Jualan Murah dan Karnival

Jualan Murah dan Karnival

dah lama tak keluar. akhirnya. akhirnya aku keluar. hahaha. aku rasa entri personal pun dah lama juga tak wujud. cuma akan wujud bila ada benda aku nak kongsi atau luah untuk jadi abadi dekat sini. so ya. aku eksited sikit sebab dah lama tak menulis. 

yang masih sudi baca dan masih tinggal disini, terima kasih. oh lupa batuk aku yang susah sangat nak baik tu, macam dah berkurang sikit. siang jarang - jarang. start pukul 10 11 dan ke atas, aku akan mula batuk - batuk sampai lah ke pagi. sebab kan ada kemajuan, aku okay la walaupun tidur diganggu.

Jualan Murah di NU Sentral



aku jumpa iklan jualan murah ni sebenarnya di twitter. aku dah jadi budak twitter gais. aku termakan hasut dengan tweet budak tu. jadi aku update status siapa yang boleh teman, sebab kawan yang aku selalu keluar tak cuti hari sabtu dan ahad. jadinya ada orang yang volunteer nak teman aku dan dia adalah stranger. aku harap, sesiapa pun yang baca tak judge aku sebab kenapa dan mengapa aku boleh keluar dengan stranger. 

dan untuk pengetahuan semua, ini bukan kali pertama aku jumpa stranger. semoga tuhan sentiasa menjaga aku. doa jela yang baik - baik kalau ini sahaja jalan yang ada untuk aku tambah kawan dekat alam realiti. 

jualan murah tu ada di nu sentral tingkat g/lg. antara barangan yang dijual ialah produk yang selalu ada di watsons, dan beberapa lagi barangan lain. barang yang aku nak tu memang ada. tapi tidak memenuhi kriteria. ah senang cerita, jualan murah yang berlangsung di nu sentral tu, sama dengan jualan murah yang baru je buat dekat pkns shah alam. 

bezanya, dekat nu sentral lebih banyak produk jenama lain. tiba - tiba je rasa menyesal. untuk mengubat hati supaya tak rasa cam membazir perjalanan aku, aku beli lah pencuci muka dan serum dari garnier. so tak ralat. 

Jalan - jalan Times Square untuk Membeli Belah

Sales dan Karnival

sebabkan nak tambah masa supaya jadi lebih lama dan panjang, aku ajak dia pergi times square. saja cuci mata. times square kan barang murah. aku tahu baju aku dah tak muat almari, tapi dah lama tak ada baju baru. hahaha. so pergi jela. mana tahu ada yang melekat. dekat times square tak ada apa pun yang menarik. masih seperti selalu.

sempat aku buang duit untuk sehelai kemeja dan sehelai blouse. satu untuk kerja dan satu untuk jalan. ada satu baju tu, macam dress. aku nak beli. tapi mengenangkan aku keluar pun banyak guna motor, tak berbaloi pun nak guna. kalau guna pun, mungkin masa pergi even blogger sahaja. masalahnya, aku dah lama tak dapat invitation. akeshian. 

selalu keluar dengan tasya, mesti kitorang jalan jauh lalu lorong tikus. kat lorong tu saja, banyak gambar kami boleh tangkap. tapi tulah. aku bukan keluar dengan tasya. hahaha. nasib baik tak malu, kalau malu aku tak mungkin ada gambar ni. 

oh ya, masa di nu sental aku ada beli novel dekat mph. aku rasa macam dah lama sangat aku tak hadiahkan diri sendiri dengan buku. tu aku beli satu. paling penting, ada jualan murah dekat, mane eh. lupa nama kedai. tak berani nak masuk. mungkin kalau aku dengan kakak noi, aku masuk. perfume tu aku tahu mahal, bila dia jual separuh harga macam berbaloi sebab ada jenama. tapi tu lah. malas nak cakap. bukan masuk pun. 

lepastu, sebelum balik nak lah singgah bukit bintang jumpa tasya. dia okay kot, tapi dia dok tanya - tanya aku. "dia cantik ke?" so aku macam turn off jugak bila orang tanya macam ni. macam dia tengah compare kan aku. aku kecik je hati. hahahah. tapi diam jela. benda normal manusia nak. so ya, move on je dengan perbandingan yang dia pandang. 

so kitorang pun balik dalam pukul 3/4 macam tu. lepak bawah eskeletor depan 7e sambung borak. 

