Trip ke Hatyai 2 Malam

Trip ke Hatyai 2 Malam

ikutkan kite punya agenda nak ke da nang, vietnam. eh ape entah, lupa. masa tu 13haribulan hari isnin, akid whatsapp "weekend ni ada apa - apa plan ke?" aku jawab jelah tak ada, dan esok aku nak buat passport. kebetulan aku ambil cuti esoknya untuk selesaikan beberapa hal selain buat passport. masa tengah sunyi makan mekdi menghadap dinding, aku whatsapp akid. aku bagitahu passport aku dah settle. 

masa tu juga akid ajak aku jumpa. HAHAHAHA. kitorang lepak dekat nu sentral sambil menikmati kopi vietnam. kononnya nak berbincang berkenaan trip hujung minggu. sudahnya, memang tiket flight semua mahal. ini rancangan percutian mengejut. tidak ada simpanan, tidak fikir apa - apa. cuma dalam kepala otak hari minggu tak nak ada dekat malaysia. eh! 

Hatyai, Thailand

Trip ke Hatyai 2 Malam

akhirnya setelah pulang ke rumah dengan baki kopi yang ditinggalkan diatas meja, kesepakatan telah menjumpai titik noktah. hari minggu aku akan dihabiskan di hatyai! hatyai adalah lokasi trip bff yang dicadangkan tasya tempoh hari. nasib lah. 

Internet diluar Negara

Trip ke Hatyai 2 Malam

sebelum ke luar negara, perkara yang paling dibimbangkan ialah internet! kalau boleh nak ada internet 24jam tanpa henti. setelah google segala bagai, antara penyelamat dinegara orang ialah pocket wifi, data roaming, sim global, dan kad sim luar negara. yang lain aku tak tahu. jadi akid yang menguruskan urusan sim sebab aku tak berapa tahu hal ini. 

jadi akid beli sim tunetalk. sampainya kami disana, akid mengalami masalah teknikal. telefonnya tidak berfungsi langsung untuk mengakses internet. telefon aku pula, okay je. cuma whatsapp agak perlahan.

Trip ke Hatyai 2 Malam
sumber: googe

sesampai kami di stesen keretapi hatyai, kami membeli sim baru yang lebih efektif dan padu. sim dtac, harganya sekitar 190 bath sahaja. boleh dijumpai berdekatan dengan stesen keretapi (mall depan stesen). dah tak payah pening - pening lagi. lega! walaupun duit terbang. aku masih lagi tolak campur nak hafal duit yang tinggal. hahahha.

Itinerary Hatyai 3 Hari 2 Malam

Trip ke Hatyai 2 Malam

ini itinerary ringkas yang aku siapkan sepanjang trip ke sana. rasanya ada banyak juga tempat tak sempat singgah.  betul - betul tak ada masa nak kejar semua. mujur akid berpengalaman travel solo. jadi dia lebih tahu bagaimana cara untuk ke sana sini dengan mudah.

ini merupakan kali pertama aku ke luar malaysia. ini juga kali pertama aku travel berdua sejauh ini. entah. aku pun tak tahu apa aku fikir. mungkin sebab aku rasa selamat dengan akid kot, walaupun sepanjang duduk dalam keretapi fikiran aku jauh melayang tentang nasib aku jika dijual disini atau tak boleh pulang ke malaysia semula. hahaha.


Hari Pertama

Trip ke Hatyai 2 Malam

KL sentral ke stesen padang besar
tiket ets gold : rm76
tiket ets platinum : rm102
jangkamasa : 5jam
bertolak : 7.15 am
duduk dalam keretapi lama - lama buat ape? kami sama - sama buat carian tempat menarik untuk dilawati. perjalanan yang panjang. tak boleh tidur, tak boleh pejam mata. semua tak boleh. awal pagi tu eksited beli kopi sebab nak acah - acah travel. kakak stranger siap tolong pegangkan bungkusan kopi untuk menjayakan sesi bergambar tepi tingkap bersama kopi. orang malaysia memang suportive.

