Sambutan 'New Year' untuk Merai Longgokan Sampah

Sambutan 'New Year' untuk Merai Longgokan Sampah
sumber: google
pertama kali dalam sejarah hidup aku, sambut tahun baru di sekitar bandar kuala lumpur. kalau tidak, pada hari terakhir untuk pada setiap tahun tempat aku adalah diatas katil berbaring dengan telefon di tangan. aku orang paling aktif like status orang mengenai sambutan tahun baru. kali ini berbeza betul. semua gara - gara si tasya. 

Lepak dengan Tasya di KLCC



ini gambar selepas semua 'ribut - ribut' telah ditamatkan. plan nak sambut tahun baru di klcc sudah dibuat sejak dua tiga minggu awal. aku dan tasya berusaha google semua tempat best untuk jadi tempat lepas penat selepas menyambut tahun baru. 

banyak hotel telah ditempah di booking.com . pada saat akhir, semua tempahan telah dibatalkan atas sebab - sebab tertentu. pada hari kejadian, aku menghabiskan sisa bersama kakak officemate. 

"aja, jom lepak. esok macam tak boleh sebab nak hantar telefon ke kedai. kita lepak sekejap harini". 

mula - mula malas. tapi sebab fikir nak lepak sekejap, aku pun okay. aku minta kakak officemate hantar di klcc dan dia dengan baik hatinya hantar. terima kasih kakak. 

kitorang habiskan masa berjam - jam dekat foodcourt klcc dengan pelbagai topik yang jadi perbincangan. sehinggalah, dia terangkan dekat aku. kenapa dan mengapa dia bawak beg besar. rupanya ada udang disebalik batu. tak guna punya tasya. hahhaha.

awal - awal dia rancang nak tidur kl. dia kata, tak kira lah apa pun jadi. dia nak lepak sebab nak rasa pengalaman new year dekat kl. aku kesian sebab dia cakap, overnight pun takpela. aku pun, dengan rela hati, setuju untuk sama - sama dengan dia menempuh dan merasai pengalaman bodoh. hahahha. 

terus semua menggelabah cari hotel dan telefon untuk buat tempahan. 


Satu Malam di ABS Guest Hotel

Sambutan 'New Year' untuk Merai Longgokan Sampah

akhirnya setelah mendapat persetujuan, aku dan tasya telah memilih abs guest hotel untuk jadi tempat lelah satu malam. ini adalah pertama kali aku tidur di bandar kuala lumpur dengan persekitaran yang agak 'terganggu'. terganggu maksud aku ialah lambakan warga asing yang turut membanjiri bandar kuala lumpur untuk sambutan tahun baru. ini sumpah kerja gila.


hotel ni berkonsepkan hostel atau dengan kata lain; asrama. bilik kecil dan tandas di luar; kongsi dengan pengunjung hotel yang lain. ini adalah hotel bajet. jadi, tak perlu komen apa sangat. berbaloi lah dengan harga kan? siapa suruh buat plan last minute. 

Sambutan 'New Year' untuk Merai Longgokan Sampah
ruang kubikel 
ruang kubikel yang cukup kecil. hanya memuatkan sebuah katil bersaiz queen dan sebuah kerusi. plug kosong yang tersedia cuma satu. tidak disediakan sarapan pagi. hanya dibekalkan dengan wifi, tuala dan sebiji sabun. penghawa dingin okay sebab berfungsi. malam tu kami tidur lena gara - gara penghawa dingin yang sempurna.

Sambutan 'New Year' untuk Merai Longgokan Sampah

aku rasa, aku dan tasya betul - betul macam pelancong. berus gigi pun beli. dah tu budak kecik punya pulak tu. hahaha rasa gigi 'bersih' sangat sebab ubat gigi tu tak 'pedas'. tasya kata gigi dia putih dari biasa gara - gara ubat gigi morning kiss versi doraemon ni.

bagaimana tasya sambutan tahun baru di kuala lumpur? menarik atau serik? hahhahaha. 

Rai Longgokan Sampah pada Tahun Baru di KLCC


ada banyak video aku nak kongsi, tapi cukup malas nak transfer ke telefon. jadi, ini adalah hasil perkongsian dari rakan di whatsapp. untuk kesimpulan keseluruhan sambutan di kuala lumpur, secara peribadi aku boleh kata yang sambutan tahun baru adalah sambutan untuk merai longgokan sampah semata. 

