Cemburu

Cemburu

pagi menyantuniku dengan ramah di beranda rumah. usai solat subuh, aku ke dapur menyediakan sarapan menu ringkas buat abah, nasi lemak. Aku tahu nasi lemak yang dibikin ringkas dari air tangan aku takkan pernah dapat menandingi air tangan arwah ibu. ibu telah meninggalkan abah tiga tahun yang lalu. semenjak itu, abah tak pernah berhenti lelah. rindunya tak pernah sudah. aku yang melihat juga dibikin resah. kesian abah. 

cinta abah pada ibu terlalu dalam sehinggakan sewaktu ibu pergi, jiwa abah juga mati. disini cuma ada jasad abah. jiwa abah ada bersama ibu. aku juga rasa benda yang sama macam abah. cuma bezanya, aku dapat rasa ibu masih ada bersama aku. ibu kekal hidup dalam hati aku. aku tak pernah lupa ibu. abah lain. itu cinta terakhir abah. ibu pergi membawa 'kaki' dan 'tangan' abah bersama. mungkin sebab itu, abah sering terlihat tak kuat. 

itulah. aku sedang diberanda rumah. sedang duduk membiarkan angin pagi menyentuh kulit wajahku. aku membayangkan ibu. kasih sayang ibu tak pernah lagi mati. masih ada. cuma harus dinikmati tanpa dilihat. sebelum tengahari menjengah aku akan segera selesaikan urusan dirumah. termasuklah membasuh kain, melipat kain, menyidai kain, sapu rumah, membersihkan sawang, memasak. hari ini aku bercuti. jika hari bekerja, aku tetap akan menyempurnakan urusan seharian dirumah. ini tanggungjawab ku sepenuhnya selepas ibu tiada. 

urusanku akan selesai menjelang sebelum jam 3. dari dulu impianku ialah bertemu dengan seseorang yang jambangan hatinya persis abah. teringin benar. usiaku saat ini sudah layak bernikah dan punya seorang suami. atau mungkin sehingga sekarang, hidupku masih kosong dan hanya abah yang layak bertahta dihati. tuhan punya rencana yang lebih baik barangkali. mahu aku mencurahkan seluruh kasih sayangku hanya untuk abah. andaikata aku punya suami, aku mungkin khilaf menabur kasih sayangku pada abah, aku juga akan turut rasa terkilan jika suatu hari disaat aku punya suami dan abah meninggalkan ku disaat aku mengabaikan abah. 
Cemburu
sudah lama aku diberanda. aku ke dapur mencari sebatang penyapu dan pasangannya, penyodok. selesai menyapu aku memasak. harini aku masak menu ringkas. ikan goreng, beserta masak lemak pucuk paku kegemaran abah. tak lupa, sambal belacan buat pengikat kesedapan air tanganku.



beruntung benar bagi siapa yang memiliki aku. kata abah aku mewarisi diri ibu walau tidak semua. abah sering melihat ibu dalam diriku. entah. aku tak pernah mengatakan ada lelaki beruntung memiliki aku. ibu tak pernah gagal mencintai abah sehingga hujung nafasnya. aku? aku yakin, aku bukan perempuan dambaan sesiapa. aku sering khilaf. aku tak mampu menjadi seperti ibu yang  mencintai abah pada setiap helaan nafas. aku yakin, aku tak seperti ibu, jauh benar sangkaan abah.

sungguh, aku sayang abah. pernah dulu waktu umur ku dalam lingkungan dua belas, aku pernah memarahi abah bila dia melebih - lebihkan ibu dari aku dalam banyak hal. waktu itu aku cemburu melihat mereka berdua kayak sepasang kekasih yang sempurna. aku selalu rasa, pembahagian abah dalam mencurahkan kasih itu tak pernah adil. seminggu juga aku tidak bertegur abah. mujur abah juga memahami keadaan aku dan memberikan aku ruang dalam pengertian hal dewasa. jika tidak, aku mungkin ketika itu adalah anak derhaka.

dalam seminggu itu, ibu sering 'melawat' aku di kamar, bertanyakan keadaan ku disekolah seperti selalu. jawapanku acuh tak acuh dengan harapan ibu mengerti aku sedang rawan. ibu memang mengerti, cuma ibu tidak tahu bagaimana mahu memberikan aku pengertian menjadi seorang dewasa itu rumit dan sukar.

