January 2020 - Mieza S

31 January 2020

Lirik Lagu Rampung Ben Ladin

January 31, 2020 0
Lirik Lagu Rampung Ben Ladin
Lirik Lagu Rampung Ben Ladin


Masih ramai bertanya,
Asalku dari mana,
Hikayatku di baca,
Ben ku di beri nama,

Masih ramai mencari,
Seru namaku berkali,
Pintu mana yang dicari,
Aku empunya kunci,

Salam sua kenapa duduk luar?
Tak jumpa jalan masuk ni ku tunjuk jalan keluar,
Pasang sua cuba terangkan minda dan hati,
Pak belalang jumpa simba bergema hikayat sang sakti,

Mereka makin riuh lepas warkah yang pertama,
Marjina angkat jari ibu ramai yang gumbira,
Baling dadu kita tengok siapa yang kena,
Jangan kamu cuba semu takut tidur tak lena,

Beradab banyak cara biadap jangan sekali,
Yang jerung atas darat laratnya makan berkali,
Tahu menyorok sepi,
Tidak pula diolok geli,
Yang mahunya dibeli,
Al kisah si anak seni.

Masih ramai bertanya,
Asalku dari mana,
Hikayatku di baca,
Ben ku di beri nama,

Masih ramai mencari,
Seru namaku berkali,
Pintu mana yang dicari,
Aku empunya kunci,

Dulu bersemuka salam suka kenyit mata,
Kenapa sekarang lagak gaya macam kasim baba,
Cuaca makin cerah yang diluar bagaimana?
Walau tusuk duri takkan ku berputus asa,

Ku disini dengan nadaku menyampai,
Tanda isi gua ku dah melambai,
Mamai disemai dalam damai gemalai,
Cari gemala sakti ramai terkapai,

Jahitan disimpul macam buat kata kata,
Kalau bukan singa pasti itu maharaja,
Tolong jaga muka dari bertopengkan kata,
Yang berakal mesti panjang lagam gaya ali baba,

Hikayat pertama akhirnya bergema
Serapah dibaca penyambung cerita

Masih ramai bertanya,
Asalku dari mana,
Hikayatku di baca,
Ben ku di beri nama,

Masih ramai mencari,
Seru namaku berkali,
Pintu mana yang dicari,
Aku empunya kunci,

Masih berdendang menari di akhir seloka,
Masih sempurna walau lama tidak bersua,
Makcik pakcik adik abang makin nampak suka,
Ku cuba tutup lama yang baru kini dibuka,

Mantera dibaca tanda penutup acara,
Macam katam baca jawi rumi alif ba ta,
Rampung ngiseng bakal jadi penyambung suara,
Ben Ladin sembah salam moga bertemu

Masih ramai bertanya,
Asalku dari mana,
Hikayatku di baca,
Ben ku di beri nama,

Masih ramai mencari,
Seru namaku berkali,
Pintu mana yang dicari,
Aku empunya kunci,

Ben Ladin

29 January 2020

Tips Melancong Ke Jepun

January 29, 2020 1
Tips Melancong Ke Jepun
Tips Melancong ke Jepun

tahukah kalian, Jepun atau Japan merupakan antara negara termahal di dunia? banyak perkara menarik yang boleh dijadikan pengalaman kekal jika kalian ke sana. teknologi yang canggih, Gunung Fujiyama yang menakjubkan, makanan yang mudah didapati dan budaya warna warni sehingga menjadi tumpuan pelancong.

aku sediakan beberapa tips atau langkah yang boleh kalian rujuk jika kalian ke sana.


Tiket Kapal Terbang ke Jepun 

pernah tak kalian rasa pening lalat bila hendak memilih penerbangan yang baik dan rendah? usah gusar, traveloka akan menyelamatkan kalian! antara airlines terpilih bagi penerbangan ke Jepun ialah Cathay Pacific airlines. harga yang ditawarkan juga murah dan berpatutan.

seronok melakukan perbandingan harga bila masih dalam bajet? jom lah survey book Jetstar ticket online.