'new year' bukanlah sambutan tahun baru. tapi lebih kepada sambutan sampah yang tak ter - bendung. melangkah ke tahun baru, dan masih lagi duduk di takuk lama. pemikiran kelas ketiga

baca artikal sambutan tahun baru
1 - www.hmetro.com.my

jam lapan malam, aku dan tasya keluar dari hotel menuju taman di klcc kerana pada petang tersebut ada sebuah pentas besar tersedia. aku tahu, akan ada konsert dan sesak. sepanjang jalan ke sana, bising dengan bunyi hon sebiji macam dekat stadium pada setiap kali perlawanan bola sepak diadakan. 

sepanjang jalan, memang dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia. macam turun demonstrasi rasanya. dan itu kali pertama aku dapat rasa pengalaman di tengah bandar kuala lumpur. ada rasa takut, ada rasa seronok. sampai di klcc, ada beberapa laluan ditutup pagar. 

macam biasa, pagar tu akhirnya dibuka juga. aku dan tasya duduk ditengah tengah crowd. sumpah tak bergerak. ada pelbagai jenis manusia. aku dah rasa macam seekor ikan yang perlukan udara untuk bernafas. kalau tidak kerana desakan tolak menolak manusia, aku mungkin dah pengsan. 

Sambutan 'New Year' untuk Merai Longgokan Sampah

aku marah betul sekeliling aku penuh dengan ibu bapa yang turut mengheret anak kecil untuk duduk dalam ruangan sempit macam ni. aku kesian dengan anak anak kecil. 

satu lagi insiden celaka yang berlaku betul - betul dekat pagar yang aku duduk dengan tasya. warga sabah tak pasti. membebel apatah lepastu ludah macam samseng. celaka betul perempuan tu. tasya cakap, perempuan sabah tu ada sebut - sebut nama mahathir. mungkin nak kaitkan yang konsert pada malam tersebut ada hubung kait dengan mahathir. 

aku memang tak dengar. aku cuma dengar diorang gelak - gelak macam kl tu diorang punya lepastu meludah. celaka -- 

Sambutan 'New Year' untuk Merai Longgokan Sampah

selepas tamat acara bunga api, manusia yang membanjiri taman klcc bergerak perlahan untuk pulang ke pangkal jalan. jadi beginilah rasanya duduk di kuala lumpur pada waktu malam dan sambutan tahun baru sepanjang tahun di situ. 

aku dan tasya turut sama bergerak ke hotel. sepanjang jalan untuk pulang, sampah ada dimana - mana. betul - betul rasa macam aku sedang dalam kawasan pengumpulan sampah. kau boleh rujuk gambar dibawah (ehsan kawan di whatsapp). ini pun mungkin 1/5 sahaja sampah yang ada dalam gambar. ada yang lebih teruk dari ini. tak terfikir untuk aku ambil gambar (alasan : kamera telefon buruk pada waktu malam)

Sambutan 'New Year' untuk Merai Longgokan Sampah
jalan penuh sampah

keesokkan harinya, aku dan tasya berangkat mahu pulang. bandar kuala lumpur yang menjadi longgokan sampah pada malam tahun baru, sudah bersih. bersih - sebersih bersihnya nya. seolah - olah semalam adalah mimpi yang tak pernah terjadi. seperti keajaiban -- 

untuk entri kali ini, terima kasih kepada pihak terlibat yang telah sedaya upaya membersihkan semula sampah - sampah yang bertaburan sepanjang malam mungkin ke pagi di sekitar kuala lumpur. 

ternyata, masyakarat malaysia masih duduk dalam kelompok pemikiran kelas ketiga. tak pernah ada kesedaran untuk isu isu begini. 

Post a Comment

2 Comments

  1. wahhh, kita pun ada kat KLCC masa ni mieza. tapi dekat tapak food truck tu. sebab tak crowded and tak bising sangat. betul, setuju sangat. sampah je melambak. stress tengok. dengan bisingnya, dengan bertolak tolak. lepas ni mmg x g dah kot.

    anyways, happy new year! semoga tahun ni lebih ceria, lebih jelita, lebih bahagia :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.