Pengalaman Telefon di Ambil Pencuri

Pengalaman Telefon di Ambil Pencuri

disebabkan aku sedang menunggu giliran kertas menghabiskan tanggungajwabnya mencetak dokumen, aku ambil keputusan untuk menulis satu entri. idea mahu menulis entri ini datang sewaktu aku menunggu lampu isyarat bertukar hijau dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi. 

aku ingat, sejurus sampai ke tempat kerja. terus mahu menulis entri. namun, aku memilih untuk mendahulukan mana yang lebih paling utama. 

entri ini adalah entri mengenang benda yang tak patut dikenang. 


Telefon Bimbit Pertama

Pengalaman Telefon di Ambil Pencuri

telefon bimbit pertama yang pernah aku miliki ialah nokia 3310 pemberian arwah nenek. sangat - sangat bermakna. waktu itu aku darjah empat/ lima mungkin. kurang pasti. orang kata 3310 ini telefon magis. tidak hanya digunakan sebagai penghantar pesan dan berbual dengan saudara jauh. 

turut mampu menjadi penyendal pintu dan menjadi alat untuk melempar anjing disaat dikejar waktu pulang kerja. ketika memiliki telefon ini, aku rasa aku adalah manusia 'paling' power berbanding dengan orang lain yang baya umur aku.


Belajar Meng Composer Ringtone

setiap hari aku belajar bagaimana mahu meng - composer ringtone selepas pulang dari sekolah. kononnya satu hari nanti aku bakal jadi komposer terkenal yang hanya dimulai dengan nokia 3310. cita - cita itu bakal menjadi perbualan dalam media cetak dan seangkatan.

setiap hujung minggu, aku menantikan abang sepupu aku untuk datang ke rumah atuk bercuti. aku mahu belajar dengan dia. ketika aku, aku memandang dia sebagai orang yang paling bijaksana. huhu

selepas beberapa ketika menggunakan telefon ini, aku dapat rasakan beterinya semakin mencabar kesabaran. setiap hari harus di cas. ah sudah. sehinggalah pada suatu hari --


Nokia 2300

Pengalaman Telefon di Ambil Pencuri
sehinggalah pada suatu hari -- 
ayah aku dengan rasa gembiranya menghadiahkan aku sebuah telefon bimbit nokia 2300. waktu itu aku didarjah enam. ayah aku ni jenis suka beli benda merepek yang membazir. setiap kali dibawa pulang sesuatu ke rumah, ada satu perasaan gembira di wajahnya. aku ingat lagi. masatu --

ayah baru pulang kerja. masih lagi dengan baju kerja nya. bau besi masih ada. aku ingat lagi.

"aja, sini kejap."

aku datang ke ayah.

ayah memberikan aku sebuah kotak telefon bimbit yang masih baru. dibeli dari kawan kerja. harganya aku tidak ingat. 

aku dengan rasa teruja terus pasangkan tefefon bimbit pemberian ayah dengan tali gantung warna merah jambu yang dibeli dari cameron highland. sumpah aku tak pernah suka warna merah jambu. entah kenapa, aku teruja pasangkan tali gantung tersebut. *rujuk gambar dibawah

Pengalaman Telefon di Ambil Pencuri

keesokkan hari atau pada malam tersebut, aku mengikuti makcik ke dataran shah alam menyambut hari kemerdekaan. waktu itu aku sedang rancak bermain sms dengan seorang laki - laki dengan nickname wan scorpion, kenal di majalah starz. 

sebelum acara dimulai, aku dan makcik ku duduk di kerusi kedai makan berdekatan dataran. aku hanya memakai seluar slack besar bewarna khaki dan baju tak ingat lah. waktu aku berdiri di dalam keramaian (belakang ku kosong. berjalan 1 meter mungkin dengan orang selepas ku). 

aku dengar ada benda jatuh. sumpah aku dengar. selepas bunyi benda jatuh aku dengar orang macam sedikit hinggar dibelakangku. bukan bersorak merdeka, tapi sesuatu. sesuatu yang aku tak peduli untuk berkalih pandang. sebelum bunyi kejatuhan itu berlaku, aku dapat rasa ada sesuatu yang bergerak halus dipoket. 

aku hanya abaikan. 

dalam kereta baru aku perasan. didail banyak kali, tapi hampa. 

aku pulang dengan membawa berita kecewa. emak membebel tak sudah. ayah redha. itu lah. terkesan. telefon bimbit pemberian ayah pertama kalinya tak lekat ditangan aku tidak sampai seminggu. 


telefon kedua pemberian ayah. yang ini aku campur bersama duit raya. nokia c3. tak hilang. tapi kebaikan dibalas tahik. kah. 

aku memberi pinjam telefon bimbit kepada yang tersayang ketika itu (kini sudah dibenci) untuk digunakan mencari pekerjaan baharu. ternyata ditipu ya. sampai ke sudah tak dipulangkan. katanya tertinggal diloker lah, hantar kedai lah itu lah inilah. 

akhirnya dia menggantikan aku dengan telefon baharu. entah telefon apa. aku meluat nak ambil. sekali aku benci, sampai bila - bila aku benci. telefon yang diganti baru takkan sama kenangannya dengan pemberian ayah. 

melainkan dia menggantikan dengan telefon yang sama. aku katanya pada adiknya yang aku panggil intan "takpe lah. intan ambil je telefon tu. kak miza taknak. lagipun intan kan tak ada telefon."

sampai ke hari ini. aku ralat. langsung tak tahu menjaga barang pemberian orang. hm. 

Post a Comment

3 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.