menjelang malam selepas berakhirnya seminggu peristiwa aku merajuk, abah memanggilku di ruang tamu duduk bersama ibu. aku melihat tangan mereka berpaut kemas, sambil tersenyum ke arah aku yang melangkah mendekati mereka.
"hana, mari duduk berdekat abah dan ibu. ada sesuatu yang perlu hana tahu."
aku duduk dan memandang penuh muka abah. ibu masih tersenyum melihat aku.
"hana, anak abah yang paling abah sayang. percayalah, kasih sayang abah pada hana tidak akan pernah terkurang. hana satu - satunya anak yang abah ada bersama ibu."
aku masih terkebil cuba memaknai kata - kata abah. apa entah yang cuba abah sampaikan. lantas ibu menarik tanganku dan diulas penuh lembut.
"sayang anak abah. abah nak hana tahu. jauh mana pun abah pergi, jauh mana pun ibu pergi. kami berdua tetap sayang kamu. kamu dunia akhirat ibu dengan abah. faham ?" 
aku faham, abah sedang menapis setiap patah yang dilukis oleh kata - kata nya ke aku dengan bahasa yang paling halus. yelah, aku baru dua belas. mana mungkin aku mengerti hal dewasa.
"ini ibu hana (sambil memandang ibu). ibu yang melahirkan kamu hana. abah bersama ibu sepanjang dia 'menjaga' kamu di dalam rahim. abah juga ada bersama ibu disaat dia sedang melahirkan kamu. abah tahu. kalau lah abah yang mengandungkan dan melahirkan hana, abah mungkin dah putus asa. abah tak tegar melihat kesakitan seluruhnya yang dialami ibu. tapi abah berharap sakit ibu berpindah dekat abah serta merta. abah terlalu sayang ibu."
aku mengangguk.
"abah nak hana tahu, ibu adalah kekasih awal dan akhir abah. abah tahu, kelakar bila abah berbual dengan hana tentang cinta, padahal hana sekolah pun belum habis."
abah gelak saat menuturkan baris ayatnya yang tearkhir.

"anak abah cemburu kan tengok abah dengan ibu? abah doakan. suatu hari nanti anak abah sorang ni pun akan dikirim tuhan dengan cinta yang baik. semoga tuhan sentiasa merahmati abah, ibu dan hana sepanjang hayat dunia dan akhirat."

ibu masih diam dan tekun mendengarkan abah. selesai bicara abah, butir butir air mata ibu turun lantas abah memeluk kami. bahagia yang tak boleh dilukis.




demi tuhan aku rindu ibu yang tak berbelah bahagi. aku harap tuhan mendengar dan mengirimkan ke ibu. tanpa ku sedari, abah sedang menyeka air mata ku. ah abah. cepat - cepat aku mengelap muka.
"abah dah makan?"
"belum lagi. abah tunggu hana la. jom makan. abah lapar."
aku ke dapur menyediakan hidangan untuk abah. kami makan bersama - sama dan berbual. aku selalu rindu begini. entah. aku cuma ada abah dan ibu. itu lebih dari cukup. keduanya sering mengajar aku tentang kedewasaan dan cinta.



assalamualaikum,
buat bakal suamiku yang bakal ku nikahi.
aku menulis surat ini dengan harapan
kau sedang membacanya dan membuat
keputusan yang terbaik dalam memilih aku.

aku mungkin tak sempurna memenuhi cinta didada,
tapi aku bakal mewarisi diri ibu yang akan
mencintai kekasihku sehingga
tak ada lagi cinta yang dapat ku beri.

aku selalu mengutuskan doa ku ke tuhan
agar mengirimkan aku lelaki persis abah,
bisa mencintai diriku seada dan
sesempurna nya.
aku tahu ,
diriku banyak kekurangan yang tak berbelah bahagi.
semoga bakal suamiku sudi menampal dan
memperlihatkan aku sebagai seorang yang sempurna
pada setiap masa dimatanya.

tuhan, semoga aku beruntung
memiliki lelaki yang bakal menjadi suamiku kelak,
yang sudi menyuluhkan seluruh hidupku
dengan lampu yang terang
dalam melewati lembah ranjau,
dalam menemui tuhan pada suatu hari nanti.

buat lelaki yang bakal menjadi suamiku, 
semoga kau sentiasa beruntung memiliki kseluruhan aku,
semoga kita berdamai dengan kasih sayang yang tak pernah putus.

waktu aku menulis ini, aku mungkin masih belum bergelar isteri. 
tapi aku mahu mengucapkan terima kasih. 
kalau kau sudi menerima diri ini. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Aminnn, sedapnya akak baca warkah nukilan hati kecik, semoga dipertemukan jodoh yang sesuai dengan kecik, nanti dah tiba masa jemput akak tau hehe.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.