Lirik lagu Salam 1001 SiQma - Mieza S Mieza S: Lirik lagu Salam 1001 SiQma

Lirik lagu Salam 1001 SiQma

May 06, 2019
Salam tuan hamba ku susun sepuluh jari,
Memohon terima kasih ini ikhlas dari hati,
aku eluxhy,dharma,siqma masih lagi,
ku susun elok - elok dalam 1 jati diri

2 tahun menyepi akur dalam gerak geri,
Jatuh turun naik masih ku tetap bangun lagi,
Cermin ku serpih sekarang bercantum kembali,
Ingat kata mama jangan pernah kamu undur diri.

Dulu kias lagu untuk semai perasaan,
Ubat lawan nafsu pujuk rayunya fikiran,
Dulu pernah ditumbangkan 2 perwatakkan,
Sekarang ku cuba atur 4 watak berasingan,

Pantun takkan hilang selagi tak hilang melayu,
Syair takkan hilang selagi tak hilangnya suku,
Seloka gurindam takkan hilang begitu,
Selagi ada nyawa kekal dalam tubuh aku

Bukan yang tersirat tapi ini kenyataan,
Aku bukan aku kalau aku tiada tuhan,
Yang mana terbaik itu datang dari dia,
Nyatanya aku hanya boneka dunia,

Salam kemaafan jika ku tersalah kata,
Jari yang menulis ini benar dari hamba,
Pena jadi saksi yang benar dari dia,
Mana yang salah boleh betulkan semula

Salam undur diri hamba beralaskan nafas,
Mata memerhati pasti ku bertindak balas,
Jika tak menjawab jangan cari isi gua,
Pergilah berguru carilah kunci sebenar,

Buai tinggi tinggi biar sampai hujung atap,
Sampai nampak langit cita cita kita dakap,
Cari ilmu tinggi dengan bismillah diucap
Cuma ingat ilmu tinggi perlu beralaskan adab.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.