Lirik Lagu Terakhir Buat Teman Hazama & Siti Sarah - Mieza S Mieza S: Lirik Lagu Terakhir Buat Teman Hazama & Siti Sarah

Lirik Lagu Terakhir Buat Teman Hazama & Siti Sarah

December 04, 2020
 
Lirik Lagu Terakhir Buat Teman Hazama & Siti Sarah

Engkau rentak ku melodi
Bersatu di dalam rasa
Meresap jiwa sang pemuja
Membuai seluruh raga

Pada garis nota irama
Kita nyanyi lagu merdu
Akulah suara mengiringi
Melodi yang kau mainkan

Kita sering berbicara
Kan bersama mencipta berkarya
Namun ketentuan-Nya
Hadir dalam keterpaksaan

Rasa sepi
Hilang nada
Dan irama

Dikau pergi
Tak kembali
Aku rindu

Kita pernah mengimpikan
Untuk bersama mencipta bahagia
Namun ketentuan-Nya
Hadir dalam keterpaksaan

Rasa sepi
Hilang nada
Dan irama

Pada garis nota terakhir
Ku dendangkan lagu ini
Yang engkau coretkan
Buat teman sering dirindukan

Isi kekosongan
Bunuh kesunyian

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.