Tips Survey Harga Tiket 

lakukan carian diluar peak hours seperti waktu tengah malam untuk harga yang lebih murah.
servey beberapa agensi atas talian dengan lebih kerap supaya tidak terlepas tawaran yang bagus
tempahan tiket hendaklah dilakukan, sekurang - kurangnya 6 bulan awal


Penginapan 

 pergi negara orang, perkara yang dibimbangkan adalah penginapan. hahhaa. kalau tidak, bermalam dikaki lima ya. di Jepun kalian tidak perlu bimbang kerana di sana terdapat banyak tempat penginapan yang disedaiakan. buat pilihan bijak. hendakkan hotel bertaraf 5 bintang, hotel kapsul, dorm atau guest house? semua ditangan kalian.

Tips Jimat Penginapan 

bilangan: 1-4 orang = hotel kapsul
bilangan: melebihi 4 orang = guest hotel
terdapat dua jenis guest house. jika suka berkongsi dan mahu enjoy pengalaman travel boleh duduk sebilik atau serumah dengan pelancong yang lain/tuan rumah, atau jika hendakkan privacy bolehlah menyewa 1 rumah sekali. pilih je mana nak.

antara kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di guest house ialah dapur dan alat memasak, meja makan, peti ais, mesin basuh dan beberapa peralatan rumah yang lain. kalian tidak perlu bimbang jika ingin memasak.


Makanan

Tips Melancong ke Jepun

seperti yang sedia maklum, makanan di Jepun agak mahal bagi 1 hidangan dewasa. kalau macam aku ni cepat lapar macammana? bukan semua makanan boleh diterima tekak lagi - lagi kita ni 'melayu tulen'. eh.

untuk memudahkan kalian dan sentiasa rasa kenyang tanpa perlu bersusah payah mencari kedai yang sesuai, elok jika kalian masak sahaja di guest house (jika meyewa di guest house). tak reti masak? aduh. takpe, rilek. kedai serbaneka yang di sediakan di Jepun seperti 7E, Family Mart, Lawson, kebanyakkannya menjual makanan yang sama di Malaysia seperti bento, oden, sandwich, onigiri, sushi dan banyak lagi. Semuanya juga kelihatan sedap dan enak di makan. yahuu. tak payah pening lagi. tapi akan pening juga sebab tak tahu nak pilih yang mana. rambang mata!

jika kalian yang sukakan gaya ala - ala traveller dengan menerjah kedai sekitar Jepun, teruskan. cuma, jangan tersalah masuk kedai ya.


Pengangkutan 

kadar kereta di Jepun kurang? ha tak payah risau. di Jepun pengangkutan awam banyak. dari basikal, bas, teksi, keretapi semua disediakan dan mereka sangat menepati masa. tidak seperti di sini ya.

jika kalian memilih bas sebagai pengangkutan semasa di sana, boleh dapatkan Japan Bus Pass sebagai pengangkutan jarak jauh. sudah tentu kalian akan bermalam di dalam bas dan tidak perlu risau kerana tempat duduk di dalam bas sangat selesa.

 untuk penggunaan keretapi, boleh dapatkan Japan Rail Pass. jika kalian melancong ke beberapa daerah di dalam Jepun, sangat disarankan untuk kalian membeli pas ini kerana ia menawarkan perkhidmatan penggunaan keretapi tanpa had bagi semua daerah di dalam Jepun. terdapat 3 plan yang disediakan iaitu 7 hari, 14 hari atau 21 hari.

aku rasa, cukup setakat tu sahaja tips yang aku boleh kongsikan untuk kalian yang hendak ke Jepun. semoga tips ini membantu

24 January 2020

Lirik Lagu Wajah Wajah Sahabat Grey Sky Morning

January 24, 2020 1
Lirik Lagu Wajah Wajah Sahabat Grey Sky Morning
Lirik Lagu Wajah Wajah Sahabat Grey Sky Morning

Wajah wajah yang ku kenang
Hanya engkau.. Bermain di minda ku..
Kata-kata yang kau ungkap..
Hanya engkau.. Menjadi memori ku..

