sumber: google |
ketika entri ini ditulis, genap sebulan lebih dah aku batuk. penat weyh. dugaan betul ni. ada masa batuk yang sekadar angin, ada masa pekat dan dalam, ada masa kuat menghentam, ada kala sederhana.
sepanjang ke-batuk-an aku, orang sekeliling begitu prihatin berkongsi ubat - ubatan mereka. jiran sebelah meja ada bagi aku sebiji pil yang katanya kuat boleh mengeluarkan kahak yang banyak. tanpa fikir dua tiga kali, aku makan. hasilnya, tangan aku menggeletar hebat.
"kak, bila nak muntah kahak ni?"
"mieza tunggu kejap. effect dia lambat sikit."
selepas beberapa jam. "kak, takde pun."
"hmm. tak lut dekat mieza."
"k....."
selepas dua minggu batuk yang berlanjutan, aku meletakkan harapan gula - gula batuk apetah namanya tu -- lupa, woods barangkali. aku beli dua tiga paket juga. tak ada kesan. seterusnya, aku beli ubat batuk cecair di farmasi, hurix. tak ada kesan. serious rasa macam minum cecair manis yang meninggalkan sejuk di tekak dan the end ~
selepas tu, kakak syuhada ada memberikan aku ubat batuk kepunyaannya yang masih belum dibuka, dari hospital swasta. habis juga aku minum. kata mengantuk, aku minum biasa je. tak effect apa - apa langsung.
seterusnya aku tak puas hati. aku ke klinik swasta (datang kerajaan penuh bapak. aku patah balik). doc bagi aku sedut gas (yang dicampur dengan ubat asma). katanya mungkin batuk aku lama, akibat cuaca yang sedang jerebu dan keluarga ada asma. then, okaylah. dapat ubat cecair yang mengantuk. best gila. makan terus tidur. takpayah fikir kena batuk, sakit dada ~
aku dah habiskan tiga botol ubat. dari farmasi, hospital swasta, dan klinik swasta.
akhirnya, aku ambil keputusan untuk ke klinik kerajaan. disebabkan aku sudah pun batuk dalam jangka masa sebulan, doktor telah menyarankan aku untuk membuat pemeriksaan.
1 - sample kahak
2 - ujian darah
3 - injection (taktahu inject ubat apa)
4 - xray
didapati dari semua ujian diatas, aku negatif dari tibi. untuk perjumaan kali pertama, aku dapat ubat batuk cecair. kali kedua aku diberi ubat batuk jenis pil (cairkan kahak) dan antibiotik. aku dinasihatkan untuk menghabiskan ubat antibiotik ni meskinpun batuk aku sudah pulih nanti.
ya, batuk aku makin kurang tak macam selalu. tapi kalau dia datang terjah, dia sama je macam selalu. tak bagi salam. tiba - tiba je rasa macam aku baru tertelan debu - debu dan batuk tanpa henti.
jadi kesimpulan dari batuk yang tak berpenghujung ni mungkin disebabkan atas faktor cuaca yang tak menentu dan antibodi yang lemah.
waktu entri ini ditulis, aku sedang mengesat hingus. hmm. aku tidur lepas asar tadi. lepas je bangun terus bersin tak berhenti. ya aku ada resdung. aku tak boleh tidur petang. kalau aku tidur, kemungkinan macam ini lah. aku bergelut dengan hingus yang nak pergi ke tak nak pergi ke tak. HAHAHAH.
jadi itu sahajalah sedikit sebanyak tentang kesihatan diri aku yang tak menentu. yang membaca ni, doakan aku cepat sihat dan dijauhkan dari sebarang penyakit. aku juga doakan yang membaca ini, sentiasa sihat walafiat. amin.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.