Tidak Ku Cinta Mu Kekasih
Kerana Balasan Yang Engkau Janjikan Dulu
Untuk ku Sebuah Taman
Yang Mengalir Sungai Kebahagiaan.
Sungguh Tidak Kesampaian
Cinta Ku Padamu
Seandai Terikat dan Bersyarat
Padamu Teman Cinta Kita
Terasa Pula Adanya
Tawar Menawar Penuh Tanda Tanya.
Hanya Satu Pengucapan Mu
Yang Ku Pegang Kini Menjadi Nadi
Hiduplah Aku Kerananya
Bersama Janjimu Restu Penuh Pasti.
Berpisah Hingga Kekasih
Zahir Kau Yang Hilang
Ku Cari Pada Gambaran Nyata
Tidak Ku Temu Kau Kekasih
Bayang Mu Oh di Mana
Hinggalah Aku Kehilangan Punca.
Lalu Aku Kembali
Ke Alam Abadi
Bersama Amanah Janji
Ku lihat kau di sana setia menanti
Kekasih ku serahkan
Cinta satu kita lebih bermakna
Dari balasan kau janjikan
Walau kau duga bintang kejora
Menjadi intan tak ku hirau
Dalam sedar aku kembali
Di dalam lena ku kita seabadi
Siang malam hanyalah mimpi
Demi kau kasih tidak ku peduli
1 Comments
lirik dia ohsem..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.