Pilihlah antara dunia dan syurga
Kau pimpin tangan ku bersama..
Kau penghibur duka dan lara..
Bagai malaikatku, membawa ke syurga

Sahabat..
Kau yang menerangi..
menyinar sang pelangi..
Kitakan bersama.. Menuju setia

Sahabat..
Kau lah yang sejati..
Menemani malam ini..
Jangan kau bergundah..kitakan bersama..

Lirik Lagu Waktu Aizat Amdan

January 24, 2020 1
Lirik Lagu Waktu Aizat Amdan
Lirik Lagu Waktu Aizat Amdan
sumber: google

Waktu bercelaru
Tanpa mu di sisiku
Lately in my head
You are all that I can think of

Biarpun hilang arah
Dihembus ribut badai
Sayang know that time stand still
when I'm with you.

Dulu aku takut
Dan resah menyulubungiku
Saat kau genggam jiwa ku segalanya hilang,
Terasa indah

Biarpun hilang arah
Dihembus ribut badai
Sayang know that time stand still
when I'm with you.

Bila aku
menetap matamu
Sayang know that time stand still
When i'm with you

Kerana kau memberi erti hidup..
Hanya kau yang menenangkan hati ini,
You are the one and I know
Ill be stronger with you..

Bila aku
menetap matamu
Sayang know that time stand still
When i'm with you

Biarpun hilang arah
Dihembus ribut badai
Sayang know that time stand still
when I'm with you.

Bila bersamamu
Cukup aku tahu
Ku kan ada untukmu
Selalu

23 January 2020

Lepak Ipoh Hujung Tahun

January 23, 2020 6
Lepak Ipoh Hujung Tahun

Lepak Ipoh Hujung Tahun

dah bertahun aku plan nak pergi ipoh, akhirnya sampai juga! aku plan pergi sorang sebenarnya. entah macammana masa aku buat list tempat menarik, tasya whatsapp aku. dari situ dia tahu aku akan ke ipoh dan dia kata nak follow sekali. bagi aku ipoh banyak je tempat menarik, tapi sebab tasya bukan sejenis suka benda remeh. percutian aku ke ipoh sama seperti jalan - jalan kl tempoh hari. 

kenapa ipoh? sebab ipoh rare dengan 'pembangunan' musik indie. ha gitu. banyak tempat aku tak pergi. sedih weyh. aku kenal tasya dia jenis, kalau tak famous dia tak pergi. macam k-clique. masa aku tidur rumah dia tahun lepas dua tahun lepas macam tu. aku bagi dia dengar lagu k-clique, mana dia layan weyh. hahahha. bila orang dah letops baru dia kejar. geram aku! eiii. 

aku ke ipoh dengan menaiki ETS gold. perjalanan pergi dan balik RM72. 

Lepak Ipoh Hujung Tahun

tak ada katil ya. aku rasa yang katil tu bila perjalanan jauh contohnya ke johor ke. 3jam je tak sempat nak pejam mata dah sampai. aku amik perjalanan siang sebab aku berharap sesampainya aku disana, aku dah boleh check in dan rehat. bukan lagi berpeleseran tak ada tempat nak duduk. 3 jam tu dah buat bontot aku kematu. ni first time naik ETS dan buat tempahan sendiri. banyak baca google je weyh. sebelum ni pergi legoland naik ETS orang yang buat. kita tinggal naik je. hahhaa. 

Lepak Ipoh Hujung Tahun


Bermalam di Grayhouse Hotel 


dekat ipoh banyak hotel boek. tapi sebab aku nak cut cost, aku ambil harga yang biasa - biasa. lagipun datang ipoh bukan nak lepak bilik, kami nak jalan je. hotel yang aku pilih ni ala - ala guest house. selesa? okay je. ada beberapa pilihan bilik. yang aku pilih ni memang muat - muat macam korang tengok dalam gambar. ada bilik yang siap ada ruang berteleku golek - golek. harga lebih la. 

