percayalah. pagi tadi aku terbangun lambat tanpa sengaja. sobs. semalam sebelum aku tidur, bateri telefon ada 40 lebih macam tu. pagi tadi aku terbangun waktu tingkap terang. aku tekan - tekan telefon aku, gelap. aku pasang pengecas, ternyata 0%. hmm patut tak bunyi.
terima kasih tuhan, sebab menyedarkan aku dalam terkejut. aku masih mamai lagi memikirkan jumaat atau sabtu hari ini.
aku bangun dengan rasa terpaksa sebab masih terkejut.
aku sakit otak memikirkan telefon yang sedang sakit. kondisi baterinya tidak sihat dan power buttonnya sudah tak lagi boleh digunakan. dah beberapa hari telefon aku macam stuck. orang call pun, ringtone sekat - sekat. hmm. macam radio rosak tu. keliling power button sudah kembung. aku syak sebab sering kali jatuh. jatuh bukan atas niat.
dalam hati niat nak pegang kemas. entah macammana jatuh. sering jadi juga bila aku pakai jam. kalau boleh taknak berlaga dengan dinding, takut calar. tetap tercalar berlaga dinding.
aku harap tuhan mudahkan perjalanan aku dalam memiliki telefon baru. amin. kalian doakan aku ya.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.