H

H

ini kisah aku. kisah yang aku tulis ini adalah kisah pada tahun dua kosong satu empat. sekarang pun masih mengikut aku pada waktu - waktu tertentu. aku tak tahu bila dia nak meninggal. ini kisah seorang lelaki yang aku meletakkan dirinya dibawah tapak kaki sampai aku mati. kemaafan, perubahan apa segala nya aku dah tutup. tutup sampai aku pejam mata. cuma adalah kadang - kadang aku macam tertewas dengan keras hati aku ni. kadang - kadang aku macam nak terjatuh dekat dia kembali.

Benci Sampai Bila - bila

aku namakan beliau H. ya haiqal. taip namanya saja sudah bikin hati aku ribut. setiap hari jika ada saat - saat aku mengingati H, cepat - cepat aku menyemai benci. aku dah taknak dia lagi. aku nak biarkan diri aku sentiasa membenci H dengan penuh subur. semoga kebencian ini tidak akan pernah layu meski bajanya tidak mencukupi. 

aku menulis kisah H adalah untuk aku sentiasa ingat siapa H dimata aku dulu dan hari ini sampai aku mati. aku kenal H pada awal aku memulakan pengajian di kolej komuniti di kajang. waktu itu aku berumur sembilan belas jika tidak salah. 

wajah H yang kelihatan noob. bodoh, lembab telah menyebabkan aku percaya jika dia betul - betul 'baik'. rupanya itu hanyalah topeng yang dipakai pada setiap hari untuk menutup kejahatan yang tak mungkin dipercayai sesiapa. waktu aku kenal H, dia menetap bersama keluarga di puchong. ah puchong apalah namanya. dia anak kedua. seingat aku dia punya seorang abang yang telah berkahwin. dibawahnya seorang perempuan yang dipanggil intan. ada seorang atau dua orang lagi adik lelaki dibawah intan. kemudian ibunya. 

aku pernah berkali - kali bersua dengan emak H. aku akui emak H barangkali seperti emak aku saja. mulutnya lantang bila bercakap, sejenis yang mudah mesra dan pandai berbual. cuma, aku sedikit terkilan. emaknya meletakkan aku cuma sebagai pengganti 'kekasih' anaknya yang dibenci. kau faham maksud aku? 

terlalu panjang kisah duka aku bertahan bersama H. semuanya tentang luka dan kecewa. 

Kebodohan Aku

pertemuan kali pertama bersama H adalah di stesen kuala lumpur. aku rasa. sebab aku pun dah tak ingat. itu juga jadi terminal pertemuan terakhir aku dengan H. stesen kuala lumpur memegang kenangan aku dan H? ah tidak. berkali - kali aku singgah, sikit pun tak menggamit rindu. cuma penuh bau - bau kebencian pada saat hari terakhir aku ludah menanam benci.

aku tak boleh lupa. hari pertama kenal, aku dibawa berjumpa dengan emaknya. kami ke sana (rumah H) menaiki apa entah. aku lupa. kau bayangkan. hari pertama jumpa, emaknya sudah berbincang soal tunang. aku hanya mengiyekan dan tersenyum kerana akhirnya aku antara yang terpilih menyudahi umurku dengan bakal suami.

ah bodoh kali waktu itu.

aku tak bersedia ketika itu. aku cuma perempuan comot yang masih lagi belajar. tidak punya wang untuk menampung hidup hatta membeli barang keperluan hobi. wang aku cuma dari biasiswa kolej dan dari ayah. satu sem rm400. itulah duit yang aku lebur untuk sebuah perhubungan. berkali - kali.

rupanya, setelah berbual panjang; "makcik tak suka H bercinta dengan bekas makwe yang lama. sebab tu makcik minta H cari baru. mulakan hidup baru. makcik tak suka H kacau anak makcik.".

aku ingat ayat tu sampai mati. rupanya aku cuma pengganti melepas sepi. celaka. tapi kewarasan aku telah memadam rasa celaka tersebut. emak mana yang mahu anaknya dengan seseorang yang tidak disukai dalam jangka masa yang panjang kan?