Lepak Ipoh Hujung Tahun

percutian aku banyak menggunakan booking.com, alhamdulillah belum pernah mengalami apa - apa masalah. kali ini cara nak check in semua self service. admin whatsapp tu akan bagi full direction, senang faham. kalau nak tanya apa - apa laju je reply. hotel ni memang betul - betul sebelah jalan. kalau baca feedback dalam booking.com macam banyak negatif. 

antaranya; bising sebab sebelah jalan besar. aku okay je. takde la bising pun. elok je tidur weyh. lepastu ada yang kata bilik sempit. kau bayar rm10 expect bilik besar gajah ke. halah - halah. malas komen rakyat melesia ni weyh. 

dekat bilik cuma disediakan hair dryer sahaja. macammana nak iron baju? ada bilik disediakan di tingkat bawah. ada coffee 3in1, ada tempat masak air, ada tempat iron. not bad at all. berbaloi dengan harga. lepas check in, jam 3 lebih aku dan tasya makan tengahari. lapar weyh. 

Ipoh Hainan Chicken Rice


port makan tengahari kami disini. ni kali kedua aku dapat makan ipoh hainan chicken rice. kalau tengok menu murah je.
pilihan makanan kami ialah:
roasted hainan chicken rice x 2,
deep fried tauhu with oyster sauce
lay chee kang x 1
white coffee x 1
Lepak Ipoh Hujung Tahun

untuk dua orang makan rm43.40. okay lah kan? datang sini memang nak makan. hahahhaha. so tak boleh berkira bab makan kan. 

Lepak Ipoh Hujung Tahun
sumber: google
lepas makan tenghari, kami pulang semula ke hotel untuk berehat setelah menempuh perjalanan yang panjang. pejam mata sampai pukul 8 malam. malam lepak mana? gerbang malam je. gerbang malam ni macam 'uptown' tapi tak ada jual makanan ya. aku beli tudung je dekat sini untuk dipakai esok hari. 

Hangout @ Ipoh


masa ni tak tahu lah nak makan dekat mana, sebab dah lapar. sekali 'terserempak' dengan hangout. okay jugak lepak sini, tak ramai orang. ada beberapa pilihan menu makanan. macam biasa lah, reti makan nasi dengan tomyam je. hahhahahahhaa. port lepak lama - lama pun okay juga sebab lawa. cuma kalau hujan masak la siapa yang bersidai dekat atas 'truck'. makanan sedap dan murah. 

Lepak Ipoh Hujung Tahun
sumber: facebook.com/hangout.ipoh

nak tahu benda kelakar? hari kedua di ipoh cadangnya nak makan di miker food. kami jalan kaki dari grayhaus ke miker food dengan rasa yang sia - sia weyh. 1km ++ dan hasilnya full house! malam kedua makan di hangout@ipoh lagi sekali tapi menu beza. hahahhaha. sumpah aku takkan pergi miker food. aku ingat restorang tu besar. rupanya T_T . hambarudin. okay bai. 


Suhaimi Cafe


sarapan pagi kami letaknya di suhaimi cafe. baca review not bad. aku order mi kari dan tasya roti benggali kari ayam. air pula coklat panas dan tasya minum ape eh. lupa. sory guys. 

Lepak Ipoh Hujung Tahun
Lepak Ipoh Hujung Tahun

mi kari dia sedap. berbaloi lah harga sarapan aku di suhaimi cafe rm5 weyh. cuma kena beratur untuk dapatkan meja. kalau nasib baik, barisan pendek. kalau masa korang datang, barisan panjang. beratur la sampai lebam. walaupun ramai orang, servis laju. cuma staf macam malas nak alert bila ada pelanggan baru masuk. dia macam malas nak ambil order. hahhaa. tapi bila dia dah ambil order, dia okay je sebenarnya. makanan pun laju je siap. 

sarapan dekat sini memang tak sempat nak gosip. kesian dekat orang yang beratur tu. kita yang nak gosip pun rasa bersalah bila orang yang tengah beratur tu jeling - jeling sambil cakap dalam hati 'bila kome nak bangun? 

