kalau jalan ku teruk, ku terjatuh
bagaimana ku hadap hari esok
kalau parut ku nampak, tak disorok
bagaimana ku hadap hari esok
aku perlu kunci, kunci
tuk aku buka semua pintu besi
aku perlu kunci, aku perlu kunci
semua yang terbukak,
ku boleh tutup rapi
dalam gelap ku sendiri
masa tetap berjalan
peluang peluang hampir semua ruang
tak sempat nak bawa pulang
didunia, kita leka
kita alpa, kita lupa
ranap runtuh semua ajaran
janji lulus masuk pasaran
hebat, walau tahu tu salah
walau tahu benda yang kau buat
esok lusa tulat
boleh datang balik
bawak masalah
tenat, tapi ku takkan kalah
rela mati pegang satu panji
janji tiada lain
yang rela ku sembah aku sumpah
semua nak pergi syurga
tapi ramai masih takut mati
semua nak hidup senang
tapi takut hidupnya diuji
semua nak hidup tenang
tapi takut lalu jalan sunyi
sesungguhnya demi masa
kita yang sedang rugi
kalau jalan ku teruk, ku terjatuh
bagaimana ku hadap hari esok
kalau parut ku nampak, tak disorok
bagaimana ku hadap hari esok
aku perlu kunci, kunci
tuk aku buka semua pintu besi
aku perlu kunci, aku perlu kunci
semua yang terbukak,
ku boleh tutup rapi
ku masih dalam kerugian
dilautan fitnah
berenang aku tak tercapai
lemas tak ke dasar
suara tak keluar saat pekik
saatku buta hanya Engkau celik
hidupku bagai tiada lagi nyawa
dosa menimbun tiada lagi rasa
takkan selama macam ni
perlu titik noktah
jahat ku buat
daripada lahir penuh buku nota
dosa ayah dosa ibu
belum lagi ku tebus
dosa anak dosa isteri
bagai menelan kabus
doa selalu terputus
roh ku tak boleh tembus
aku takut bila aku mati
jasa aku tak boleh kambus
timbangan masih kering
didunia aku masih haus
aku harus mencari
dan terus mencari yang kudus
kalau jalan ku teruk, ku terjatuh
bagaimana ku hadap hari esok
kalau parut ku nampak, tak disorok
bagaimana ku hadap hari esok
aku perlu kunci, kunci
tuk aku buka semua pintu besi
aku perlu kunci, aku perlu kunci
semua yang terbukak,
ku boleh tutup rapi
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.