MH17: Dalam kenangan

MH17: Dalam kenangan
MH17 dalam kenangan

masih terngiang - ngiang saat suara dikaca televisyen mengumumkan berita tentang terhempasnya MH17. satu tamparan besar buat seluruh rakyat malaysia. semua bersedih atas kehilangan ahli keluarga yang terlibat. ternyata jika diputar waktu, sudah 6 tahun ia berlalu. entah. 6 tahun yang berlalu terasa bagaikan semalam ia berlaku.

mengenang semula kejadian yang berlaku pada 17 Julai 2014, tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang telah ditembak jatuh.

Dimanakah Keadilan untuk MH17?

MH17: Dalam kenangan
serpihan kapal terbang yang ditembak jatuh 6 tahun lalu

waktu kejadian, aku berumur 19 tahun. siaran di televisyen berebut - rebut mahu menjadi trending, aku juga tak terkecuali untuk membuat andaian sendiri. bermacam - macam yang aku bincangkan bersama rakan terdekat. sepertinya sebuah konspirasi ya?

dikatakan bahawa pihak berkuasa di Ukraine mempertanggungjawabkan kumpulan pemberontak berdekatan di kawasan berhampiran tragedi yang kononnya menerima sokongan oleh pihak Rusia.

Vasily Prozorov, yang juga merupakan bekas Pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU) dan Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov "Ukrleaks" telah memulakan siasatan dengan beberapa orang sukarelawan apabila beliau menyedari tentang laporan yang diterbitkan mempunyai maklumat yang tidak tepat. 

beliau mahu masyarakat global untuk terus mempersoalkan, siapa dalang di sebalik tragedi ini? siapakah yang mendapat keuntungan daripada tragedi ini? pastinya ada sesuatu yang disembunyikan sehingga sekarang. 

MH17: Dalam kenangan
lokasi tragedi MH17

selain itu, terdapat pegawai dari Cawangan Khas British yang datang ke tempat kejadian SEBELUM tragedi berlaku masih menjadi tanda tanya. siapakah mereka sebenarnya? 

Dokumentari 

MH17: Dalam kenangan

banyak lagi persoalan yang masih belum terjawab dan mati tak berjawapan. oleh itu sebuah dokumentari telah diterbitkan oleh Vasily Prozorov, hasil siasatan persendirian yang telah dilakukannya bagi mendapatkan kebenaran dari tragedi ini. beliau tidak mahu rakyat Malaysia terlalu mudah mempercayai laporan berat sebelah yang diterbitkan.

MH17: Dalam kenangan
Vasily Prozorov

dokumentari yang berdurasi kira-kira 40 minit tersebut dibahagikan kepada dua bahagian dengan analisa Prozorov berkaitan laporan rasmi yang dikeluarkan dan kompilasi kenyataan yang dibuat oleh pihak berkuasa Ukraine dan pasukan penyiasat bersama. 

dalam bahagian kedua, beliau berkongsi pandangan dan mengutarakan hujahnya untuk mendesak orang ramai membuat kesimpulan sendiri berkaitan tragedi MH17. dokumentari ini boleh ditonton secara percuma di laman sesawang (https://ukr-leaks.org/en/Inform/Investigations/Details/mh-17-v-poiskakh-istiny) dan platform youtube dengan sari kata dalam Bahasa Melayu, Jerman, Perancis dan Sepanyol. 



Info Vasily Prozorov 
Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks” 
Emel: ukr-leaks@inbox.lv 
Laman Sesawang: https://ukr-leaks.com

Post a Comment

3 Comments

  1. Tula,, tertanya2 apa jadi kat MH370, Apa jadi kat MH17 sebelum terhempas. Ada agenda apa2 ke.. Macam2 duk pikir. Pastu teringat plak, macamana la kehidupan family mereka sekarang

    ReplyDelete
  2. Salam takziah pada semua waris mangsa MH17

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.