selepas dari pertemuan tu, aku berkali - kali jumpa dengan dia. juga sering ke rumah emaknya.

aku bertahan dalam hubungan celaka selama setahun. aku biar dia patah - patahkan hati aku . aku biar dia pijak - pijak aku tanpa rasa jemu. aku biar dia bodoh - bodoh kan dan gunakan aku semahunya. masa ni aku bertahan dengan penuh rasa kebencian. semakin hari semakin tawar. semakin hari, aku dapat rasakan pelukan yang merantai dalam hubungan ini makin kuat dan makin menyakitkan.

beberapa hari selepas aku bercinta dengan dia, aku dah diuji. aku selalu fikir. duduk dalam satu hubungan yang sedang dalam 'kemiskinan', mungkin ujian tuhan untuk melihat kita samaada mampu bertahan atau pergi tinggalkan. aku dengan tanpa rasa wasangka memilih untuk masih menetap dan bertahan.

dia berhenti kerja atas permasalahan yang menimpa. isunya wang gaji tidak diberi mengikut tarikh dan tidak mencukupi. untuk membuktikan dia benar - benar menghadapi krisis dalam pekerjaan waktu itu, dia membawa aku ke tempat kerja. untuk aku jadi saksi bagi menjawab persoalan jika emaknya bertanya nanti.

ya benar. atau mungkin juga tidak. aku dan dia ke tempat kerja tanpa membuat apa - apa. ouh dia kerja kilang. berdekatan dengan rumah aku. demi tuhan, nasib baik aku tak pernah tunjuk dekat mana rumah aku. kalau tidak, mungkin dia akan melutut datang ke sini dan bermanis - manis muka dengan keluarga aku.

waktu itu waktu petang, waktu orang mahu pulang. ramai dan aku mula takut. terlalu ramai lelaki disana sini. dia membawa aku ke tempat kerja kononnya untuk menjumpai supervisor bagi urusan gaji. guess what? tidak ada supervisor. dia berhenti macam tu je. jadi selama beberapa minggu atau mungkin juga bulan, aku 'menanggung' keperluan ringkas biawak hidup.

aku pernah marah - marahkan dia "cari kerja cari kerja." berulang - ulang. sudahnya aku kena marah. salah aku kerana memaksa manusia yang memang pemalas. waktu itu alasannya "macammana nak cari kerja, telefon pun tak ada. macammana majikan nak telefon?"

aku baik. ya aku baik. aku jarang berkira dengan orang kalau orang tak berkira dengan aku. sebab aku telah meletakkan dia sebagai orang kepercayaan kerana dia manusia yang sedang duduk dalam lingkungan orang - orang penting. aku dengan senang hati, dengan rasa kebertanggungjawaban. aku pinjamkan telefon. telefon yang ayah belikan untuk aku. penuh kenangan.

flashback; telefon dia rosak sebab katanya kena baling dengan ex. puncanya; aku. ada gambar aku dekat wallpaper. ex dia begitu marah. siap cari aku difacebook dan sesedap rasa menghamburkan amarah. aku rasa aku tak layan sebab dari gaya, itu perempuan lorong. mana mungkin aku bergaduh dengan perempuan lorong untuk mendapatkan seorang biawak hidup. kah! celaka betul hidup aku bila diingat balik.

dengan telefon tu juga, diorang bermesraan! telefon tu perantaraan mereka guys. sakit betul hati aku masa ni.