Trip ke Hatyai 2 Malam
bekal dari ibu akid

dalam keretapi memang ada kafe. cumanya, makanan yang korang tengok dalam gambar tu bukan dari kafe. kami bawa masuk dari luar. aku tak pasti kalau makanan luar dibenarkan atau tidak untuk masuk ke dalam keretapi. sewaktu melepasi guard untuk turun ke bawah, aku rasa dia notis je aku pegang beg berisi makanan yang penuh. ini bekalan dari ibu akid. bangun seawal jam 5pagi untuk membekalkan makanan kepada kami,  supaya tak kelaparan sepanjang menempuh perjalanan. terima kasih ibu akid <3

kami berbual mesra sementara menunggu jam berlalu pergi. kadang bosan kami diam melayan perasaan masing - masing. kami tiba di stesen padang besar lebih kurang jam 12/1 petang. hanya kerana mahu pengalaman sensasi ke hatyai menaiki keretapi lama dengan tingkap terbuka, kami membuang - buang waktu sehingga jam 3petang. agaknya kalau naik ets sampai padang besar jam 3 atau 4 pun masih sempat nak naik keretapi dengan tingkap terbuka ni. hahahha.

Trip ke Hatyai 2 Malam

untuk ke hatyai menaiki keretapi dengan tingkap terbuka, kalian harus membeli tiket terlebih dahulu. seperti yang kalian lihat, kaunter tiket akan dibuka jam 2.30 petang. hakikatnya, kaunter dibuka pada jam 3petang ya. tiket ke hatyai bernilai rm8. selepas membeli tiket, polis bantuan memberi arahan untuk mengambil borang putih. kemudian urusan imigresen berjalan seperti biasa barulah kami dan yang lain menaiki keretapi.

Trip ke Hatyai 2 Malam

Trip ke Hatyai 2 Malam

perjalanan mengambil masa 1jam. begitulah sehingga tiba di stesen keretapi hatyai, tempat pertama  yang dituju ialah kedai telefon untuk membeli sim baru. kami menginap di bhava residence selama 3hari 2malam termasuk sarapan pagi. jarak dari stesen keretapi ke tempat penginapan agak jauh. jadi kami memilih untuk menaik grab 100bath.

selepas meletakkan bag masing - masing, kami keluar semula untuk memulakan langkah pertama. tempat pertama kami agak jauh dari lokasi penginapan. akid cuba beramah mesra dengan kakak cantik yang menjaga kaunter kalau - kalau ada driver murah - murah. dari carian grab, perjalanan kami ke point a, b dan c mencecah sehingga 1000++bath juga. akhirnya pihak hotel menelefon seorang driver tuk tuk. kiranya kami menaiki tuk tuk peribadi.

Steinless Steel Temple

Trip ke Hatyai 2 Malam

tempat pertama kami ialah stenless steel temple yang terletak di atas bukit nun jauh. kiri kanan hutan gelap tak bernyawa. seram boh. hahaa. 

Trip ke Hatyai 2 Malam
hasil gambar
inilah hasil gambar diatas sana. aku duduk atas ni memang istighfar je ingat tuhan. aku takut  hati aku terikut 'ngaji' sekali yang dibaca oleh sami. yang ni kelakar. aku tak tahu berbaloi ke tak. bagi aku pelancong yang datang sini bagi kali pertama, elok lah datang singgah. duduk atas ni angin kuat. best! cuma 'lagu' dia kacau jiwa sikit. aku rasa budak kecik tak payah naik kot. 

Floating Market 

Trip ke Hatyai 2 Malam
pemandangan dari atas dan bawah floating market hatyai
bukan ni je makanan yang ada, belah atas pun ada gerai lain yang menjual pelbagai makanan. 

Trip ke Hatyai 2 Malam
meriah kau. macam open table.padahal open sampan

datang thailand aku masih makan tomyam sebab fevret. harga bagi tomyam kung adalah 40bath dan kami minum air kelapa 25bath. 

