Tips Melancong Ke Jepun - Mieza S Mieza S: Tips Melancong Ke Jepun

Tips Melancong Ke Jepun

January 29, 2020
Tips Melancong ke Jepun

tahukah kalian, Jepun atau Japan merupakan antara negara termahal di dunia? banyak perkara menarik yang boleh dijadikan pengalaman kekal jika kalian ke sana. teknologi yang canggih, Gunung Fujiyama yang menakjubkan, makanan yang mudah didapati dan budaya warna warni sehingga menjadi tumpuan pelancong.

aku sediakan beberapa tips atau langkah yang boleh kalian rujuk jika kalian ke sana.


Tiket Kapal Terbang ke Jepun 

pernah tak kalian rasa pening lalat bila hendak memilih penerbangan yang baik dan rendah? usah gusar, traveloka akan menyelamatkan kalian! antara airlines terpilih bagi penerbangan ke Jepun ialah Cathay Pacific airlines. harga yang ditawarkan juga murah dan berpatutan.

seronok melakukan perbandingan harga bila masih dalam bajet? jom lah survey book Jetstar ticket online.

Tips Survey Harga Tiket 

lakukan carian diluar peak hours seperti waktu tengah malam untuk harga yang lebih murah.
servey beberapa agensi atas talian dengan lebih kerap supaya tidak terlepas tawaran yang bagus
tempahan tiket hendaklah dilakukan, sekurang - kurangnya 6 bulan awal


Penginapan 

 pergi negara orang, perkara yang dibimbangkan adalah penginapan. hahhaa. kalau tidak, bermalam dikaki lima ya. di Jepun kalian tidak perlu bimbang kerana di sana terdapat banyak tempat penginapan yang disedaiakan. buat pilihan bijak. hendakkan hotel bertaraf 5 bintang, hotel kapsul, dorm atau guest house? semua ditangan kalian.

Tips Jimat Penginapan 

bilangan: 1-4 orang = hotel kapsul
bilangan: melebihi 4 orang = guest hotel
terdapat dua jenis guest house. jika suka berkongsi dan mahu enjoy pengalaman travel boleh duduk sebilik atau serumah dengan pelancong yang lain/tuan rumah, atau jika hendakkan privacy bolehlah menyewa 1 rumah sekali. pilih je mana nak.

antara kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di guest house ialah dapur dan alat memasak, meja makan, peti ais, mesin basuh dan beberapa peralatan rumah yang lain. kalian tidak perlu bimbang jika ingin memasak.


Makanan

Tips Melancong ke Jepun

seperti yang sedia maklum, makanan di Jepun agak mahal bagi 1 hidangan dewasa. kalau macam aku ni cepat lapar macammana? bukan semua makanan boleh diterima tekak lagi - lagi kita ni 'melayu tulen'. eh.

untuk memudahkan kalian dan sentiasa rasa kenyang tanpa perlu bersusah payah mencari kedai yang sesuai, elok jika kalian masak sahaja di guest house (jika meyewa di guest house). tak reti masak? aduh. takpe, rilek. kedai serbaneka yang di sediakan di Jepun seperti 7E, Family Mart, Lawson, kebanyakkannya menjual makanan yang sama di Malaysia seperti bento, oden, sandwich, onigiri, sushi dan banyak lagi. Semuanya juga kelihatan sedap dan enak di makan. yahuu. tak payah pening lagi. tapi akan pening juga sebab tak tahu nak pilih yang mana. rambang mata!

jika kalian yang sukakan gaya ala - ala traveller dengan menerjah kedai sekitar Jepun, teruskan. cuma, jangan tersalah masuk kedai ya.


Pengangkutan 

kadar kereta di Jepun kurang? ha tak payah risau. di Jepun pengangkutan awam banyak. dari basikal, bas, teksi, keretapi semua disediakan dan mereka sangat menepati masa. tidak seperti di sini ya.

jika kalian memilih bas sebagai pengangkutan semasa di sana, boleh dapatkan Japan Bus Pass sebagai pengangkutan jarak jauh. sudah tentu kalian akan bermalam di dalam bas dan tidak perlu risau kerana tempat duduk di dalam bas sangat selesa.

 untuk penggunaan keretapi, boleh dapatkan Japan Rail Pass. jika kalian melancong ke beberapa daerah di dalam Jepun, sangat disarankan untuk kalian membeli pas ini kerana ia menawarkan perkhidmatan penggunaan keretapi tanpa had bagi semua daerah di dalam Jepun. terdapat 3 plan yang disediakan iaitu 7 hari, 14 hari atau 21 hari.

aku rasa, cukup setakat tu sahaja tips yang aku boleh kongsikan untuk kalian yang hendak ke Jepun. semoga tips ini membantu

1 comment:

  1. Tak pernah lagi sampai Jepun.
    Harap one day ada rezeki ke sana

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.