--

H juga seorang lelaki bangang. why? dengan duit biasiswa aku, dia belanja keluarga dia. aku tak berkira. cuma cara dia memang. memang gampang. aku penat dari kolej datang rumah dia. sesedap rasa dia bawak aku balik; "mak, dia nak belanja burger. sapa nak?" aku masih terpinga - pinga. masih belum makan malam pun lagi. waktu tu maghrib sedang menutup langit. aku lapar. cuma mengisi perut dengan air kotak milo. sumpah aku ingat. tak mungkin aku lupa setiap kebodohan yang aku tumpahkan sepanjang dengan dia.

selain itu pernah juga, dia katakan rindu. bawak aku lepak dikedai mamak dan dia bawa dua orang kawan. boyfriend dan girlfriend katanya. sesedap rasa juga "korang dah berapa hari tak makan, makan la. pergi order. nanti aku bayar." dalam masa sama dia whatsapp aku; "nanti awak bayar kan ya. kawan saya dah berapa hari tak makan."

order lagi order.

selain itu. ada satu hari tu. aku pergi rumah dia lagi. aku betul - betul lapar. serious lapar. kali terkahir aku makan ialah pada waktu tengahari; nasi bujang. sesampainya aku dirumah, dia terus ajak aku pergi makan dekat kedai. aku tahu, aku lah yang akan mengeluarkan duit nanti. aku tanya; "emak tak masak ke?". ada je makanan weyh sebenarnya. tapi gatal nak habiskan duit orang. terkilan bila waktu di kedai, dia marah - marah aku. orang kiri kanan pandang. aku lapar. langsung tak sudi pelawa aku makan. makan sorang. itu kekejaman yang perlahan - layan mematikan hati.

aku laburkan duit aku untuk grab. ya semua aku cerita pasal duit. sebab tak berbaloi. aku tak berkira, aku tak suka mengungkit. tapi sebab dia selalu datang dalam hidup aku , mengganggu ketenteraman perjalan hidup aku. aku rasa aku perlu abadikan dia disini. supaya aku selalu tak pernah lupa apa yang pernah dia buat.

yang lainnya. dia dari shah alam datang ke kajang. nak ke hospital serdang. menunggu berjam lamanya (katanya). untuk pergi bersama - sama. yang menunggu berjam - jam tu aku syak dia menipu. sebab dia ada masalah sikit dengan 'menunggu'. selalu je "saya tunggu awak lama tau. kenapa awak tak sampai - sampai lagi." (wujud sejak hari pertama nak jumpa lagi).

dari ktm serdang, ke hospital serdang. dari hospital serdang ke puchong menaiki grab. ya aku bayar.  (rumah keluarganya). benda ni berulang jadi dalam tiga ke empat kali. kenapa memilih hospital serdang sedangkan dia boleh je pergi hospital shah alam? alasan; nak pergi sama - sama dengan aku.
k.

kenapa dia nak pergi hospital? sebab dia batuk berdarah. dari hari pertama dia mula menyakiti aku, dari hari itu aku selalu mengharapkan dia meninggal. ya sumpah. aku dah makin benci tengok dia. apetah lagi semua perkataan - perkataan yang keluar dari mulut dia. hatta benda baik sekalipun, aku cuma nampak buruk. benci aku mengatasi segala - gala.

flashback; sesampai nya di hospital serdang waktu malam. tak ada apa pun yang dibuat. cuma meninjau keadaan hospital dan mengira bilangan pesakit yang datang. kemudian pulang tak berisi apa - apa. ini lah punca aku marah. buang - buang waktu aku tanpa jemu. alasan; ramai sangat lah orang. takut lambat. wtf anjinggg. kau yang buat pilihan nak datang hospital. kau yang pilih nak jauh. kau yang nak. tapi kau sia - siakan je kehadiran kau dekat situ.

flashback; dia lapar. dia order air kotak susu. aku belikan dia satu. aku kecil hati sebab dia buang air susu tu. katanya tak sedap la. dia nak susu full cream bukan susu low fat. :'( aku nangis guys. dia buang air tu depan aku. ya allah, susahnya nak jaga biawak sekor ni.

dalam pada dia tak bekerja, dia masih ajak aku keluar. ya guys. aku 'topap' dia everything. alasan; rindu. entah.

ada satu hari tu, dia call aku. "awak urgent. boleh datang kl tak? sekarang." kebetulan aku tak ada kelas petang. aku tanya kenapa. dia kata datang jela urgent ni. aku pun datang la naik motor. masa ni aku rasa kepala aku nak pecah sebab kemarahan aku dah paras nak meletup.