Trip ke Hatyai 2 Malam
tomyam kung
perjalanan dari bhava residence ke steinless steel temple ke floating market ke bhava residence semula dengan menaiki tuk tuk peribadi ialah 700bath. kalau naik lagi 2 3 orang mungkin lebih berbaloi. naik berdua macam agak mahal. logiknya, perjalanan kami dari hotel ke point a dan b kemudian kembali semula ke hotel adalah sejauh 35kilometer. okay lah kot harga tu. 

sebelum tiba di hotel, sempat singgah 7 eleven. aku hampir hampir rambang mata dengan barangan yang dijual di dalamnya. jakun sekejap. 



Hari Kedua 

Trip ke Hatyai 2 Malam
sarapan pagi untuk hari kedua

hari kedua kami akan menjadi lebih lama diluar. ada banyak tempat yang mahu dijejak. entah sempat entah tidak. kami berjalan kaki ke stesen bas hatyai yang berjarak 2kilometer sahaja dari tempat penginapan. eksesais sikit selepas bersarapan ya. semoga turun la dua ke tiga kilo. 

hari kedua kami disini akan banyak dihabiskan di songkhla. kami memilih pengangkutan van dengan 34bath sahaja sejauh 30kilometer. 


Samila Beach

samila beach adalah pantai yang terkenal dengan patung duyung yang terletak di gigi pantai. dah sampai sini mesti lah bergambar dekat situ kan? sebelum ke sana, aku mesti kena ada gambar lompat satu. hahahha. dah lama tak main lompat - lompat ni. jadi ini hasilnya ya. 

Trip ke Hatyai 2 Malam

masa ni baru pukul 10pagi. jadi kami bersiar - siar sekitar pantai untuk meninjau keadaan sekeliling. ada beberapa gerai yang menjual makanan ringan seperti aiskrim untuk dimakan sepanjang lepak dipantai. ada juga yang menunggang kuda. ada juga yang berbaring manje di atas rumput sambil berkelah makan angin. 

Trip ke Hatyai 2 Malam
samila beach golden mermaid statue

tak banyak yang kami buat disini. sekadar menjadi pemerhati dan menikmati angin pagi yang deras menampar pipi. lama juga kami duduk memandang pantai. aku duduk sambil melepas keluhan - keluhan kecil biar terbang dibawa angin thailand, supaya tidak ikut aku pulang.


Tangkuan Hill 

destinasi seterusnya ialah tangkuan hill yang hanya berjarak 700meter sahaja dari pantai. kami memilih untuk berjalan kaki ke sana. tiket untuk naik ke atas ialah 30bath. lif untuk naik ke atas seakan mengenang perjalanan naik ke bukit bendera . eh. 

atas ni banyak monyet. berhati - hati ya kalian. 

Trip ke Hatyai 2 Malam

dari atas tangkuan hill, kalian boleh melihat bandar songkhla dan laut yang terhampar luas. angin deras. duduk atas ni aku sekali lagi mengenang kenangan yang masih berpaut tak mahu pergi. berat betul rasa. kalau duduk sorang - sorang  mesti nangis. kah! 


Nakornnaijai by Sasatorn Coffee at Songkhla

Trip ke Hatyai 2 Malam

selesai mengambil angin di daerah tangkuan hill, kami turun dan menaiki grab dengan bayaran 90bath ke bandar songkhla. akid mahu memburu kafe hipstur. ha gituu. jadi kami melalui bandar tanpa arah tujuan sehinggalah bertemu dengan beberapa kafe yang dirasakan menarik. 

aku suka reka hiasan di luar kedai. tapi maaf, aku tidak pula menangkap gambar. aku lebih mahu mengejar kopi. kami memesan latte dan cappuccino. setiap satunya 70bath. tiba - tiba aku menyesal kerana tidak membawa pengecas telefon. plug terhidang didepan mata. aduh. bateri pula hampir mati. perjalanan masih jauh. mujur akid membawa penyelamat! dan aku selamat. kami meninggalkan kafe seraya melihat bateri semakin bertambah.  


