh Enam

bunga dari kakak syu, my boss. heeee terima kasih kak syu. jadi bos terbaik walaupun kekadang garang yang tak berapa garang. menuntun aku sampai tahun ke empat dah. banyak gila aku belajar dekat sini. dari awal dulu cuma admin assistant yang kebarangkalian skop kerja aku adalah kerja budak intern HAHAHH. now, aku adalah dari sebahagian team untuk projek - projek penting eh. tak delah, cuma yela. kalau takde aku, kerja tu hambar. eh tak gurau. maksud aku, aku banyak belajar dekat sini. 

terima kasih kak syu sebab 4 tahun dulu, menerima resume aku yang dibuat dari google. english ke laut google translate kahkah. terima kasih! sebab membenarkan aku dewasa disini bersama yang lainnya. 

Dua Puluh Enam

hadiah dari teha. dulu jiran sebelah meja, sekarang beliau dah masuk ke ofis sebelah. orang yang paling takut sekali aku nak bercakap walaupun dia bukan orang yang garang. entah la. dulu rasa macam tak ngam langsung nak bercakap dengan dia. bila dah setahun macam tu, baru lah boleh borak macam biasa dan gurau - gurau manja. hahaha. teha terima kasih, sebab ingat. terima kasih sudi tegur. terima kasih sebab layan manja - manja. terima kasih jadi team yang best. 

Dua Puluh Enam

ni hadiah dari elynn. budak baru dari team training. ni pun sama. tak konfiden aku nak bercakap. lama - lama baru rasa macam oh dia baik je. hahahahhaa. comel je dia bagi hadiah. terima kasih elyn untuk perkenalan yang baru. ramai yang bagi aku buku ni. kena mula menulis puisi lagi ke macammana? hahahha. 

Dua Puluh Enam

ni kejutan dari nazurah. satu - satunya orang yang panggil  aku kakak dekat ofis walaupun aku tak suka. dia bagi aku novel. semoga ada semangat lah nak baca. terima kasih zura, banyak tolong kakak dekat ofis. eh. hahahha. terima kasih untuk beberapa tahun ni dari awal intern dulu now dah jadi sebahagian dari team. 

Akid Akram

Dua Puluh Enam

Dua Puluh Enam

ni kawan masa dekat vokasional. kawan baik juga. beruntung aku dapat kenal dia. dia juga yang ajar aku pasal buku, menulis, puisi apa semua. oh tambahan, teater. dia pun kawan yang pernah susah sama - sama. tak lah susah tak cukup makan, tapi susah dalam hal lain. kawan yang anytime boleh ada pada bila - bila masa. 

dah macam nak setahun tak pernah jumpa sejak pkp. tapi tah. hahah. okay jela 10km dari radius rumah kan? so kitorang meet dekat subang. lepak kafe hipstur yang tak sedap, dan sambung makan di gerai luar dengan hal - hal yang. hahahahha bodoh la akid. tiba - tiba teringat kejadian tu. semoga kau masih sihat lah ye. 

terima kasih akid, menghargai aku seadanya. menerima aku untuk menjadi penumpang dalam kehidupan kau. terima kasih untuk beberapa tahun yang panjang! 


Erra Fazira

Dua Puluh Enam

Kebetulan balik rumah maklong. terus aku contact erra. nak jumpa! dah bertahun tak jumpa, dia punya rindu tu. alahai. ni kawan masa form 1, duduk asrama sama - sama. gaduh sama - sama, nangis sama - sama. hahaha. makin dewasa, makin cantik dia. hahahha. 

kesian member baru balik kerja kena layan aku pula. erra, terima kasih stay dengan aku bertahun - tahun ya. semoga kau tak pernah ralat dan jemu mengenal aku. walaupun selalu saja aku menyakitkan hati kau. 


 Keluarga


yang ni kelakar. aku balik kerja mak suruh bayar barang dia. aku tanya apa benda. mak cakap beli kek. HAHAHAH. tak surprise dah. aku cakap dengan mak, tak payah lah. lagipun masa tu dah jam 6.45 macam tu. last rider delivery jam 7. macam rushing je. 

tahu - tahu adik lelaki aku dah belikan kek. hahahaha. tq apan. mak masak kabonara berperisa cendawan dan tidak ada air. hahahha. boleh la, janji ada ye dak. tapi yang paling eksited mesti lah dua orang budak kecik tu. menyibuk je macam besday dia. setahun berapa kali tah nak kena sambut. terima kasih mak ayah dan adik - adik ^^ 


Kenalan Baru

Dua Puluh Enam

takde apa nak komen. terima kasih lanje makan sambut hari lahir. hahahhaha. terima kasih menghargai beberapa detik. 
Dua Puluh Enam

terima kasih juga pada ucapan - ucapan di facebook, instagram, whatsapp dan semua media sosial. 

Aku

Dua Puluh Enam

terima kasih untuk awak yang masih bertahan sehingga ke saat ini. mengejar cita - cita yang selalu samar. menangis di bahu orang - orang salah. memijak duri - duri tajam. mematahkan hati sendiri demi hati yang lain. kekecewaan kejatuhan bangkit berdiri semua nya bergulir dalam satu jalur yang menjadi kan siapa awak hari ini. 

pada yang pernah hadir lalu mengecewakan, terima kasih juga. sekarang sudah ada banyak cahaya yang akan merembes masuk melalui hati yang telah pecah. terima kasih untuk hadiah yang paling bermakna. ternyata saya akan lebih bahagia dari menahan cahaya memasuki hati yang pernah dibuka. 

pada semua yang hadir dalam hidup saya waktu ini untuk membahagiakan, kalian  adalah hadiah - hadiah dari tuhan yang paling mahal dan sangat bermakna. saya memang tak boleh beli kenangan bersama mereka, tapi tuhan lorongkan hati dan hidup mereka untuk wujud dalam kehidupan saya. saya doakan orang - orang baik yang hadir dalam hidup saya akan selalu kekal ada dan di jaga tuhan setiap masa. 

ternyata saya sring meminta - minta kepada tuhan untuk datangkan seseorang yang sudi menghargai saya untuk seluruh jiwa mereka. padahal, sejak dulu hal itu telah tuhan kabulkan lama. cuma saya selalu buta untuk rasa cukup ada. 

terima kasih tuhan. semoga hidup lebih panjang untuk mengenal manusia - manusia dan menulis kenangan yang tak bertepi. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Jika masih diizinkan tuhan... Akan ad insan yg baik utk diri kita... InsyaAllah...

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.