dia suruh aku datang area pasar seni. siap order suruh park dekat sini lah situ lah. aku jumpa dia.

aku tanya sekali lagi apa yang urgent? dia ambil motor dan helmet aku. "awak tunggu sini." dia tinggalkan aku sorang dekat bawah jambatan yang dekat dengan parking motor (berdekatan dengan laluan nak pergi ktm stesen kuala lumpur). lama. aku tak tahu kemana dia pergi.

dia datang bawa helmet lagi satu. dia bawak aku. aku tanya lagi sekali. "apa yang urgent? nak pergi mana ni?". "balik rumah mak saya. saya malas nak naik bas." nangis esak - esak aku atas motor sebab aku rasa marah sangat! rasa sakit. tak tahu kenapa. nampak kecil kan? tapi aku jadi marah sebab aku memang dah tak suka apa je yang dia buat dekat aku.

aku datang dari jauh semata - mata nak tolong 'urgent' kau tu. rupanya kau nak pergunakan aku. tanpa rasa bersalah. tanpa rasa apa - apa langsung. ada banyak hal yang menyakitkan hati.

lagi ape eh.

H call waktu itu jam 8pagi. aku sedang menunggu untuk masu kelas; "awak boleh ambil saya esok pagi tak?" aku cakap tak boleh esok kelas. dia membebel dan marah - marah. aku dengar H cakap dekat emaknya; "mak, tengok miza ni taknak tolong" (dengan nada marah). telefon beralih ke emaknya. emaknya cakap benda sama. aku jelaskan yang aku tak boleh tolong sebab esok ada kelas. emaknya okay je.

tahu kenapa ? sebab dia kena lapor diri dekat balai di kl. aku ditugaskan untuk menjemput dia di puchong dan hantar dia ke kl. kenapa aku taknak? sebab kelas mula jam 8pagi. pukul berapa aku nak kena jemput dia? dari kajang ke puchong, dari puchong ke kl, dari kl ke kajang semula? wtf. sikit pun tak ada rasa simpati dekat aku yang perempuan ni. (sebab tu aku tak suka bila lelaki baru kenal minta tolong aku benda macam ni. aku akan fikir aku akan digunakan. walhal dia benar - benar perlukan pertolongan. entahla).


Tak Pernah Meminta

waktu aku bagi dia pinjam telefon, waktu inilah dia bermesej - mesej dengan ex dia. katanya dah lama bercinta. putus sebab emak tak suka. okay then. 

diam - diam kantoi. aku tak sakit hati kalau diorang bersayang berbabi babi. yang menyakitkan hati ialah bila; dua benda dia buat dekat perempuan tu. nampak remeh, tapi besar untuk aku. bungkuskan makanan tengahari dan hadiah kan baju. 

berjanji nak jumpa dekat kawasan rumah berdekat dengan jejantas. aku tahu jejantas tu. tapi aku bukan jenis nak serang. aku pun tak kuasa nak gaduh sebab berebut seekor biawak. aku cuma bergaduh dengan dia. kau tahu apa alasan dia? "dia selalu tolong saya. baju tu murah je. nasi tu saya belikan sebab dia lapar."

k fine. 

sekalipun harga baju tu seringgit. sekali pun nasi yang dibungkus cuma nasi bujang rm3. aku kira! kenapa? sebab dengan aku, tak pernah dia bagi apa - apa. aku ni orangnya menyimpan kenangan. sekalipun kau cuma hadiahkan aku sebungkus choki - choki. aku akan ingat sampai mati. aku akan simpan plastik tu dalam diari aku. 

aku tak pernah pun minta orang bagi aku apa - apa. cuma kenapa dengan aku tak pernah, tapi dengan orang mudah - mudah? aku ni apa. sampah? ouh lupa. aku pelepas sepi cuma. 

bila kebencian aku meluap - luap sampai dengar suara pun aku tak boleh. aku minta balik telefon aku. sebab telefon tu tak digunakan atas tujuan asal pun. kerja pun masih tak dapat. berkali - kali aku minta. ya telefon murah. nokia c3, warna purple. hasil duit raya dan duit ayah separuh. :'(

berkali - kali juga jawapannya; "nanti."

