Lirik Lagu Laram Semata GBKlique ft Apwriter prod. by Mubinikki

Lirik Lagu Laram Semata GBKlique ft Apwriter prod. by Mubinikki

apa sekarang kau ada
kelak tak semua kau bawa ke sana
ada yang lebih perlu kau ada
langit sama bumi ini semua milikNya

apa sekarang kau ada
kelak tak semua kau bawa ke sana
ada yang lebih perlu kau ada
langit sama bumi ini semua milikNya

Apwriter
tahu apa aku ada
tu sudah cukup
keluar kurang nak bergaya
taknak dijenguk

tak mimpi untuk just in
ayat banyak pedas joyner
tiada konspirasi macam pancing
awek demam bieber

teguhkan jati diri
nak berlari
asas takkan di tinggali
benar dari azali

tapi semakin lama masa
semakin berubah
sampai ada yang berubah
dan susah tuk diterima

muat naik buang balik
pakai cantik sengih
yang suka sikit tak menarik
dan itu selekeh

kepuasan lepas kail yang
di cari pandang
perhatian dari orang
pastu bilang gebang

eh bang minta maaf
melayu lembut hati
kalau rasa tersindir bunga
nak mekar kembali

laram baju ragu
ragu kurang jadi malu
faham jitu terus laju
dan jauh lah hala tuju, now!

apa sekarang kau ada
kelak tak semua kau bawa ke sana
ada yang lebih perlu kau ada
luas angkasa ilmu tak kan habis teroka

apa sekarang kau ada
kelak tak semua kau bawa ke sana
ada yang lebih perlu kau ada
luas angkasa ilmu tak kan habis teroka

GBK
gerakkan kalam pantas
tangkas jurus semutar
lemparkan pada kakak tua
mulut celupar

dalam onar cemar sebar
selerak meliar
takkan ku biar harus
ku tentang tanpa gentar

jantan jati sakti berpegang
madah yang benar
tak teragak bertindak
palsu langsung diselar

tak gerun menggeletar
nyorok dibalik belukar
resam utuh berselirat
pada saraf tunjang akar

kaut laba dengan siku
kedidi girang menari
merata rata lempung kedidi
girang meniti

sekati sama berat
diuji sama merah
hidup tak kerna kaul
mati tak kerana sumpah

cara tanpa cakna jadi
apa guna akal
cara murah diterima
mana maruah dan nilai

cagar nyata cara mudah
lihat sinar paruh murai
jauhi diri dari terjebak fi il
luncai dangkal

apa sekarang kau ada
kelak tak semua kau bawa ke sana
ada yang lebih perlu kau ada
layar jauh mana pulang jua padaNya

apa sekarang kau ada
kelak tak semua kau bawa ke sana
ada yang lebih perlu kau ada
layar jauh mana pulang jua padaNya

GBK
berantakan angka tersusun
armada kian merusuh
angka demi angka buka
bukan tuk dipertonton

halusi pancaindera
dalam tujuh spektrum warna
bina megah kerna
dinar hingga lupa asal usul

busuknya menusuk
salah guru yang dirujuk
rezeki asas taji kerah
empat tunjang rusuk

mereka ikut masuk kerna
cuma nak menunjuk
tak ikut resmi padi makin
berisi menunduk

yang gelap kini dah cerah
kena terangkan
yang tenang jadi gelabah
dek sarung badan

yang dulu nak kejar gagah sekarang perlahan
yang suka gempar hebah biasa adat yang bawahan
laram salah petik
sarang kena kutip

haram yang berputik
walau barang alas kulit
beli patut sulit
jual patut rumit

jari yang berbelit
jadi punca mata duit

apa sekarang kau ada
kelak tak semua kau bawa ke sana
ada yang lebih perlu kau ada
luas angkasa ilmu tak kan habis teroka
apa sekarang kau ada
kelak tak semua kau bawa ke sana
ada yang lebih perlu kau ada
langit sama bumi ini semua milikNya

apa sekarang kau ada
kelak tak semua kau bawa ke sana
ada yang lebih perlu kau ada
layar jauh mana pulang jua padaNya

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.