Lirik Lagu Nekad Kmy kmo

Lirik Lagu Nekad Kmy kmo

Tapak-tapak makan hari
tunggu masa putus tali
Biar luar kaki ayam
dalam berbekalkan taji

Lepas purnama mengambang
naik merah itu pasti
Mahu ikut nafsu sama atau
sambung tidur lagi

Taji nak dituju
Perlukan aturan
Tak nak salah hala
pekaka yang dihunuskan

Tidur ku bertapa
Berlayar satu dekad
Bila cukup lapar
semua jalan jadi nekad

Jadi nekad
Jadi Nekad
Bila cukup lapar
semua jalan jadi nekad (2x)

Kmy Kmo
Sedekad dah belayar
Berbakul trapi dah dihadap
Bagaikan kudrat sepuluh gajah
meresap masuk tuk mengadap
Adaptasi sejengkal sarap
Permudahkan kau ke perangkap
Emosi si nafsu nafsi lahap
Adap asal yang dah ke arab
Aku rabiah daripada Enam
Bawa rabiah dalam Bunga Tujuh
Aku tarbiah siapa berani pejam
Dengan tarbiah ramai kena suluh
mamai miang buluh perindunya
Ramai dilibas bak badai Buluh tumpat sadai
Yang tersadai abai dek memandai
Kaki intai perangainya murai
Sidai muka
Asal pandai dulu muda wangsa
Sukar intai talam ribu rupa

Bawa cindai ke muda berbangsa
Lalu
Hey
Sidai rupa
Pura pura talam dua muka
Dari muda dia mudah lupa
Bila sukar boleh bagi suka Dia suka

Luca Sickta
Tujuh petala bumi dan langit
Dari gunung ke lautan dalam
Pesuruh turun membawa salam
Kalam berkisah segala silam
Uh
Dari lautan ke lembah curam
Kembara bekalnya setia sumpah
Seri iring kemenyan dan setanggi
Membara darah walau titis tumpah
Dendam
Di pendam nafsu
Nahu buta, Nawaitu palsu
Genggam
Di rejam amarah
Bagai keris tanpa arah
Yah
Pantang undur, Dicabar jangan
Lantang jurus, Dijabar tangan
Hulubalang dampingnya rapat
Salah tuju akhirnya ke liang lahad

Kapal layarku tak sangkut tengkujuh,
Layar ke samudra berkurung kan tubuh,
Senaman rasa jiwa,
Fahami rasa jiwa,

Post a Comment

0 Comments