Cafe Der See Nakornnok

akid lapar. kami singgah disini. menikmati nasi nasi ayam beharga 70bath sambil melihat pemandangan laut. sekejap sahaja kami disini. sekadar singgah. kemudian pergi.

Trip ke Hatyai 2 Malam


Heart Made Coffee And Eatery Songkhla

Trip ke Hatyai 2 Malam

destinasi seterusnya masih lagi sebuah kafe. terletak berhampiran antara satu sama lain. kami memesan mint coffee dengan harga 80bath. ini antara kopi yang enak berbanding kopi lain sebelumnya. aku beruntung kali untuk carian yang terakhir kami menemui apa yang kami cari. jam sudah mahu menginjak 2. kami bergegas mencari van semula di perhentian bas songkhla untuk pulang kembali ke hatyai. bayaran dikenakan adalah sebanyak 35bath

aku masih belum makan sedari tadi. kami sempat singgah central festival hatyai untuk membeli makan. bukan di dalam mall ya, tapi diluar. boleh rujuk instagram aku untuk tengok story. eh promote instagram. okay bye. 

aku beli tomyam sekali lagi. 1 set tomyam bersama nasi cuma 60bath. tomyam ni, kena hirup dengan perlahan atau kau akan tersedak pedas. berhati - hati ya.

Trip ke Hatyai 2 Malam


Greenway Night Market dan Asean Night Bazaar

Trip ke Hatyai 2 Malam

jarak antara keduanya hanya 500meter sahaja. dari tempat penginapan, greenway memenangi jarak paling jauh. jadi kami memilih untuk ke greenway terlebih dahulu sebelum ke asean market. di kedua - duanya ada tempat makan. 

kalau kau tanya aku, aku lebih suka jualan makanan di greenway. lebih bersih, lebih cantik. lebih kemas, lebih teratur. untuk jualan barangan pula aku lebih memilih keduanya. ,dua - dua ada barangan pilihan yang kau suka. cuma ongkosnya harus tinggi ya. hahaha.

aku membeli belah cuma di asean night market. sesuai dengan nilai ongkos yang tinggal di saku seluar. t shirt beberapa helai dan beberapa ketul keychain untuk dibawa pulang. ole ole cliche.

Trip ke Hatyai 2 Malam

setelah puas menghabiskan wang, kami pulang. aku tidur lewat, entah tidak mengantuk kali. susah benar mahu lelap. 


Hari Ketiga

Trip ke Hatyai 2 Malam

seawal 7pagi kami berdua sudah duduk dibawah menunggu sarapan dihidang. kenapa masa aku taip ni, aku rasa menyesal tak habiskan makanan yang dihidang. ruginya T_T

hari terakhir disini memang kami bersiap awal kerana sudah mahu pulang. destinasi yang mahu dituju agak jauh dari lokasi penginapan. kami memilih untuk menaiki grab dengan bayaran 330bath termasuk ke destinasi yang kedua. 


Mosque Centre Hatyai 

Trip ke Hatyai 2 Malam
mosque centre hatyai

bagi kalian yang singgah di masjid ini, kalian harus tahu ya. tidak ada tuk tuk. harus menggunakan grab kali. disini tidak ada yang menunggu. jika ada pun, mungkin van yang membawa penumpang dibawah travel agensi. entah. walaupun matahari agak memancar, kami tetap tak putus asa menangkap gambar kerana mahu kelihatan ala taj mahal. 

Trip ke Hatyai 2 Malam

sekitar sini memang tidak ada apa - apa pun. cuma masjid yang menjadi tarikan. selepas berhempas pulas untuk gambar, kami ke kimyong market. di sini ada pelbagai kekacang yang dijual. bagi mereka yang suka makan kacang boleh singgah ya. ada pasar pagi dan jualan di dalam lot kedai. ada macam - macam. 

sebelum beli semak sakunya ya. seperti aku! hahahha.


The Containers Cafe

Trip ke Hatyai 2 Malam

kami ke sini dengan bantuan google sahaja. di sini kami memesan karamel latte. aku akhirnya sudah buat keputusan. diantara semua kafe yang aku jejak, hanya satu yang paling best! di heart made coffee. 