Lepak Ipoh Hujung Tahun

hari kedua ni patutnya jadual pack. tapi sebab ada dua tempat dah dibuang dari senarai. jadi kami memang lenggok je la. takde benda yang nak dikejar. 

Menara Jam Memorial Birch


Lepak Ipoh Hujung Tahun

perjalanan menuju ke plan b dari hotel kami, akan melalui menara jam memorial birch. jom baca serba sedikit tentang fakta menara jam ini. 
  • dibina dengan kos 25,000 pound sterling 
  • dibina pada tahun 1909
  • sempena memperingati ulang tahun kematian ke 34 residen british perak yang pertama iaitu J.W.W Birch. 
  • maut ditangan pembesar melayu dalam kisah kebangkitan melayu perak
  • dirasmikan oleh Residen British Perak ke-8; Sir Ernest Woodford Birch.
  • mempunyai 1 jam besar berukuran 6 kaki x 6 inci serta 4 jam kecil
  • disertakan sistem untuk dibunyikan sama seperti Menara Jam Big Ben di bangunan Parlimen di London.
  • diletakkan 4 patung terakota yang mengambarkan 4 prinsip pentadbiran British iaitu Kesetiaan (digambarkan dengan patung yang memegang pedang dan perisai), Keadilan (digambarkan dengan patung buta yang memegang neraca), Kesabaran (digambarkan dengan patung yang tiada senjata) dan Ketabahan (digambarkan dengan patung dengan riak muka tenang dan memegang tombak).
  • Terdapat juga panel yang mengambarkan figura pembangunan tamadun-tamadun dunia di keempat-empat sisi menara jam tersebut. Salah satu daripada 44 figura tersebut ialah imej Nabi Muhammad.
  • Namun imej Nabi Muhammad itu telah dipudarkan dengan cat putih pada 1990-an setelah sekian lama mendapat bantahan bukan sahaja oleh penduduk beragama Islam di sekitar Ipoh, malah seluruh dunia yang marah dengan isu ini pada waktu itu.
 rujukan: https://www.orangperak.com/misteri-imej-pudar-di-menara-memorial-birch.html


Medan Selera Dato Sagor

Lepak Ipoh Hujung Tahun
Medan Selera Dato Sagor
kalau perasan, menara jam ni letaknya berdekatan dengan medan selera dato sagor. kami cuma lalu sahaja. dekat google kata, petang - petangkat sini penuh orang meniaga. entahla. tak singgah sini pula petang. 

sebelah menara jam ni terletaknya masjid ipoh. cantik masjid ni, cuma kami tak singgah sekadar tengok dari luar sahaja. heeee. 


Masjid Ipoh

Lepak Ipoh Hujung Tahun
Masjid Ipoh

hotel yang aku pilih ni memang best sebab duduk ditengah - tengah pekan ipoh. nak gerak mana jalan kaki je. beberapa minit selepas melalui denai ranjau berduri, kami tiba di plan b. plan b ni antara lokasi menarik yang ditandai google sebagai tempat menarik untuk dikunjungi. 


Book Xcess Ipoh


Lepak Ipoh Hujung Tahun
Plan B

lawa kalau nak buat photoshoot. sebab hipstur + bangunan lama. sebelum kamo teroka kawasan ini, aku terlihat book xcess. ni kedai buku yang aku nak pergi. 

Lepak Ipoh Hujung Tahun
Book Xcess Kong Heng Ipoh

bukan nak beli buku pun. hahahha. sebab banyak buku bahasa inggeris je. aku cuma nak bergambar. book xcess merupakan sebuah bank pada tahun 1980an yang pernah sibuk dengan urusan perbankan. itu dulu. sekarang digantikan fungsi sebagai kedai buku yang sangat cantik. aku sempat merakam beberapa keping gambar sepanjang berada di dalam kedai buku tersebut. tapi tak semua yang aku letak dalam blog. sory guys. 