aku siap telefon emak dia untuk menuntut semula telefon. "maaf. H kata telefon tu tertinggal dekat loker tempat kerja", dan bermacam - macam lagi alasan untuk meng cover anaknya yang tak guna. yang sebenarnya telefon tu memang dah tak ada. 

sebab dah terlalu lama aku biarkan diri aku 'diikat' dengan dia, aku keluar. punya marah dia dekat aku. sebab aku minta putus cuma dalam telefon (mesej). dia call aku banyak kali. bermacam - macam mesej ugutan aku terima. aku angkat call; bermacam makian dia hambur. aku sabar. 

ugutan paling sakit aku pernah dapat? bunuh, culik, rogol. aku percaya. ya mesti aku percaya. sebab aku kan pernah ikut dia pergi stesen kuala lumpur tu. tapi dia tinggal aku dekat bangku menunggu. dan dia hilang. kenapa percaya? sebab dia bekas banduan. sebab dia pernah pergi ke satu tempat menuntut wang; aku tak boleh ikut dekat. 

aku tak pernah salahkan dia kalau dia bekas banduan yang berubah. tapi tengoklah macammana dia layan aku. 

sudahnya setelah mendapat khidmat nasihat dari kawan - kawan, aku buat laporan polis ditemani kawan kolej. selesai. 

dia spam call aku. marah - marah. kalau emaknya mati kena serangan jantung atas sebab terkejut ada polis call ke rumah, aku akan dipersalahkan dan tak akan dimaafkan sampai bila - bila. ya aku heran sangat lah kononnya -_-

tak berhenti disitu. aku masih diganggu, hingga ke hari ini. ya aku tak pernah menukar telefon. aku tak pernah buat akaun media sosial baru semata - mata sebab dia. buang masa. 

Hari Terakhir

kali terakhir aku jumpa dia kononnya untuk ambil semula telefon di stesen kuala lumpur sekali lagi. aku ingat dia benaran berubah, ternyata salah. dia tak mungkin. masih lagi suka bercakap dengan nada yang cukup rendah konon - konon berubah. masih lagi menghalang - halang aku untuk pulang; melambatkan waktu. 

tak ada telefon yang dibawa. cuma keadaan wajah yang makin dibenci. aku marah - marah sepanjang jalan. orang lalu lalang hanya melihat aku. aku dah tak peduli. dunia perlu tahu, aku sedang berbicara dengan seekor biawak bodoh yang celaka yang hidupnya hanya bergembira dengan kebergantungan atas perempuan. 

sakit sangat. 

tak ada telefon yang dibawa. dalam perbualan cuma janji palsu (itu belum lagi cerita pasal dia menunggu aku lama). aku dan H duduk di satu sudut tertutup. bercerita panjang. bukan aku, tapi dia. tentang kenangan - kenangan kita. tentang penyesalan yang kononnya ada airmata tumpah saat 'berjumpa; tuhan. rasa kesal yang tak berbagi kononnya. tentang masa depan. 

aku hanya diam dan mendengar. aku tahu itu dusta belaka. tak pernah betul. 

aku tak sabar mahu pulang. mahu bersegera jauh dari si celaka. 

flashback; katanya dia sudah menunggu aku lama. aku kata sabtu. dia kata janji jumaat bukan sabtu. tak pernah aku keluar kl hari biasa. sebab kan 'kesian', aku datang. janjinya pertemuan ini akan berlangsung di mid valley. alih - alih ditukar sesuka hati atas alasan 'penat menunggu' aku di sana. ya tempat kesukaan dia; stesen kuala lumpur.

okay kembali. dia paksa - paksa aku teman dia makan. aku dah benci tengok dia. sebab dia buat perangai, aku turutkan juga untuk teman. aku tak makan apa - apa. aku taknak duit dia jadi makanan yang hidup dalam diri aku. aku benci. 