Trip ke Hatyai 2 Malam

lama kami lepak menghabiskan masa disini. kami pulang sekitar jam 11pagi menuju ke tempat penginapan. mahu berkemas pulang. kembali ke tanah air. eh macam jauh sangat aku pergi. halah - halah.


Pulang Semula

Trip ke Hatyai 2 Malam

hari ketiga tiba - tiba rasa down bila tengok tangga jejantas yang menjulang. rasa macam hiking ditengah kotaraya. betul - betul rasa nak terkebelakang. dengan rasa nak terjatuh di tengah - tengah jalan dari atas. ketakutan yang sukar dibendung bila berada di ketinggian. aduh. 

sebelum menuju ke perhentian bas, kami sempat singgah di central festival hatyai untuk makan tengahari. sempat juga aku merasa ais krim dairy queen, boleh tahan enak. 

Trip ke Hatyai 2 Malam
menu makan tengahari di central festival hatyai

kami ke stesen padang besar dengan menaiki van. tambang bagi perjalanan kami ialah 50bath seorang. perjalanan mengambil masa 1jam. oh ya, lupa. dari tempat semak passport untuk ke stesen padang besar, kalian boleh memilih samaada mahu berjalan kaki atau menaiki motor. aku dan akid memilih untuk menaiki motor dengan bayaran rm7. elok kalau bayar dalam bath. tapi wang disaku sudah tidak ada lagi. hahaha. 

Trip ke Hatyai 2 Malam

aku dan akid tiba di kl sentral pada jam 10malam lebih sikit. mari kita buat kira - kira. 



total hangus pengangkutan dan tiket
hari pertama
1 - tiket ets pergi balik = rm76 + rm102
2 - tiket keretapi dari padang besar ke stesen hatyai = rm8
3 - grab dari stesen hatyai ke hotel = 100bath
4 - tambang tuk tuk dari hotel ke hotel semula (temple dan floating market) = 700bath

hari kedua
1 - van ke songkhla = 34bath
2 - tiket tangkuan hill = 30bath
3 - grab ke songkhla town = 90bath
4 - van ke hatyai = 35bath

hari ketiga
1 - grab ke mosque dan komyong market = 330bath
2 - grab dari kimyong market ke the containers = 94bath
3 - van ke stesen padang besar (imigresen) = 50bath
4 - motor dari border ke stesen = rm7


total hangus makan
hari pertama
1 - floating market = 64bath

hari kedua
1 - sasatorn coffee - 70bath
2 - cafe der see = 70bath
3 - heart made coffee = 80bath
4 - central festival hatyai = 60bath
5 - greenway = 60bath

hari ketiga
1 - the containers = 80bath
2 - central festival haytai (termasuk ais krim) = 90bath

pengangkutan = 1463bath (rm195) +  rm193 = rm388
makan = 574bath (rm77)
hotel : rm191 (3hari 2malam)

total keseluruhan = rm656 (tertakluk kepada berapa orang kau pergi, kemudian bahagi sama rata. huhu. dan nilai yang aku tulis ni tak fix. boleh jadi pengurangan atau penambahan pada bahagian penukaran mata wang).
** ada benda yang kami kongsi, ada benda yang kami beli sendiri.

terima kasih hatyai untuk keramahan budi dan pengalaman kota yang tak berbagi. semoga kita bersua lagi dikemudian hari.

okay dah mengantuk. selamat malam kalian.

Post a Comment

4 Comments

  1. kalau baca entry pasal Hatyai ni tau daaa mesti ada lambakan gambar makanan. hehehe menceces ailio dok telan jeee tengok hehe.. 2/3 kali gak plan nak pi sana. tapi setakat ni ada je halangan..

    insyallah one fine day. thanks share ^^

    ReplyDelete
  2. selalunya trip yg tak dirancang ni lah yg best

    ReplyDelete
  3. wahhhhh.. best. banyak tempat2 menarik.. makanan pun nampak sedap..

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.