Lepak Ipoh Hujung Tahun

dalam google mesti ada disebut tentang yasmin at kong heng. tapi tak tahu dekat mana. haha. rupanya ada dalam book xcess di tingkat bawah. turut menyediakan sebuah komputer yang menyimpan beberapa koleksi puisi yasmin. 


Yasmin At Kong Heng

Lepak Ipoh Hujung Tahun
Yasmin At Kong Heng 

ada beberapa bingkai gambar yang telah meletakkan kata - kata yasmin, boleh rujuk gambar.

Lepak Ipoh Hujung Tahun

Lepak Ipoh Hujung Tahun

disudut hujung, ada ruangan santai. paparan tentang yasmin atau filem yasmin, aku tak pasti. sebab masa tu ramai orang dalam tu, aku malas nak tunggu. keluar dari book xcess, kami berjalan sekitan plan b. 

ada kedai bits & bobs yang menjual ais kepal ala ala zaman sekolah dulu. aku memang tak beli, sebab tak reti makan. hahahhahaha. aku makan kalau benda tu da cair, jadi dia bukan lagi sebagai ais kepal kan? so, malas makan. habis cerita. 

Lepak Ipoh Hujung Tahun
Bits & Bobs
Lepak Ipoh Hujung Tahun
partner tiga hari dua malam

Time Tunnel


time tunnel ni apa? 
Lepak Ipoh Hujung Tahun
Time Tunnel
kesian aku masuk sini sorang je, tasya taknak masuk. dia tak minat. aku suka je benda benda macam ni. nostalgia kata kau. masuk sini tiket rm6 sahaja. kena naik atas. bawah tu ada jual - jual macam tembikar la apa lah, aku tak peduli sangat. jadi aku jelajah time tunnel seorang diri, dan gambar aku diambil oleh orang yang turut berada diatas bersama aku. 

gambar tu takde dekat sini, aku akan letak diinstagram, stay tune. eh? hahahhaha sorry. 

Lepak Ipoh Hujung Tahun

Lepak Ipoh Hujung Tahun

Lepak Ipoh Hujung Tahun

Lepak Ipoh Hujung Tahun

Lepak Ipoh Hujung Tahun

Lepak Ipoh Hujung Tahun

menggamit kenangan ah datang sini. kalau bawa dslr/ ada member sudi tangkapkan gambar mesti onz kan? ada lagi satu tingkat aku tak naik, sebab tinggal sorang - sorang. aku takut. sebab macam scary nak naik atas tu. aku bergegas turun lepas dah tangkap gambar. stesen seterusnya ialah minum petang di cafe yang sedang letop beberapa hari ni.

Platform 9 1/2 Cafe


kalau korang nak tahu, cafe ni famous sebab menyerupai filem harry potter. ramai yang datang sini sebab nak bergambar ala - ala harry potter. aku tak suggest pun minuman dia. sama macam air dekat pasar tapi sebab cafe harganya jadi mahal. lagipun standart la kan harga cafe. aku tak komen harga sangat, cuma menu agak terhad. dekat sini boleh lepak lama takde orang halau. tu je. 

selepas bergosip di ruangan atas cafe, aku dan tasya bergambar di sudut ruangan ini. ada beberapa lagi gambar dalam telefon, tapi aku letak satu je dalam blog. nanti semak banyak - banyak. 

Lepak Ipoh Hujung Tahun

selepas habis bergambar, aku dan tasya lepak di mall yang berdekatan hotel. mula - mula lepak mall yang hidup segan mati tak mahu. aku lupa terus apa nama dia. ha dah jumpa nama; kompleks yik foong ipoh. lepastu lepak ipoh parade. makan tengahari disini. makan makanan korea macam dekat shah alam tak de ye. ahahha. 

waktu malam lepak balik dekat tempat semalam. gerbang malam. kebetulan masa ni ada konsert. tak lah mereput malam tu. ada samudera buat tour! band fevret ni weyh. zaman - zaman sekolah dulu selalu dengar. walaupun vokalis dah takde, tapi suara vokalis ganti bolehtahan nice. 