Sales dan Karnival


Karnival Rakyat Fiesta Batu 3

karnival ni berlangsung dua hari sebenarnya sabtu dan ahad. hari sabtu aku keluar ke kl. memang malas nak singgah. sebab hari ahad tak buat apa - apa, ada lah niat nak bawa adik aku datang sini. kesian diorang tak dapat main dekat tempat macam ni. 

dengar cerita target untuk karnival ni 30k. nak muntah aku dengar. parking pun susah, tempat pun sekangkang kera, nak target melebihi jangkauan. bodoh ke apa. nama karnival rakyat, dengar cerita sewa tapak pun mahal. hahahhahahhahaa. aku tengok karnival rakyat ni bukan macam karnival rakyat sangat pun. dia lebih kepada nak bagi orang muda bersuka ria. why?

sebab kalau takde budak - budak yang main esport pubg dan apatah lagi satu. aku tak rasa, karnival ni ramai orang. ni semua politik. masa aku pergi event dekat stadium malawati pun sama. menteri tu buat ucapan. dia highlight kan "kami dengar suara anak muda". kau rasa? sebenarnya aku bukan nak tulis pasal menteri atau politik, sekadar selingan sahaja. 

dengan target pengunjung 30k, cuma wujud tak sampai 30 pun gerai makanan. tempat parking kereta pun takyah cakap la. 500 pun tak sampai. 

Sales dan Karnival

walaupun aku kecam, aku tetap bawa adik aku datang sini. sebab diorang ternampak khemah - khemah dan mainan gergasi entah la apa namanya. 

Sales dan Karnival
nampak tak eksited dorang
sebab kan diorang dah penat sangat main lompat - lompat, diorang minta aku belikan aiskrim. takkan aku nak tengok saja, aku pun beli lah sekali. ingat nak makan aiskrim roti. fikir balik nanti comot, hmm. makan jela aiskrim biasa. 

Sales dan Karnival
aiskrim

sekejap je aku dekat sana, dari pukul 5 lebih sampai pukul 7. waktu aku menulis entri ni, dua - dua adik aku dah kepenatan dan sedang tidur. baru sejam lebih min hahaha. belum aku duduk situ 3 jam. mahu terciyduk. sambil main lompat sambil pejam mata. 

Kawan Baru

aku ada banyak kawan baru yang datang dan pergi. yang singgah dan menghilang. aku kenal ramai orang. aku membaca banyak orang cuma tak mampu nak habiskan keseluruhan cerita. baru separuh dua, aku kena tinggal. tu biasa. kalau  nak tulis kisah mengenai ini, mungkin dah beratus - ratus. cuma adalah dua tiga orang yang aku cerita kisah diorang dekat sini. incase, aku hilang ingatan ke apa ke. atleast, aku akan ingat siapa diorang yang pernah baik dengan aku.

ni aku cerita sikit pasal orang yang teman aku keluar.

serba ringkas. 
first meet aku dengan dia adalah sebagai penghantar makanan dan seorang penerima makanan. for sure macam selalu, lepas first meet tak mungkin wujud kali kedua. anehnya bila balik rumah, aku rasa satu perasaan yang aneh. kenapa aneh? maksud aku aneh ialah aku rasa macam baru je berbual dengan kawan lama. perasaannnya seperti 1 jam tak cukup nak berbual. ada banyak benda nak kongsi.

berborak dengan dia, macam dia tu kawan aku yang memang dah lama kawan. perasaan aneh macam ni selalu wujud untuk orang - orang tertentu je dan dia salah satunya. aku tak expect dia akan stay dan boleh keluar dengan aku jalan dekat sebelah. sepanjang aku dengan dia, aku cuma jadi diri sendiri. tak ada rasa kekok atau segan sebab baru jumpa.
hey, aku selesa kawan dengan kau. sebab macam tak ada gap kalau nak cerita apa - apa.  kau boleh jadi pendengar yang baik dan kau juga ada ciri kawan yang baik. aku harap, aku dengan kau tak ada tarikh tamat tempoh. andaikata wujud kemungkinan. terpaksa wujudkan tarikh untuk padamkan hubungan, aku terima je. mungkin sampai situ je tuhan tulis cerita kita. sebab dalam hubungan, tak ada apa yang perlu dipaksa. hahah gitu.
Sales dan Karnival
semoga kau akan jumpa orang yang pandai menghargai kau sebagaimana kau meletakkan seseorang tersebut di dalam rasa yang terdalam. semoga dia akan lembut hati untuk memaafkan kau dan menerima kau semula. semoga balik semula ke asal macam sedia kala. 
aku akan jadi kawan kau yang terbaik selagi kau nak aku ada, dengan izin tuhan.

terima kasih sebab kau sudi teman aku keluar dan sudi kawan dengan aku, walaupun kau nampak aku takde apa - apa macam orang lain. semoga tuhan balas kebaikan kau sebab sudi kawan dengan orang macam aku yang banyak kurang.

okay. selamat tidur dan mimpi indah. 

Post a Comment

0 Comments