waktu nak balik tu macam biasa, dia menghalang aku untuk pulang awal. alasannya; "saya tak pernah buat benda baik sama - sama dengan awak. jom kita solat sama - sama dekat masjid nak tak?"

masa ni tuhan je tahu, betapa semua yang keluar dari mulut H, perkataan perkataan yang disusun indah itu kelihatan sampah. aku sampai di stesen kuala lumpur saat azan asar. jadi asar kau kemana tadi? solat halimunan? aku jumpa H hari jumaat. katanya dah lama menunggu aku di Mid Valley. jadi solat jumaat kau dimana? dalam fikiran sahaja? sekarang mahu sembang pasal nak maghrib? 

cukup - cukup lah aku percaya dulu. 

sebab aku tak tahan sangat, aku lari naik eskeletor. dia tarik tangan aku, kuat juga. kalau jatuh tu mati sia - sia je. siap ugut nak ikut aku.  siap nak beli tiket. saiko habis weyh. takut~

akhirnya aku dapat pulang. dengan beban yang makin memberat. 

--

beberapa bulan kemudian, intan call aku. suruh aku datang ke rumah ambil telefon. aku pelik. aku tak pernah tertinggal apa - apa. rupanya H telah membeli telefon baru untuk menggantikan telefon aku yang pernah hilang dulu. tapi aku tak nak. aku cuma nak telefon aku kembali.

sudahnya aku kata pada intan, ambillah telefon tu aku taknak. lagipun selama aku tinggal di rumah H, intan selalu guna telefon aku untuk online. hmm.


Masih Mencari

tahun 2020. aku ingat dia akan berhenti cari aku. rupanya tidak. dia masih berusaha. aku sikit pun tak hargai usaha dia. aku suka orang cari aku , tapi bukan dia. 

2016 sampai sekarang, dia tak berhenti contact aku. dekat media sosial dan beberapa nombor telefon. waktu pertama kali aku dicari, sumpah dengar suara pun aku menangis. tangan mengigil sejuk. aku takut dengan orang macam dia. aku paranoid gile babi. pernah sekali tu, aku nak beli pisang goreng. terlihat dari belakang macam susuk H. berdebar berderau segala macam perasaan. sampai depan kedai aku macam kebelakang. aku takut. bila aku dekat kan diri, tengok bukan dia. lega.

setiap kali ada nombor yang tak dikenali whatsapp aku, aku akan suruh introduce diri dan bagitahu dekat mana kenal aku. sebab aku banyak padam nombor telefon. 

antara intro bodoh - bodoh yang masih aku ingat. H kenalkan dirinya sebagai hamzah. baru kenal terus dia pancing aku ajak jumpa (mintak tolong). sebab motor rosak. nak mintak aku tunjukkan jalan ke bank negara katanya. 

baru - baru ni, dia kata dia kawan lama aku. siap hantar gambar. waktu kurus dan waktu berisi. ada tiga keping semuanya. gambar kedua dan ketiga relate. gambar pertama macam tak relate langsung. tak sama. aku desak - desak suruh voice suruh video call, suruh hantar gambar selfie yang sekarang. 

tahu apa jawapan dia? "awak tolong faham kejap boleh tak? saya tengah sakit kepala ni." bila dia cakap je ayat tu, terus aku marah - marah. naluri aku tentang H jarang lah salah. H ni ada beberapa perkataan yang cuma dia je sebut, dan ada beberapa gaya menunjukkan itu dia. 

aku cakap lagi sekali; "ni haikal kan?"

kau tahu apa dia reply? "haiqal mana?", tapi dia delete dan taip semula sebagai haikal. dia fikir aku tak sempat baca. saja aku eja salah sebab nak pancing. rupanya dia termakan umpan. 

jam jam tu juga aku suruh dia voice. dia kata boleh tapi ada syarat. 