Selamat Pulang

akhirnya 3hari 2malam dah pun berakhir. terima kasih ipoh mengembalikan nostalgia yang tak pernah wujud. sebenarnya banyak lagi lokasi aku tak pergi. aku nak cari art. tapi tak sempat tak ada masa tak ada kereta. ah entah. semoga jumpa lagi ipoh!

Lepak Ipoh Hujung Tahun

Jumlah belanjawan sepanjang di ipoh selama 3hari 2malam. tiket erl : rm72
hotel grayhaus : rm79 (x2)
jumlah : rm151
ipoh hainan chicken rice (makan tengahari) : rm 21.70
hangout (makan malam) : rm21
suhaimi cafe (sarapan) : rm8.90
ipoh parade (makan tengahari: rm16.10
cafe platform (minum petang) : rm7.50
hangout (makan malam) : rm18
mamak (sarapan) : rm3
jumlah : rm96.20
grab : rm37
rm151+rm96.20+rm37
jumlah keseluruhan: rm284.20

terima kasih tasya untuk susah senang selama 6tahun dengan aku. korban masa untuk aku. terima kasih. semoga tuhan sentiasa menjaga kau. semoga ada banyak lagi tempat kita teroka sama - sama berdua. sayangg kau. 

22 January 2020

Lirik Lagu Takut Yonnyboi x Caprice

January 22, 2020 0
Lirik Lagu Takut Yonnyboi x Caprice
Lirik Lagu Takut Yonnyboi x Caprice

Yonnyboi
aku takut hidup aku takut mati
Aku takut selok belok kehidupan ini
Aku takut satu hari nanti aku lupa
Takut lupa diri takut jatuh dan berluka

Satu hari nanti pasti ada yang kan pergi
Satu demi satu jatuh hari demi hari
Kalau aku pergi aku tak akan kembali
Janganlah pergi janganlah pergi

Ku takuti janji yang tak dimakburi
Ku takut masalah yang menanti
Ku takuti segala yang ku kan hadapi
Hidup ini gila memang gila babi

Ku takuti nafasku dicuri
Ku takuti kamu dan diri ini
Segala cabaran yang aku bakal tempuhi
Ku takut segalanya di dunia ini

Masih ada lagi masa untuk
Lihat dunia berputar tapi
Masa kita sangat suntuk
Ku takut jika ia tidak cukup nanti

Kalau aku sudah lupa janji
Yang pernah aku janjikan itu
Tolong maafkan ku
Sebab aku takut (2x)

Caprice
Apa yang ku nak buat
Kalau ibu dah mati
Apa yang ku nak buat
Rumah dan jiwa sunyi dah
Buat apa aku luangkan masa ku
Beli bunga lepas badan ditanam

Sebab dulu ku muda dunia sudah
Dekat tanganku tapi aku lupakan suara
Oh tuhan sila beri penebusankan
Bukan dosa tapi masa yang sudah lalu

Yonnyboi
Ku takut hidup aku takut mati
Aku takut selok belok kehidupan ini
Aku takut satu hari nanti aku lupa
Takut lupa diri takut jatuh dan berluka

Satu hari nanti pati ada yang kan pergi
Satu demi satu jatuh hari demi hari
Kalau aku pergi ku takkan kembali
Janganlah pergi janganlah pergi

Lirik Lagu Perang II Ayien Rahman

January 22, 2020 1
Lirik Lagu Perang II Ayien Rahman
Lirik Lagu Perang II Ayien Rahman


‎وَإِذْ غَدَوْتَ مِنْ أَهْلِكَ تُبَوِّئُ الْمُؤْمِنِينَ مَقَاعِدَ لِلْقِتَالِ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Surah Ali imran 3:121

