Tarikan Baru di Pulau Pangkor

Tarikan Baru di Pulau Pangkor

untuk kali pertama sepanjang dua puluh lima tahun, aku datang ke Pulau Pangkor untuk melihat penyu. selalu datang sini untuk bercuti dan membeli belah semata - mata. tak pernah pun terfikir nak tengok penyu bertelur sebagai salah satu tempat lawatan jika datang ke Pulau Pangkor. 

masa kak Paris kata nak melawat tempat penyu bertelur, aku dah fikir. ah ni bosan. sebab selama ni melawat penyu macam google je lagi baik. susah - susah je nak datang tengok. sebab orang yang bagi information pasal penyu pun macam sekadar bercakap sepatah dua kata. ah gitu. 

Pusat Konservasi Penyu di Teluk Ketapang

Tarikan Baru di Pulau Pangkor

tapi lawatan kali ni memang best. engkorang tahu kenapa? Encik Rasli ni orang tanya satu soalan, dia bagi jawapan dengan penerangan yang cukup jelas sekali extra dengan info tambahan yang kau tak kan tanya dan tak terfikir. lepastu pula cara Encik Rasli ni dia senyum je. jadi orang memang tertarik nak dengar cerita. dia juga seorang yang sangat bersemangat bila ditanya tentang penyu.
konservasi atau definisi penuhnya mengikut dewan bahasa ialah pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi ke­rosakan. 
Tarikan Baru di Pulau Pangkor
tag penyu dipegang oleh Encik Rasli

apa yang menariknya di pusat konservasi penyu pulau ketapang ni ialah, pemeliharaannya dilakukan secara semula jadi. telur - telur penyu yang hidup akan bersaiz besar lebih dari biasa. oh ya, pernah tak tengok tag yang dipasang pada lembu? rupanya penyu juga ada tag mereka. 


Tarikan Baru di Pulau Pangkor

bagaimana tag penyu dilabel? tengok penyu yang dipegang Encik Rasli. kaki penyu akan dilebarkan seperti dalam gambar dan garisan pada kaki akan dikira mulai garisan yang keempat. tag itu adalah bukti bahawa penyu akan datang semula untuk bertelur dalam jangkamasa 2 tahun akan datang (selepas disemak garisannya - kira macam label dia lah). 

Pembesaran Penyu secara Semulajadi

Tarikan Baru di Pulau Pangkor

seperti yang diberitahu Encik Rasli. kebanyakkan pusat pemeliharaan penyu menggunakan pallet sebagai makanan. tumbesaran penyu mungkin menjadi yang tidak sepatutnya. disini, penyu - penyu ini hanya makan ikan kembung segar. kata Encik Rasli, isi perut ikan itu adalah protein yang sangat baik untuk penyu membesar.

Fakta Penyu
  • umur matang seekor penyu ialah 25tahun
  • persenyawaan seekor penyu betina memerlukan 4 ekor penyu jantan
  • luas pendaratan penyu 400 meter
  • proses bertelur sehingga 3 jam
  • penetasan telur betina mengambil masa 48 hari
  • penetasan telur jantan mengambil masa 60 hari

Tarikan Baru di Pulau Pangkor
penerangan tentang pendaratan penyu

kami dibawa ke tempat penyu mendarat kebetulan pada hari yang sama ada penyu yang singgah untuk kami semua tengok laluan penyu bertelur.

Tarikan Baru di Pulau Pangkor
pendaratan penyu

Tarikan Baru di Pulau Pangkor
penyu berusia 3tahun
datang sini memang tak sesia langsung. diorang semua berpeluang pegang penyu. aku? ha takut weyh. dah naik bulu roma kat tengkuk. hahahha. sumpah takut. 

kalau datang Pulau Pangkor singgah sini. 15minit yang engkorang bayangkan boleh jadi 1jam. Encik Rasli yang berumur 54tahun sangat meminati penyu. sebab tu dia jaga penyu dengan bersungguh - sungguh. dia banyak habiskan masa dengan penyu - penyu dekat sini. untuk info lanjut boleh rujuk maklumat dibawah.


Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Teluk Ketapang
Encik Rasli Ibrahim
Hubungi: 017 5919137

Post a Comment

1 Comments

  1. Menaerik nanti boleh try pi. Dulu pernah pi masa traning nkak jadi kakak fesi ja

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.