tapi taktahu apa benda. sebab jam jam tu juga dia call aku dan aku angkat. sah! suara H. suara paling aku benci di alam semesta tiada tandingannya. aku bagi dia peluang untuk cakap apa dia nak. sebab sebelum ni memang aku potong semua cakap dia dengan makian tanpa henti. kali ni ada peluang untuk dengar apa dia nak jelaskan. 

ya ya macam biasa. tentang penyesalan dan tentang masa depan kita (yang dah tak akan ada makna). aku tanya dia kenapa masih cari aku? kan sia - sia sebab aku benci dia sampai mati. kata H emaknya yang suruh cari aku dan minta maaf dengan aku. suruh mula semula hidup baru.

dia cari aku sebab nak tunaikan janji dulu. nak bahagiakan aku. wtf. sedangkan aku tak pernah tuntut apa - apa janji. aku tak nak. 

ah tak mungkin. 

aku serik. 

H kata dia dah penat beli nombor baru untuk call aku. sebab aku manjang block nombor dia. ya ya ingat aku kisahkan dia ke? lepas dah habis call, sempat la mesej dua tiga kali dan block kali yang entah keberapa. aku muak orang macam dia. 

--

aku sebenarnya okay kalau nak berbaik dengan ex. yang penting bukan dia. tu je. 


Penat

H

tak mungkin aku perlu memberi peluang yang entah berkali kali. aku penat. aku memang tak pernah sebut "eh babe, ini peluang untuk awak. jadi sila berubah.". setahun itulah peluang yang aku tunggu untuk dia berubah. tapi tak pernah. 

aku penat. 

sampai ke hari ini. aku paranoid dengan satu hubungan baru. takut nak memulakan semula. aku takut nak kenal orang. aku punya tahap paranoid, sampai orang berubah sikit pun. aku nangis. aku sedih. walaupun cuma cara tulis mesej. sebab tu aku banyak gaduh sebab aku suka isukan benda kecil je; cara tulis mesej contohnya. bila gaduh akan jauh. bila jauh rasa selamat sikit. bila dah baik, akan berdekat semula. dan sekali lagi aku akan dibayang rasa takut. entah. 

takut yang tak bertempat. aku sampai rasa aku boleh je nak bercinta dengan sesiapa. tapi sekadar cinta monyet. dalam masa yang sama aku nakkan satu hubungan serious tapi takut. sebab aku tak boleh kawal takut aku, aku tak boleh kawal diri aku dari berfikir yang tidak - tidak tentang orang. aku juga takut nak kenalkan kawan lelaki atau kawan istimewa (lelaki) kepada keluarga. aku takut tak jadi. aku takut macam - macam. sebab aku bukan nak serious. aku boleh nak main - main. tapi bila nak serious aku takut nak mulakan. 

aku sangat takutkan perpisahan. aku sangat takutkan kejauhan. walaupun dengan kawan sendiri. jadi bila bercinta, aku rasa aku terlalu complicated. dalam masa sama aku tak tahu macammana nak bercinta. macammana  nak react. aku tak tahu. bila duduk dalam satu hubungan, aku selalu tengok orang dan tanya diri sendiri. macam ni ke kalau bercinta. macam ni ke kalau keluar. 

aku tak tahu lah. entah. susah jadi aku.
H
kepercayaan telah kabut
kau luntur
dengan rasa sakit
jangan datang
ulang - ulang
membelah hati
berkali - kali
aku cuma penat dengan satu hubungan baru. 


Post a Comment

1 Comments

  1. Gerammnyaaa Pasal H tu..sama.macam saya..Pasal H jugak..Tapi H lain...Dan memang lebih kurang cam H yang awak story ni..Adoi..sakit takleh bincang lah... Menyampah..mmg rasa tlg la jgn dtg balik..walaupun dia bgtau dia Ada Kat Mana semua...sy siap screenshot segala makian dia bila dia dah Kantoi ngn org lain..dahla mntk duit Kita untuk dorg enjoy2.. walaupun sikit... Hmmm.. bengang betul lah..tapi H sy kenalan ni dah xde mak.. hmmm..mmg sakit Hari bila diingat balik..fobiaaaa dah skrg...mmg takut haihhhh!

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.