Ya aku lamunan lanun dan untuk kabilah
Setiap penjuru ayien berada di setiap jazirah
jika ku kurun ke dua,cari di parsia
mujahidin kosovo dan ku pulak di konstatiniah

ku turuti kau kira kan , ku ulangi kan kiraat
Ber Taat takkan tamat selagi lengkap nya rakaat
Yang benar Allah satu .Takyah nak sempit kan tauhid
Marikfat kau pelajari bukan perlu tahap rumit
Musuh pula kau nak serang tanpa alasan
Kedengkian ini boleh punca kau dikambus kan
tanya aku tanya
yg lawan jadi kawan jadi makanan untuk haiwan pernah yg dulu ditawan
Tembak aku untuk kamu bukan sekadar dlm lagu
riwayat kehidupan kau dilakar penuh tipu
aku tak menganggu dendam ini benda keji
Seisi hati manusia kau mahu perang ini.

Pertolongan dan panggilan
Habshah الحبشة

Babylon بابل
like di Qadissiyah ku حذيفة بن محصن
ku telaah dan bermukim ,
khulafa ar-rasyidin
Messiah wait messiah . ku belakang mujahidin

Inspirasi Abu hassan (Saidina Ali) tapi ku bukan syiah
jika ku di yamamah ku juga lawan musailamah
Laknat kan abu lu luah abu saba’ ,abu hakam
Dan golongan khawarij serta juga ibn muljam

perang berantai,sungai,walaja dan ulais
hirah anbar,ainul tamar,muzzayah dan firaz
susuli ke sungai furat akhir di Qadissiyah
Tumbang nya empayar parsi dengan kekuatan islam
Khalid ibn walid pedang Allah dan panglima
1/3 dunia dikuasi khalifa omar

Benar sabda nabi waktu di perang azhab
waktu tu rasullulah dan sahabat strategi khandaq
Ku mendengar kesedihan permulaan nya islam
Amar dan bilal dikseksa dan summayah di sula
back up nya di madinah peristiwa fattul makkah
Islam semakin meningkat sehingga zaman khalifa

‎المبشرون بالجنة
Tergolong nya Ahli syura
Generasi terbaik generasi badar kubra
‎السَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ ,dan Muhajirin,ansar
kelompok Bai’ah Ridwan sentiasa rapat kan nya saf

Keemasan nya islam tabik tabi’ tabi’in
7 fuqaha madinah tokoh ulama nya fiqh
Khalifa Al muktahsim billah di dinasti Abassiyah ,
Tarikh al khulafa ,atau sejarah takluk hamurriah
tokoh demi tokoh lahir ahli ilmu falaq
tokoh ilmuan algebra dan berbagai nya kitab
Al imamu syafie digelar nashirussunnah
Baca kan kitab yg asas safinatun najah

Tafsir tobari qurtubi dan tafsir ibnu katsir
atau talaqqi dalil,sehingga dinasti terakhir
Tidak bergantung sekadar tentang hafaz dan lafaz
tidak pertikai pergi saad bin muaz gegar nya عَرْش

Im out

03 January 2020

Lirik Lagu Cinta Pandang Pertama Reedzwann

January 03, 2020 1
Lirik Lagu Cinta Pandang Pertama Reedzwann
Lirik Lagu Cinta Pandang Pertama Reedzwann

Pertama kali aku bertemu
Seorang gadis seperti dirimu
Senyum tawamu riak wajahmu
Sungguh ayu

Andai ku ingin berterus terang padamu
Adakah engkau mahu menerimaku
Kerna engkau tak pernah mengenaliku
Ini kali pertama kita bertemu

Jika memang kau tercipta untukku
Maka izinkan aku mengenalmu
Izinkanlah aku menjadi bahagian hidupmu

Dan aku berharap
Semoga kali ini akan menjadi
Cinta yang sejati
Oh sayang

Jika memang kau tercipta untukku
Maka izinkan aku mengenalmu
Izinkanlah aku menjadi bahagian hidupmu

Dan aku berharap
Semoga kali ini akan menjadi
Cinta yang sejati
Oh sayang